ReJaM© tengok ramai betul mamak-mamak pakai baju lambang "1 Malaysia" yang marah dengan Ambiga kononnya kerana Perhimpunan Bersih 3.0, diorang golongan peniaga-peniaga ni rugi besar.
Diorang ni siap minta Ambiga membayar ganti rugi atas kerugian mereka.

Jawapannya mudah, diorang rugi sebab tak meniaga masa Perhimpunan Bersih 3.0, itu saja. Siapa suruh tak meniaga? Tiada siapa pun larang kalau nak meniaga masa tu. Regime BN pun tak larang.
Orang yang bijak akan ambil peluang berniaga masa Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu, kerana masa tu orang ramai betul.
Sebagai contoh, video di bawah ini ReJaM© sendiri rakamkan masa Perhimpunan Bersih 3.0 di salah sebuah Seven Eleven di ibu negara. Korang tengok dengan mata kepala sendiri betapa larisnya Seven Eleven masa tu.