Ikuti Blog ini

Kes Nizar vs TV3: Tiada Usaha TV3 Sahkan Mesej Twitter Nizar!


Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyambung kes perbicaraan saman terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berkaitan isu nombor plat kereta WWW1 berharga RM520 ribu milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Nizar yang ditemani dua orang peguam iaitu Zamri Ibrahim dan Fitri Asmuni tiba kira-kira jam 10.

10 pagi tadi dan menyambung keterangannya jam 2.30 petang tadi.

Ahli parlimen Bukit Gantang itu turut ditemani Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Pengarang pengurusan kumpulan Media Prima Berhad, Mohd Ashraf Abdullah ketika ditanya peguam di mahkamah hari ini bersetuju bahawa TV3 tidak menjalankan apa-apa usaha untuk mengesahkan satu tulisan di Twitter oleh Nizar.

Ketika pemeriksaan balas, Ashraf, 45, juga bersetuju bahawa salah satu keperluan utama dalam kewartawanan adalah pengesahan.

Beliau merupakan saksi pertama responden dalam kes saman RM50 juta oleh Nizar ke atas stesen televisyen itu dan produsernya, Rohani Ngah.

Ashraf sebelum ini berkhidmat di The New Straits Times Press Berhad (NSTP) sebagai wartawan dan ketua biro Kuantan, selain sebagai koresponden London.

Beliau mempersetujui kenyataan peguam Nizar, Mohd Fikri bahawa berita berhubung Nizar dan Sultan Johor itu dikira berita "besar" kerana personaliti yang terlibat.

Nizar sebelum ini memberi keterangan bahawa berita Buletin Utama TV3 memfitnahnya dengan memutarbelit tulisannya di Twiiter bahawa bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 "menggunakan wang rakyat", sedangkan beliau tidak pernah berkata demikian dalam tulisannya.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau berada di rumah pada 30 Mei, ketika berita itu disiarkan, dan tiada usaha daripada TV3 untuk menghubunginya. -jalanpulang
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .