Ikuti Blog ini

PAS Bersedia Untuk ‘Lawan’ Pilihanraya Bukan Masanya Bermuzakarah Dengan Umno

MARANG – Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu berkata isu muzakarah adalah helah parti Umno yang semakin tedesak untuk menjarakkan sokongan bukan melayu daripada PAS bagi menghadapi pilihanraya umum yang semakin hampir.

Beliau berkata PAS telah mengajak Umno untuk bermuzakarah sejak dari peristiwa Memali pada tahun 1985.

Namun sejak itu, katanya, muzakarah antara PAS dan Umno tersebut tidak pernah menjadi kenyataan.

Sehubunngan itu beliau menegaskan, sekarang bukan masanya bagi PAS bermuzakarah dengan Umno kerana PAS telah bersiap sedia untuk ‘berlawan’ dengan Umno dalam pilihanraya.

“Muzakarah tak ada kali ini, dekat pilihanraya dah, tidak ada muzakarah, sejak dari (peristiwa) Memali isu ini timbul (tapi muzakarah) tidak pernah jadi,

“kenapa (pihak media) suka sangat isu muzakarah ni, ini nak buat untung Umno lah ni, Umno nak buat Cina dan India lari dari kami (PAS dengan isu muzakarah) itu saja,”jelasnya.

Mohamad berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas beliau menyampaikan ceramah di kampong Padang Kabar, dekat sini pada Khamis malam 24 Mei.

Sehubungn itu, beliau meminta pihak media meminta penjelasan dan bertanya sendiri kepada, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila ditanya tentang pendirian  Mursyidul Am PAS itu yang masih mahu meneruskan muzakarah dengan Umno pada saat ini.

“itu kena tanya dia, kena tanya sendiri kepada Tok Guru (Nik Aziz) saya tak boleh komen bagi pihak Mursyidul Am saya,”tegasnya.

Pada 21 Mei lalu, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi dalam satu sidang media di pejabat Agong PAS menegaskan tidak ada muzakarah dengan Umno pada waktu ini.

Namun sehari kemudiannnya, sebagaiman dilaporkan akhbar, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkata beliau mahu muzakarah dengan Umno diteruskan. -BO


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .