Ikuti Blog ini

BN kerajaan zalim,rompak rakyat guna AES.

Pakatan Rakyat menolak alasan kerajaan bagi menjustifikasikan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, alasan AES perlu diteruskan sebagai tindakan holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan maut tidak munasabah dan tidak boleh diterima. Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN itu berkata, sistem tersebut hanya untuk mengkayakan kroni hasil ‘rompakan’ duit rakyat.

 “Kroni-kroni Umno BN meraih keuntungan daripada projek ini. Kita mahu Umno BN melaksanakan sistem ini dengan telus kerana ia melibatkan wang rakyat,” katanya kepada media. Beliau berkata, kerajaan memperketatkan undang-undang yang tidak sepatutnya dan ia digubal semata-mata untuk mengaut keuntungan. “Kamera dipasang di tempat yang tidak munasabah, seolah-olah sengaja mencari kesalahan rakyat,” tegasnya. “Seperti di Eropah dan Amerika Syarikat, memandu laju tidak dijadikan asas utama kesalahan,” jelas beliau.

 Menurut Abdullah Sani, kutipan lebih 2,000 saman dalam masa dua hari bukti kerajaan sekadar ingin ‘membuat’ duit melalui kutipan saman. “Ia mencerminkan kerajaan yang tidak prihatin, apatah lagi untuk membela rakyat,” katanya sambil menegaskan pelaksanaan AES perlu ditangguh dan disemak semula.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .