Ikuti Blog ini

Kedudukan kewangan Kelantan meningkat


KOTA BHARU: Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan bagi Kelantan meningkat RM86.17 juta bersamaan 58.1 peratus, mengikut laporan Ketua Audit Negara.

Kedudukan kewangan Kelantan meningkat kepada RM234.47 juta pada tahun 2011 berbanding RM148.30 juta pada tahun 2010.

Laporan itu menyatakan pelaburan pada 2011 di Kelantan meningkat sebanyak RM95 juta, dari RM16.33 juta pada 2010 kepada RM111.33 juta pada 2011.

Belanja mengurus dan pembangunan negeri pada 2010 menurun dari RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta 2011.

“Pelaksanaan projek pembangunan mencapai 94.1 peratus daripada projek yang dirancang manakala perbelanjaan yang direkod ialah 76.7 peratus berbanding peruntukan diluluskan.

Sejumlah 800 projek untuk tahun 2011 dengan 723 projek siap sehingga 31 Disember 2011, 30 projek (dalam pelaksanaan) dan 47 projek (belum dilaksanakan). -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .