Ikuti Blog ini

Tradisi Mengeratkan Silaturahim Anwar



Tuan Hj Salleh sedang memberi tazkirah.
Majlis ilmu dan tautan ukhwah yang menjadi satu daripada tradisi dan budaya hidup Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan terus dilakukan walaupun dalam keadaan beliau sibuk dan terkejar-kejar dengan masa untuk menghadapi pilihan raya yang kian hampir.

Tidak ramai ahli politik termasuk pemimpin negara yang mengamalkan tradisi sebegitu secara konsisten. Kalau ada pun sesetengahnya lebih untuk mempamirkan yang mereka minat dengan majlis sebegitu kerana mengharapkan imej demi politik.

Sebahagian para hadirin.
Malam tadi lebih 200 terdiri dari kalangan sahabat rapat yang masih setia dengannya hadir di kediamannya di Segambut untuk mengadakan solat hajat dan berdoa agar Allah memberi keselamatan dan kerahmatan apa-apa kerja dilakukannya khasnya berhubung menghadapi pilihan raya.

Walaupun beliau telah dijadualkan berucap di satu majlis di Shah Alam namun beliau tetap menyempatkan diri melayan dan meraikan 'saing sobat'nya yang hadir.

Solat hajat dan doa malam tadi dipimpin oleh Tuan Guru Haji Salleh Sik Kedah. Haji Salleh datang khas dari Kedah untuk memimpin majlis berkenaan. 

Kemesraan dan keakraban semula jadi Anwar.
Ikut serta ialah kumpulan pengajian dari pusat pengajian kerohanian di Hulu Langat Selangor. Kehadiran atau pun hubungan Anwar dengan kumpulan pengajian agama serta hubungan silaturahim dengan guru-guru agama adalah amalan beliau sejak di zaman ABIM lagi.

Majlis seperti itu kata salah seorang sahabat awalnya Idris Jahuzy merupakan kemestian buat Anwar.

Ikut sama hadir malam tadi juga wakil dari sebuah NGO Islam daripada Selatan Thailand. Kehadiran mereka sebagai kunjungan hormat ke atas Anwar Ibrahim. Juga kelihatan bekas pelakon Azmil Mustapa yang lebih dikenali dengan Ali Setan.
Tetamu sedang menikmati jamuan.

Dalam tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Haji Salleh beliau menekan bahawa konsep Islam suku agama suku adalah salah kerana apa-apa juga aktiviti yang bersangkut paut dengan kehidupan mestilah atas sendi Islam. Politik itu juga berkaitan dengan Islam atau agama yang tidak boleh dipisahasingkan.

Beliau mengingatkan agar manusia tidak melupai tiga perkara bagi menjamin keselamatan dalam kehidupan, iaitu jangan melupai Allah dan Nabi dan buatlah sesuatu yang baik dan tinggal yang tidak baik.

Dalam hubungan mencari pemimpin menjelang pilihan raya carilah atau pilih pemimpin yang kita kenali dan mengetahui akan latar belakang mereka. -Mso
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .