Ikuti Blog ini

KETUA POLIS NEGARA DAN SUPERIMPOSE

Ketua Polis Negara memang hebat.Dia sangat ambil berat dengan gambar super impose yang terang-terang boleh dikesan kepalsuannya.Gambar yang sekali pandang pun orang sudah tau kepalsuannya,dan tidak memerlukan penelitian pakar komputer untuk membuktikan kepalsuannya. Kalau betul-betul nak tunjuk gambar superimpose silalah ambil dari blog-blog pro umno tu.Macam-macam gambar superimpose ada dan tunjukkan kepada media.


“Saya mendapat dua gambar, satu gambar menunjukkan Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning dan gambar sebenar menunjukkan padang Dataran Merdeka kosong, hanya perusuh di luar kawasan dataran. Ia telah disabotaj dan disebar menerusi Internet…ini memburukkan imej negara dan saya akan memantau keadaan ini juga,” katanya(Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar). – BERNAMA
Lihat berita di sini

Mak aii dasat ulasan KPN ni,Dataran Merdeka telah dipenuhi dengan perusuh berbaju kuning...perusuh berbaju kuning tuhh...prejudis betoi statement tu beb..patut la peserta bersih dibelasah oleh polis,KPN sendiri pun anggap peserta BERSIH sebagai perusuh...kah kah kah

Gambar buah kat bawah ni pulak macamana beb? boleh mencemarkan imej buah-buahan tempatan ke? kah kah kah...



Terdapat juga banyak gambar palsu yang telah diolah dan disebar menerusi internet yang mana boleh menaikkan imej negara.Sebagai contoh gambar di bawah ini,beruk Malaysia menggunakan blackberry tentu akan meyakinkan pelabur untuk datang ke Malaysia..kah kah kah

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .