Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, gesaan itu dibuat memandangkan dakwaan layanan buruk polis terhadap peserta BERSIH, termasuk dipukul, sebelum ini.
Setakat 9 Mei, polis menyiarkan 141 wajah, tanpa nama, peserta BERSIH yang dikehendaki bagi membantu siasatan.
Abdul Hadi juga mempersoalkan arahan serah diri yang didakwa "terarah" kepada satu pihak sahaja.
"Malangnya arahan serah diri ini hanya terarah kepada peserta demonstrasi sahaja, sedangkan tindakan segelintir pihak polis tertentu yang telah bertindak di luar batas undang-undang telah dibiarkan begitu sahaja," kata Abdul Hadi. -M'kini