Ikuti Blog ini

Program Ttemu Mata Gganu Kite di Klang esok

KUALA LUMPUR: Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan mengadakan program tradisi ibadah korban di kalangan ahli-ahlinya yang berkemampuan sempena Iduladha 1433H.

Bagi merapatkan ukhuwah di kalangan warga Perantau, ‘Program Ttemu Mata Gganu Kite’ akan diadakan pada 28 Oktober (esok) mulai jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang di Maahad Tahfiz Al Quran, Wal Imamah, Bukit Kerayong, Kapar, Klang.

“Sekretariat Perantau menjemput mana-mana anak-anak Terengganu di Perantauan  terutamanya yang tinggal di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang tidak balik ke kampung halaman dapat hadir bersama untuk memeriahkan sambutan program ini,” kata Setiausaha Kerja Sekretariat Perantau, Ustaz Zulhilmi Abd Rahman Attakiri. 

Menurut beliau lagi, program akan bermula dari sebelah pagi lagi.

Katanya, mana-mana warga Perantau yang tinggal di sekitar Klang, Shah Alam dan lain-lain tempat yang berdekatan  bersama-sama bergotong royong melakukan aktiviti melapah lembu-lembu korban dan memasak bersama-sama di tempat program.

Maklumat lanjut berhubung dengan program ini boleh hubungi beliau di talian 012-9283560 atau Khairul Azli 0123266340.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .