




Satu syawal yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita "Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan". Sesungguhnya berita ini amat menggemparkan sekali, tambahan pula ia dilakukan oleh seorang anggota polis. Apakah yang berlaku sebenarnya?. Mengapakah anggota polis terbabit melepaskan tembakan membabi buta begitu?. Mengapakah seorang anggota polis yang diluar tugas boleh membawa begitu banyak peluru sedangkan beliau sepatutnya menyerahkan semua senjatanya ketika diluar tugas rasmi. Inilah yang menjadi persoalan ramai pihak. Kami juga tertanya-tanya dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana tentang perkara ini. Sesungguhnya, insiden yang berlaku ini adalah "mirip" kepada kejadian yang membabitkan Prebet Adam suatu ketika dulu. Beliau juga dikatakan telah membuat tembakan rambang dan membahayakan orang awam. Tiada apa yang berlaku, namun disebalik kisah tersebut tersembunyi sebab musabab kenapa Prebet Adam melakukannya. Ini kerana tekanan perasaan dan jiwa akibat "adiknya" yang dikatakan meninggal dunia gara-gara penangan "orang ternama". Apakah kes terbaru ini juga sama seperti yang pernah berlaku itu. Segala persoalan masih bermain difikiran ramai orang terutamanya para penduduk dan orang awam yang berada di tempat kejadian tempohari.
Untuk makluman kes tersebut melibatkan seorang anggota polis
yang berumur 22 tahun dan bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan. Menurut maklumat beliau dikatakan dalam perjalanan ke satu tempat untuk melakukan "jihad", lantaran itulah beliau membawa begitu banyak senjata. Beliau menaiki sebuah kereta Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran BDC7918. Siasatan kami senjata dalam kes berkenaan bukan sahaja sepucuk pistol biasa malahan juga turut melibatkan dua pucuk senapang Raifel M15 (Sila lihat foto) serta terdapat begitu banyak peluru hidup termasuk 2 set peluru M15 yang masih belum digunakan. Disamping itu juga beliau turut membawa kayu belantan, beberapa buah kitab dan lain-lain barangan yang dipercayai untuk tujuan "jihad" berkenaan. Beliau dikatakan dalam perjalan ke sebuah lokasi berhampiran Padang Tengku-Merapoh yang dikenali sebagai "Bukit Tujuh". Laporan polis mengatakan suspek hanya membawa pistol adalah tidak benar sama sekali. Mana mungkin pistol boleh mengeluarkan sehingga 58 das peluru ditembak ke udara?.










KUALA LUMPUR - Blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, sekali lagi membuat dakwaan menggemparkan apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.
“Adalah satu langkah baik jika Abdullah menafikan beliau pernah menerima RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah setengah juta ringgit yang kita dakwa diterima oleh Razak Baginda.
“Sumber saya menyatakan Rosmah membayar Abdullah RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam. Beliau (sumber itu) tidak menyatakan apa-apa mengenai Razak Baginda,” dakwa beliau dalam blognya, kickdefella.wordpress.com
Sheih juga mendakwa penyiasat persendirian yang menghilangkan diri, P. Balasubramaniam, menerima RM5 juta dari Rosmah untuk menutup mulutnya.
“Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta.
“Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya,” dakwa blogger itu.
Blogger itu juga mendakwa bahawa Najib pernah menulis surat kepada beberapa kedutaan asing meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka.
“Saya diberitahu bahawa sebelum lawatan Najib ke beberapa negara Eropah, beliau menulis kepada kedutaan Perancis, Itali dan Pesuruhjaya Tinggi British meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka dari Kuala Lumpur kepada Altantunya Shaariibuu.
“Najib sendiri sebagai Menteri Pertahanan (ketika itu) menandatangani surat tersebut. Pesuruhjaya Tinggi British menolak permohonan itu tetapi beberapa negara menerimanya.
“Beberapa diplomat Malaysia yang ketika itu berkhidmat di kedutaan Malaysia di salah sebuah negara tersebut mengesahkan bahawa mereka pernah melihat Altantuya di dalam rombongan Najib,” dakwa Sheih lagi.
Pada 28 Jun 2007 lalu, Bernama melaporkan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg memberitahu mahkamah tinggi Shah Alam bahawa beliau pernah melihat gambar Altantuya makan bersama Najib dan Razak Baginda.
Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.
Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).
Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?”
Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”
Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?
Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”
Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.
Lebih buruk lagi, dalam akuan bersumpahnya 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Balasubramaniam pernah mendakwa Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.
Akuan bersumpah itu juga menyatakakan Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.
Sama dengan keterangan Burmaa di mahkamah, akuan bersumpah Balasubramaniam itu juga menyatakan Razak Baginda dan atau Altantuya ada memberitahu penyiasat persendirian itu bahawa Najib bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris.
Bagaimanapun, Balasubramaniam menafikan apa sahaja akuan bersumpahnya yang berkaitan dengan Najib dan menghilangkan diri selepas penafian itu.
Marang - Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Aidil Fitri, di rumahnya di Kampung Rhusila dekat sini semalam.
Kedua-dua pimpinan parti Pakatan Rakyat itu telah berbincang dan beramah mesra sambil menikmati hidangan juadah dan kuih raya.
Antara pokok perbincangan mereka adalah berkisar sekitar isu-isu politik negara dan hal ehwal semasa termasuk perkembangan Pakatan Rakyat dan pelan peralihan kuasa.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.
Buletinonline difahamkan Kit Siang akan disertai oleh beberapa pimpinan DAP lain dalam rangka percutian sempena Aidil Fitri.
“Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social,
“ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama,
“sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Guan Eng dalam perutusan Eidulfitrinya yang dipetik Harakahdaily.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.
Katanya al-Quran menyebut mengenai Amar Ma
’aruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan dan yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua.Menurutnya bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.
Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.
Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.
“Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya.
Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.
IPOH: Lebih 30,000 rakyat pelbagai lapisan menghadiri rumah terbuka Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamamad Nizar Jamaluddin di kediaman rasminya sempena Hari Raya Aidil Fitri. Satu angka besar yang di luar jangkaan.
Nizar dan isteri Datin Seri Fatimah Taat telah meluangkan masa selama lebih tiga jam untuk beramah mesra dan bersalaman dengan para tetamu yang bermula jam 2 petang hingga 5 petang. Tetamu bagaimanapun telah mula berbondong-bondong datang mulai jam 1 petang lagi.
Pelbagai juadah disajikan termasuk satey, kuetiaw dan cendol. Nizar yang kelihatan berbaju Melayu warna jingga bersungguh-sungguh tanpa jemu dan keletihan melayani tetamu, manakala Datin Seri kelihatan turut melayani kanak-kanak yang menghulur tangan bersalaman dan tersenyum menerima angpau.
Kesesakan lalulintas jelas kelihatan ekoran kunjungan sebegitu ramai bukan sahaja di luar kediaman, malahan di dalam kawasan kediaman. Keadaan bagaimanapun terkawal.
Antara tetamu kenamaan yang kelihatan ialah barisan pimpinan DAP Encik Lim Kit Siang, exco Sdr Jamaludin Radzi, Adun Titi Serong Drs Idham Lim dan Speaker, Encik Sivakumar.
|
| |
| Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu lalu (1 Syawal) tidak biadap kerana mereka tidak menimbulkan apa-apa kekacauan.
”Saya rasa tidak biadap, itu biasa dalam amalan demokrasi, itu satu perubahan zaman Perdana Menteri ini. ”Dia (polis) boleh halang, tak benarkan masuk, mengapa dia orang buka (benarkan), ada polis yang jaga daripada awal,” katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut yang dianggap biadap oleh penyokong UMNO kerana kehadiran para penyokong HINDRAF ke majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri dengan membawa ‘banner’ umpama demonstrasi.
“Cumanya cara majlis hari raya, dia orang tak boleh jumpa Perdana Menteri (masa lain), itu masa yang dia boleh jumpa, bawa ‘banner’ itu semangat dia (HINDRAF) mungkin dia orang terasa kerana keluarga dia, sahabat dia yang kena tahan, itu satu perubahan dalam amalan demokrasi dan sepatutnya dipandang secara positif,
Dalam perkembangan lain, beliau berharap semua pimpinan politik bersama-sama memikul tanggungjawab menghadapi ‘bencana’ politik ekonomi dunia yang berlaku hari ini. “Kita tidak boleh memandang ringan terhadap krisis kewangan yang berlaku di Amerika, “sudah tentu ada kesan kerana kebanyakkan negara dunia ditakluk oleh penjajahan ekonomi Amerika (melalui) penguasaan dollar, “sudah tiba masanya |
| |
| Oleh : Misbahul Munir | |
| Thursday, 25 September 2008 | |
| Program YAB MB Perak padat sepanjang Ramadhan ini. Saya selaku Setiausaha Politik YAB MB Perak memohon maaf kepada semua warga masjid, surau, NGO, rumah anak-anak Yatim, agensi-agensi kerajaan, PAS Kawasan-kawasan, dan orang ramai di seluruh Perak yang mungkin kecewa kerana YAB MB tidak memenuhi jemputan-jemputan berbuka puasa, solat tarawikh dan tazkirah di tempat-tempat mereka. Jemputan untuk YAB MB Perak cukup banyak, sehingga tidak mampu untuk dipenuhi semuanya. Walau bagaimanapun untuk juga tidak mengecewakan, program Qiyamullail, Sahur dan Kuliah Subuh bersama rakyat diatur bagi membolehkan rakyat dapat bersama MB Perak pada waktu-waktu tersebut. Ternyata program Kuliah Subuh MB mendapat sambutan luar biasa oleh masyarakat. Ternyata MB Perak cukup disayangi dan disenangi oleh rakyat walaupun sebilangan yang lain menggambarkan kononnya MB Perak boneka DAP dan berbagai tohmahan lagi. Telahan tersebut ternyata meleset. Jadual yang diatur sepanjang Ramadhan ini meliputi berbuka puasa bersama Duli-Duli Tuanku selama 15 malam di Istana Iskandariah dengan tetamu-tetamu jemputan dari kalangan tentera, PDRM, agensi-agensi kerajaan, guru-guru, IPTA, NGO's, dann juga beberapa buah masjid terpilih di negeri Perak. Selain itu, YAB MB Perak juga menganjurkan beberapa kali majlis berbuka puasa di kediaman rasminya, memenuhi jemputan-jemputan pihak lain, menyampaikan tazkirah selepas tarawikh dan kuliah Subuh serta kuliah Zohor. Namun kepadatan jadual programnya sepanjang Ramadhan masih boleh diambil kesempatan untuk YAB MB Perak menziarahi ibunya di Kg Air Hitam Labu, pada waktu malam selepas selesai program solat Tarawikh dan Tazkirah di Masjid Seberang Perak sewaktu pulang ke kediaman. Orang tua tetap tidak dilupakan walau sibuk sekalipun. Inilah contoh pemimpin tauladan dan ikutan umat. |
KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa majoriti ahli parlimen Islam dan bumiputera tetap akan dipertahankan sekiranya Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan baru kelak. 
KUALA LUMPUR, 25 Sept - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat.
Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal.
"Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?" katanya kepada Harakahdaily.
"Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal,"
Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Razak.
"Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepada rakyat.
"Sudahlah rakyat kini terbeban dengan kadar inflasi tertinggi sebanyak 8.5 sepanjang 26 tahun ini," ujarnya.
Jelasnya, apa yang sedang berlaku sekaligus menggambarkan kegagalan kerajaan dalam menguruskan ekonomi negara.
Bahkan menurutnya, dalam kiraan tertentu mengenai hal ini menunjukkan bahawa rakyat pula yang perlu menanggung subsidi minyak bagi pihak kerajaan.
"Apa pun saya tetap mencadangkan agar kerajaan mengembalikan harga asal minyak,"
Penurunan minyak semalam adalah merupakan kali kedua selepas kali pertama dengan kadar RM0.15 menjadikan jumlah setakat ini adalah RM.25 dengan kadar harga semasa minyak dunia pada tahap USD92 setong.
Sesetengah pihak mengandaikan contoh formula yang kerajaan gunakan untuk menaikan harga minyak semasa harga minyak dunia melambung ke USD 146 setong.
Persoalan yang dibangkitkan sekarang adalah, apakah alasan yang diberikan kerajaan untuk tidak menggunakan formula yang sama apabila minyak kini berharga kurang USD 92.7 setong.
Mengikut formula kerajaan ketika menaikkan harga minyak :
Harga Minyak Global 1 Tong = USD 92.70 (bersamaan dengan RM 319.82)
1 Tong bersamaan dengan 159 liter
Nilai Ringgit sekarang berbanding Dolar = RM 3.45
Harga satu liter > RM 319.82 / 159 liter = RM 2.01
Subsidi kerajaan = RM 0.30
Harga sepatutnya > RM 2.01 - RM 0.30 = RM 1.71 (harga sepatutnya)
Harga sekarang = RM 2.45 sen