Ikuti Blog ini

Kota Bharu Bandaraya Islam@Wi-Fi City



KOTA BHARU - Kota Bharu kini melangkah setapak lagi ke arah memperkenalkan perkhidmatan Wi-Fi (akses internet tanpa wayar) secara percuma, kata anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan.
Beliau berkata, sebuah konsultan yang dilantik sedang mengkaji sejauh mana kemampuan perkhidmatan Wi-Fi dapat dilaksanakan di Kota Bharu bagi kemudahan orang ramai mengakses internet.
"Malah Kota Bharu mungkin bandar pertama di negeri ini yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma, biar pun Pulau Pinang juga sudah mengisytihar kemudahan internet percuma.
"Wi-Fi City bukan sekadar mahu Kota Bharu dikenali dengan pelbagai panggilan seperti Kota Budaya atau sebagainya, tetapi Wi-Fi merupakan satu program baru yang dirancang kerajaan negeri," katanya di sini.
Menurutnya sekarang beberapa tempat sudah dapat diakses internet secara percuma antaranya kompleks Kota Darulnaim, hotel-hotel dan restoran-restoran makanan segera.
Beliau berkata internet turut menyumbang kepada gejala negetif sekiranya pengguna sengaja mengakses kepada laman-laman web yang tidak bermanaat.
"Jika keadaan itu tidak ditangani dengan betul menyebabkan masyarakat menjadi porak-peranda terutama membabitkan perilaku seksual dan jenayah termasuk di kalangan remaja.
"Teknologi maklumat memberi kesan amat besar kepada status sosial, budaya dan kegiatan ekonomi rakyat," katanya.
Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi menjelaskan kerajaan negeri sentiasa mengikuti perkembangan bidang sains dan teknologi.
Mulai Khamis ini akan berlangsung Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri 2008 bertempat di Balai Islam. Karnival itu diadakan sehingga 9 November.
Beliau juga berharap media nasional turut melaporkan secara jujur program-program yang dilaksanakan kerajaan negeri bagi membolehkan lebih ramai lagi rakyat mengetahui perkembangan yang berlaku.



Tutup ruang bahas, Najib tiada kredibiliti - demokratik

KUALA LUMPUR, 5 Nov - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) mengecam 'tidak demokratik' Menteri Kewangan yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak apabila menutup ruang kepada Pakatan Rakyat untuk mencelah dalam penggulungan perbahasan Belanjawan 2009 semalam.

"Kita bukan nak mendengar kuliah ekonomi. Kita mahu dia (Najib) beri penjelasan dan jawab perkara yang dibangkitkan. Dalam masa sejam dia berucap, dia mengemuka fakta baru dan bukannya menggulung perbahasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan selepas Najib menutup ruang bagi mencelah dalam penggulungan perbahasan.

Sepatutnya Menteri Kewangan datang untuk menggulung perbahasan belanjawan yang telah dibentangkan oleh menteri sebelum beliau dan bukannya membentang fakta-faakta baru, katanya.

Namun katanya, Najib membentang fakta baru yang 'unprecendated' dan tidak membuka ruang kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mencelah bagi bertanyakan soalan.

Akhirnya dengan kedegilan Najib itu, ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk keluar dewan.

"Kalau fakta baru yang dia nak bentang dan bukan ini caranya. Dan hari ini, penggulung dengan bajet. Kita buat walkout kerana ianya bercanggah dengan prosedur Parlimen dan dengan belanjawan itu sendiri.

"Bagi kita sudah buang masa bincang selama dua minggu tentang belanjawan dan hari ini kita diberi angka-angka baru yang kita tidak tahu," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.

Beliau menyifatkan tindakan Najib menutup ruang kepada Pakatan Rakyat mencelah dalam penggulungan itu amat menyedihkan bagi permulaan untuk sebagai bakal Presiden Umno.

"Ini kerana Najib tidak berani berhadapan dengan fakta dan cabaran yang berada di hadapan beliau. Beliau tidak berani berani bertanggungjawab dan lebih bersedia. Bagi saya tidak bersedia dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat selama ini," katanya.

Ujar beliau, tindakan Najib itu jelas menunjukkan kebimbangan kerana pembongkaran demi pendedahan yang terlalu banyak oleh Pakatan Rakyat berhubung skandal Najib.

"Sebab itu dia takut nak berdebat dengan fakta. Dia tiada kredibiliti," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula turut mengecam tindakan Najib yang tidak mahu memberi ruang kepadanya walaupun Pakatan Rakyat apabila menutup ruang kepada Pakatan Rakyat mencelah.

Bercakap dalam sidang media semalam selepas seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan berikutan insiden itu, Anwar mendakwa Najib sebagai 'penakut' berhadapan dengan hujah Pakatan Rakyat.

"Kita tunggu satu jam untuk kesempatan mendapat penjelasan dan inilah kali pertama dalam sejarah Parlimen jawapan menteri yang tidak memberi ruang kepada kami untuk berbahas," katanya.

Najib hanya menyatakan bahawa beliau akan memberi ruang setelah selesai mengutarakan cadangan baru sedangkan Najib sendiri turut menimbulkan isu-isu dalam perbahasan belanjawan sebelumnya.

Beliau menyifatkan bahawa Najib gagal dalam menjadi Menteri Kewangan jika ruang untuk rakyat menyatakan suara dan pandangan ditutup dengan cara yang tidak demokratik.

"Apa yang berlaku hari ini percangghan dalam peraturan 66, sepatutnya Menteri Kewangan datang bagi menggulung perbahasan dan bukannya membentangkan Belanjawan yang baru," katanya.

Walaupun Pakatan Rakyat menggunakan beberapa peruntukan mesyuarat termasuk 37 (b) namun, Najib masih tidak membenarkan ruang mencelah, kata Anwar.

"Yang akhirnya kita keluar bila kita tanya kepada Najib apakah dia benarkan kita persoalkan, dia jawab tidak boleh itu kita tak ada faedah untuk duduk mendengar sahaja," katanya.

Bagi Pakatan Rakyat tidak ada masalah untuk mendengar apa yang dinyatakan Najib, tetapi dengan menutup ruang secara keseluruhan tetapi pada masa yang sama berbohong berhubung belanjawan alternatif Pakatan Rakyat adalah satu yang mengecewakan, katanya.

Pembelian Eurocopter 'Bersih': PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?



Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang mengambil keputusan untuk menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut dan penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.

Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 buah helikopter yang sama pada kadar RM1 billion.

AMK juga kesal apabila PAC sekadar 'kurang senang' dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, uji cuba perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan.

AMK melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan, sebaliknya hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang pastinya telah diatur dan disusun supaya 'cantik dipandang dan sedap didengar'.

Apa yang menghairankan ialah sebarang kes melibatkan Najib, seperti kes Altantuya dan yang terbaru kes Eurocopter ini, pasti akan 'disenyapkan' oleh pihak berkenaan. Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri menjelang Mac 2009?

AMK kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa BPR perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya.

Imej kerajaan dan negara perlu dibersihkan agar wang rakyat tidak dibazirkan oleh pemimpin Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

RASUAH POLITIK DALAM UMNO: BARAH PERINGKAT KE 4




Bukan politik wang, sebenarnya rasuah politik, tetapi hendak bagi nampak cantik Umno tukar jenama dengan nama politik wang. Kalau sebut rasuah nampak jijik sangat. Kalau guna istilah rasuah politik Nampak baik sikit. Cuma istilah yang dijenama semula sahaja. Biasalah Umno yang memang bijak berlakon dan bijak bermain istilah.

Apa yang berlaku adalah bala kepada Umno, kerana dalam setiap kali PRU di negara ini mereka merasuah pengundi. Kalau sesama Umno pun mereka guna pendekatan rasuah untuk menang, telahan lagi dengan orang lain yang berlainan ideologi dalam PRU di negara ini.

Mengikut Tengku Ahmad Rhithaudden (U.Malaysia 24/10/2008) Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Umno, rasuah berluasa sejak 20 tahun kebelakangan ini. Tengku Ahmad Rithauddeen memberitahu bahawa beliau pernah mendengar cerita ada Ketua cawangan UMNO yang pulang menaiki kereta Kancil baru selepas Perhimpunan Agung.Katanya, cerita seumpama itu memalukan UMNO dan jelas memperlihatkan bahawa politik wang sudah menjadi satu budaya yang kini berada dalam teras UMNO itu sendiri. Namun kata beliau, sikap yang ditunjukkan semua pihak ialah lebih ramai yang bertanding adalah sesuatu yang menggembirakan kerana lebih banyak wang yang akan diterima.


Ini Ini bermakna rasuah politik dalam Umno rancak di era Umno di bawah kepimpinan Dr. Mahathir selama 22 tahun. Zaman Dr. Mahathir jadi presiden Umno beliau pernah hendak berubat penyakit rasuah politik dalam Umno dengan berbagai cara semua tidak menjadi. Tun pernah menasihat, menangis, berdoa untuk ubat penyakit rasuah politik dlam Umno semua tidak menjadi. Macam mana pengikut hendak ikut kalau nakhoda kapal pun bercakap tidak serupa bikin.

Barah rasuah dalam politik Umno sudah berada di tahap 4, dan menunggu saat untuk mati sahaja. Kerana tidak ada lagi ubat untuk merawat. Mampukah calon Umno untuk bertahan lama dengan merasuah dalam setiap kali pemilihan. Mana wang mahu diambil, sekarang lombong emas di lima negeri pakatan Rakyat sudah terkambus. Kalau dalam PRU ke 13 , pakatan rakyat memerintah di peringkat pusat, mana lagi pemimpin Umno mahu dapat. Tidak tahu lah kita kalau Umno boleh pergi menyelam di tasik yang simpan harta Qarun di Mesir.

BPR sepatutnya sudah boleh bertindak dan bawa kepada pengadilan seperti yang pernah berlaku kepada Tan Sri Isa Samad yang disabit kesalahan kerana terlibat dalam rasuah oleh jawatankuasa disiplin Umno sewaktu pemilihan Umno tahun 2004. Kenapa beliau tidak dibawa kepada pengadilan. Bahkan beliau boleh bertanding sebagai calon Naib Presiden dalam pemilihan Umno Mac 2009. Apakah negara ini ada dua undang-undang. Adakah rasuah dalam Umno tidak menjadi kesalahan, kerana mereka kebal dan bebal. Apakah ada dua takrif rasuah di negara ini?.

Sepatutnya BPR kena bertindak kerana mereka yang terlibat dalam rasuah politik ini akan mendapat wang daripada tauke-tauke yang melabur dahulu dengan janji mereka akan diberikan projek kadang-kadang mengorbankan agama dan tanah air. Mereka bukan menyuarakan suara hati ahli Umno sebaliknya mereka adalah suara tauke-tauke yang berada di belakang mereka. Mana wang mereka hendak ambil kalau bukan tauke yang memberi. Paling merbahaya sekali kalau ada ejen yahudi yang memberi wang maka bukan mustahil negara akan tergadai ke tangan yahudi untuk pada masa akan datang. Waliyazubillah.



Pihak BPR kena pandang serius soal rasuah politik dalam Umno, kerana mereka adalah parti pemerintah. Mereka yang terpilih kebanyakan akan terlibat dalam kabinet atau di tempat yang startegik dalam negara. Apa akan jadi kepada negara kalau berketuakan kaki rasuah dan pemberi rasuah. Menang bukan kerana idea dan karisma, tetapi kerana wang yang disediakan oleh pelabur pasaran hadapan apabila mereka menang nanti.

Sebab itu indeks rasuah semakin meningkat, bukan makin baik, kerana mereka yang menjadi pemimpin adalah melalui rasuah politik. Contohnya persepsi indeks rasuah (CPI) pada tahun 2006 Malaysia nombor 26 daripada 163 kemudian jatuh lagi pada tahun 2007 kepada 44 dariapda 179 negara yang diselidik. Maka secara tidak langsung apabila mereka menjadi pemimpin mereka akan meluluskan projek kepada pelabur-pelabur politik mereka dengan tawaran yang mereka kehendaki walalu pun tidak memenuhi syarat yang sepatutnya. Inilah yang paling merbahaya.

Tidak hairanlah kepada kita usaha untuk merapatkan jurang ekonomi bumiputera di negara ini gagal kerana mereka adalah suara tauke bukan suara rakyat atau parti yang mewakili orang Melayu di negara ini. Walaupun kerajaan sudah berlanja sebanyak RM1.2 trilion sejak RMK 1 sampai ke RMK 9. Namun peratus kemiskinan di negara ini masih lagi tinggi jika dibanding dengan kaum lain. Menurut Dato’ Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah di parlimen pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi bumiputera miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno

Dalam Utusan Malaysia 3/11/2008 Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengesyorkan kaedah bersumpah dengan menyebut 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi' digunakan bagi membolehkan saksi menyabitkan mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan politik wang.

Datuk Seri Adnan berkata, usaha mengatasi gejala politik wang menjadi sukar jika bukti 'tanpa keraguan yang munasabah' tidak dipertimbangkan oleh pihak bertanggungjawab. Hai Tok Nan pemimpin Umno bukan takut dengan sumpah, 1000 kali pun mereka boleh sumpah. Kalau hukum tuhan pun mereka tidak mahu ikut apalah sangat dengan sumpah. Memang sejak dua menjak Umno bermain dengan sumpah terutama sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh. Selepas itu sumpah menjadi sumpah-sumpah.


Dato’ Rais Yatim bertambah yatim dalam Umno kerana gagal mendapat tempat. Dulu semasa berada dalam parti 46 sanggup membakar jambatan dalam Umno, dan tidak akan menyertai Umno kerana parti yang tidak demokratik, tidak pejuang melayu.Jenis lidah bercabang. Beliau cadang supaya jawatan Umno di tender kerana tidak tahan dengan rasuah politik. Ucapan beliau menyebabkan Datuk Seri Shahidan Kasim marah sehinggakan beliau kata Dato’ rais yang patut ditender dengan harga RM1. Dulu 46 sekarang harganya RM1 sahaja.

Saya hendak ketawa baca kenyataan Mukhriz supaya tolak amalan rasuah politik seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 3/11/2008. Mana ada pemimpim Umno hendak naik dengan air liru sahaja. Mana ada calon Umno naik dengan karisma semuanya terpaksa menggunakan ongkos. Lebih Mukhriz baik tidak usah bercakap soal rasuah politik dalam Umno, kerana rasuah politik dalam Umno dah terang lagi bersuluh. Rasuah dalam Umno macam isi dengan kuku. Biarlah bapa kamu bercakap untuk membuat reform dalam Umno, parti yang beliau sendiri menjahanamkan sewaktu beliau berkuasa dahulu. Kenapa bapa kamu tidak buat waktu dia ada kuasa. Bukankah demokrasi mati di zaman bapa kamu. Sistem kouta diadakan zaman beliau. Sekarang kenapa duduk sibuk waktu Pak Lah berkuasa. Usahlah bercakap tidak serupa dengan bikin. Pemimpin Umno tidak layak bercakap soal membenteras rasuah politik. Paku dulang paku serpih kata dekat orang dia yang lebih. Ayuh ramai-ramai ambil borang Pas, tinggalkan Umno kerana kapalnya sudah hendak tenggelam.

Penulis adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ustaz Haji Idris Haji Ahmad

Amanat Pesuruhjaya Pas Pahang

Dato’ Tuan Brahim Tuan Man Pesuruhjaya Pas Pahang merangkap ahli jawatankuasa Pas Pusat mengingatkan agar ahli Pas sama ada di Pahang atau di seluruh Negara agar berhati-hati membuat kenyataan di media atau di blog agar tidak menyalahi disiplin berjemaah dan mendedahkan jemaah kepada musuh perjuangan Islam.

Beliau mengatakan sedemikian sewaktu menyampaikan ucapan alu-aluan dalam program Konvensyen Tarbiyyah Pas Pahang di Jerantut semalam. Menurutnya lagi, sebarang keraguan atau pendapat hendaklah disampaikan mengikut saluran yang telah sedia ada sama ada melalui Pas Kawasan,Badan Perhubungan dan merujuk kepada Pas Pusat sendiri.

Pemain media atau para blogger hendaklah bertanggungjawab dengan disiplin parti dan semangat berjemaah.Menurutnya kejayaan PR setakat ini amat dicemburui oleh mereka yang sentiasa ingin mengambil kesempatan dan oportunis dalam memonopoli Sesuatu isu.

Pas tidak sama seperti parti lain yang mengabaikan aspek tarbiyyah dan semangat amal jama’i dalam berpolitik.Kerana itulah Pas sentiasa berkomitmen tinggi dalam menyusun organisasinya secara teratur dan kemas ke arah mencapai matlamat perjuangan parti.Kerana itulah penyebaran maklumat yang tepat dan berbetulan dengan perjalanan sesuatu isu amatlah dituntut agar para ahli dan rakyat tidak terkeliru.

Program sehari itu turut dihadiri oleh Dato, Presiden Pas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Mereka masing-masing diundang khas bagi membentangkan kertas kerja yang bermatlamat ke arah memperkasakan fikrah haraki di kalangan pemimpin dan ahli di seluruh peringkat.


mahathir cilok idea tok guru nik aziz?


Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.

Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.

Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.

Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.

Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.

Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai "Gold Standard". Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.

Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.

Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.



Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan "Bank Notes" sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.

Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.

Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.

Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.

Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.

Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.

Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.

Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.

Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.

Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.



Pemuda: Gugurkan isteri Najib di Unisel

Pemuda Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Selangor menggantikan isteri timbalan perdana menteri, Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel).

rosmah mansor and uniselUniversiti milik penuh kerajaan negeri itu melantik isteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama Pemuda PAS Selangor dan DAP Selangor akan menyerahkan surat bantahan kepada Abdul Khalid esok.

Dalam surat bantahan itu, Pemuda Pakatan mahu Unisel mencari seorang calon canselor yang "lebih bermoral dan berintegriti."

"Rosmah mempunyai nilai moral yang dipertikaikan oleh masyarakat. Rosmah bukan untuk gedung ilmu, tetapi lebih tepat untuk gedung membeli-belah," kata ketua AMK negeri Khairul Anuar Ahmad Zainudin.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau bagaimanapun menafikan bantahan itu bermotifkan politik.

"Ini bukan soal musuh politik, ini tentang maruah universiti," katanya, yang juga naib ketua Pemuda PKR.

Menurutnya lagi, secara teknikalnya, penggantian jawatan itu boleh dijalankan dalam masa sebulan.

Mengulas calon yang bakal menggantikan bakal wanita pertama itu, Khairul Anuar berkata:

"Ramai lagi tokoh-tokoh dalam Pakatan, dalam PKR, DAP dan PAS yang layak mengisi jawatan itu.

"Contohnya naib presiden PKR Dr Syed Hussin Ali sendiri yang lama bergiat dalam politik dan yang mempunyai penguasaan akademik dalam bidang antropologi."


Kesian Polis… 200Ringgit Dia Kena, 200Juta Tak Pernah Kena

polisku

BERITA TERHEBAT !!!! DUA ANGGOTA POLIS MASUK PERANGKAP BPR

ALOR STAR: Dua anggota polis terperangkap dengan tindakan mereka sendiri selepas ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di lokasi sekatan jalan raya di Jalan Sultan Badlishah, di sini sebaik menerima `wang perangkap’ yang disediakan agensi itu.

Kejadian kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu selepas seorang remaja berusia 19 tahun yang ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan, berjalan kaki ke pejabat agensi itu dan melaporkan tindakan anggota polis terbabit meminta wang daripadanya kepada pegawai BPR bertugas.

Pengarah BPR Kedah, Noraziah Manaf, berkata remaja itu mendakwa anggota polis terbabit meminta RM200 daripadanya menyebabkan pegawainya dan remaja itu bertindak melakukan perangkap.

BPR HEBAT…. kah kah kah … tangkap rasuah 200 juta ringgit? ….kah kah kah… 200 ribu ringgit ? …. kah kah kah…. 200 ringgit laaa beeb…. Dua ratus sahaja…. Kah kah kah

bpr ni tak malu ke?…. rasuah berjuta-juta tak nampak…. pusing pusing polis cabuk kena…. kah kah kah…. mat kampau ni tak cukup makan….tangkaplaaa yang munusabah…..tangkap rasuah yang berjuta-juta…. takut?….. eurokopter ke?…. kes kapal selam ke…. kes beli sukhoi ke…. kes repair parlimen ke…. kes moonson cup ke…..

kesian polis …. 200 ringgit dia kena…. Yang 200 juta tak pernah kena….. inilah dia BPR …. inilah dia KETUANAN MELAYU….




Wasiat dari Imam Samudra, Amrozi dan Mukhlas


JURUKAMERA dan wartawan mengambil gambar huruf �H� yang ditandakan di kawasan lapang perkampungan Amrozi dan Mukhlas dipercayai tempat helikopter menghantar mayatnya selepas hukuman. Gambar kecil (dari kiri) Mukhlas, Imam Samudra dan Amrozi.

Mukhlas, Imam Samudra dan Amrozi bin Nurhasyim


Menunggu ... Mukhlas (kiri) dan Amrozi di dalam penjara Nusakambangan di Cilacap, Indonesia.

Amrozi, Imam Samudra dan Mukhlas masih meraikan 'idul fitri 1429

Imam Samudra

Mukhlas

Amrozi

Tempat bersemadi... Amrozi dan Mukhlas berharap akan dikebumikan berhampiran dengan makam ayahanda mereka. Gambar kecil: Mukhlas, Imam Samudra dan Amrozi.

Amrozi (kiri), Mukhlas (2 dari kiri), dan Imam Samudra (kanan) bersama peguam Achmad Michdan (2 dari kanan)

Wasiat dari Imam Samudra, Amrozi dan Mukhlas

Para syuhada, mujahid dan pahlawan Islam yang didapati bersalah dalam serangan bom di Bali pada 2002 menyampaikan sebuah wasiat khusus berkaitan dengan pelaksanaan eksekusi terhadap mereka (klik sini).


(Klik gambar untuk memperbesar)

Semua itu dilakukan berdasar keyakinannya atas sunah Rasul yang mengharuskan setiap muslim mendukung muslim lain yang masuk golongan syuhada. Semoga semua perjuangan para syuhada mendapat pahala yang berlimpah dari Allah SWT dan menemukan 72 para bidadari!

Subhanallah….AllahuAkbar…!!!


Bicara kes ‘Hambat Bas Pengundi Hantu’ di Rusila pada Februari 2009

KUALA TERENGGANU, 3 Nov – Sembilan orang yang menahan bas membawa pengundi hantu tetapi dituduh oleh kerajaan 'merusuh' di Rusila pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), 8 Mac lalu akan dibicarakan pada 22 hingga 25 Februari, 2009.
Hakim Mahkamah Sesyen Mohd Khalid Ab. Karim menetapkan tarikh tersebut selepas dimaklumkan pihak pembelaan masih belum menerima kertas pendakwaan.

Pada jam 10.30 pagi, hari pengundian PRU 12, berpuluh-puluh pemuda dan masyarakat Kampung Rusila telah menahan sebuah bas BJU 2555 yang disyakki membawa pengundi hantu di Taman Medan Jaya, Rusila.

http://buletinonline.net/images/berita13/keteganganrusila.jpgPeristiwa tersebut menjadi sejarah kerana penahanan bas yang cuba memasuki kawasan mengundi di Sekolah Kebangsaan Rhusila mencetuskan ketegangan akibat bantahan rakyat yang tidak dihiraukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

(Gambar - FRU dipanggil untuk menembak gas pemedih mata dan menghambat orang kampung pada hari mengundi 8 Mac lalu)

Polis telah dipanggil bukan untuk membawa keluar bas yang dipenuhi oleh ‘pengundi luar’ itu tetapi telah menghambat rakyat dengan tembakan gas pemedih mata dan serangan menggunakan belantan.

Menurut peguam Fathi Aziz Abu Bakar dari Aziz & Co. firma guaman yang mewakili mereka, kesemua sembilan orang yang ditahan dan kini dituduh ‘mencetuskan rusuhan’ .

Mereka adalah adalah Ibrahim Ali, 44; Ahmad Saharmi Mohd. Nor, 30; Ismail Mohamad, 60; Luqman Abdul Rahim, Annuar Mustaqim Abdul Malik, 22; Muhamad Sobri Mustapa, 39; Faizul Azrin Che Mohamad, 29; Muhamad Imaluddin Alis, 22 dan Md. Hinuddin Din, 30.

Semua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Ibrahim, Ahmad Saharmi dan Muhammad Sobri turut dituduh melakukan perbuatan khianat kerana menyebabkan kerosakan harta iaitu bas berkenaan pada masa dan tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Ibrahim, Luqman, Annuar Mustaqim, Faizul Azrin, Muhammad Imaluddin, Md. Hinuddin juga didakwa melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan rasa cemas kepada penumpang bas berkenaan.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kesembilan tertuduh diwakili peguam Kamaruzaman Wahab manakala pendakwaan dilakukan oleh Penolong Pendakwa Raya, Badiduszaman Ahmad.


Pencuri Menjerit "Pencuri"!

Satu malam Cik Mah dengar sok sek sok sek kat dapur. Seram bulu roma. Dalam seram tu, Cik Mah pun turun ke tingkat bawah .. Apa nak buat, turun jugalah, takut pun takutlah. Laki Cik Mah tak ada kat rumah waktu tu.

Entah ke mana dia pergi, Cik Mah tak tahu. Mungkin duduk kedai kopi sembang politik. Mungkin juga sedang berkepit dengan galfriend dia di kalabul malami. Isyk, merepek pula, ke situ pula perginya.

Ulang balik cerita tadi ... Satu malam Cik Mah dengar sok sek sok sek kat dapur. Seram bulu roma. Dalam seram tu, Cik Mah pun turun ke tingkat bawah .. Apa nak buat, turun jugalah, takut pun takutlah.

Apabila Cik Mah sampai di bawah, Cik Mah pun pasang lampu. Cik Mah nampak ada seorang lelaki. Apa lagi, Cik Mah pun tarik nafas dan nak menjerit.

Belum sempat Cik Mah menjerit, maka dia menjerit dulu, "Pencuri! Pencuri! Pencuri!"

Cik Mah tergamam. Siapa pencuri ni? Dia pencuri atau Cik Mah pencuri? Atau, dia si pencuri nak beritahu dia nampak pencuri?

Itu cerita dalam rumah Cik Mah malam tadi.

Dalam UMNO pun macam tu. Sebelum orang tuduh kita amalkan politik wang, baik kita tuduh orang lain dulu!

Pencuri! Pencuri! Pencuri!

Perdana Menteri

Rasuah Pencalonan RM2 Juta


Razaleigh: Ada bahagian minta ‘rasuah’ pencalonan RM2 juta

KOTA BARU: Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.

“Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.

“Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta,” kata beliau di sini semalam.

Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan Umno berkata, seseorang perwakilan ‘berpeluang’ memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi.


Tengku Razaleigh Hamzah akui wang memang diperlukan ketika berkempen


Ketika ditemui di sini awal bulan lalu, Razaleigh mendedahkan kira-kira RM200 juta digunakan untuk tujuan kempen dan membeli undi dalam pemilihan Umno kali ini.

Bekas Naib Presiden Umno itu menyatakan demikian pada hari beliau gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk kerusi Presiden sebaliknya ia dimenangi tanpa cabaran oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sambil menjelaskan bahawa beliau sanggup berkhidmat untuk parti tetapi dengan syarat kepimpinan parti boleh meyakinkannya bahawa beliau tidak menyumbang khidmat kepada parti-parti yang berasuah.

Tegas beliau, tindakan memancing undi menggunakan wang dan menghalang anggota daripada bertanding hanya akan menamatkan riwayat Umno lebih awal.

Ahli Parlimen Gua Musang ini juga mengakui bahawa wang diperlukan ketika berkempen tetapi ia tidak seharusnya membawa kepada gejala membeli undi ataupun menggunakan kuasa bagi menghalang pertandingan.

“Amalkan model AS dalam soal kutipan dana untuk tujuan berkempen, boleh diamalkan dalam Umno untuk mengawal politik wang,” katanya.

Jelas beliau, usaha semasa mengawal gejala politik wang dalam Umno dan menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sahaja tidak mencukupi.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menarik daripada bertanding jawatan Presiden, Razaleigh berkata, beliau tidak perlu menarik diri kerana tidak dicalonkan langsung untuk kerusi berkenaan.

“Sila lihat perkara yang saya katakan. Saya menawarkan untuk bertanding jawatan sebagai seorang ahli biasa.

“Kita ada hak. Oleh kerana saya tidak dicalonkan, tidak perlu bagi saya menarik diri. Jika anda mahu saya menarik diri, ia sama seperti meminta saya menarik diri (keluar) daripada Umno,” katanya lagi.




Gambar semasa Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu










TG Presiden

Menyampaikan Ucaptama Ijtima' Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Ke-12

Persembahan Silat

Memeriksa Perbarisan

Tarian Singa

Unit Amal sedang beri Tabik Hormat

Tok Guru sedang memeriksa Pembarisan terdiri drp Unit Amal, Skuad WAJA & AMAL Nisa

Naga mana pulak terlepas ni??

Tarian Naga menyambut ketibaan Tok Guru

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedang ucap utama

Kira-kira 5000 orang yang datang

Tenang sebelum ditembak

TENGGULUN - Tiga pengebom Bali, Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudera kelihatan tenang ketika mereka berada dalam bilik sebuah penjara semasa menanti hukuman tembak dilaksanakan, kata satu sumber semalam.

Sumber itu menyatakan ketiga-tiga mereka membaca al-Quran dalam sebuah penjara di Nusakambangan yang terletak di selatan Pulau Jawa dan dikenali sebagai 'Alcatraz Indonesia.'

Menurut sumber itu, Mukhlas memberitahunya: "Saya mahu ia berlaku dengan segera (hukuman tembak).

"Saya mahu menemui bidadari."

Seorang lagi pengebom yang juga saudara Mukhlas, Amrozi yang digelar sebagai pembunuh yang suka melemparkan senyuman berkata sambil ketawa: "Saya bersedia pada bila-bila masa."

Ketiga-tiga pengebom Bali itu sudah menerima surat pemberitahun berhubung hukuman mati ke atas mereka pada pukul 9 malam waktu tempatan kelmarin.

Ketiga-tiga mereka akan ditembak mati dalam tempoh 72 jam selepas menerima notis pelaksanaan hukuman itu.

Mereka dihukum mati ditembak selepas didapati bersalah terlibat dalam serangan bom di dua buah kelab malam di Kuta, Bali pada Oktober 2002 dengan mengakibatkan 202 orang terbunuh, kebanyakannya pelancong Australia.

Kelmarin, ketiga-tiga mereka dibenarkan untuk bersolat Jumaat di sebuah masjid dalam penjara itu bersama banduan lain.

Imam masjid itu, Hasan Makarim berkata, beliau melihat ketiga-tiga pengebom itu kelihatan tenang tetapi tidak berbual dengannya.

Persediaan untuk menghadapi hukuman mati itu juga sudah dilakukan oleh pihak berkuasa manakala lokasi pengebumian jenazah Mukhlas dan Amrozi turut disediakan di sebelah kubur bapa mereka, Nur Hasyhim di Tenggulun.


Nak ubati sikap sombong , ingat mati selalu

Setiap orang tidak boleh tidak ada sikap riak , takabbur , bongkak , sombong. Tak kiralah samada ahli politik , menteri , imam , bilal , ulamak , jurutera bahkan buruh kasar sekali pun ada sikap ini. Sikap inilah yang akan menjauhkan diri kita dari syurga dan mendekatkan kita ke neraka Allah.

Untuk mengubati penyakit ini memang payah. Ianya akan sentiasa datang setelah diubati. Oleh itu haruslah sentiasa diubati. Perlu banyak mengingati Allah, banyak beristighfar, menurut segala perintahNya, hormat ibu bapa dan sebagainya.

Antara ubat yang mujarab untuk penyakit ini ialah dengan banyak mengingati mati.

Banyak ziarah jenazah , ziarah kubur.

Banyak lihat mereka yang nazak kematian. Banyakkan mandi jenazah teman-teman kita , saudara kita. Usung jenazah . Peluk jenazah. Mandikan jenazah. Bawa van jenazah , masukkan jenazah ke liang lahad dan sebagainya.

Itu sebabnya kita lihat bilal yang menguruskan jenazah , jiwa mereka ini tenang. Mereka tak banyak mengata.

Ingat mati bukannya sampai kita hilang semangat tak boleh buat kerja. Ingat mati supaya kita kerja sungguh-sungguh dalam apa jua yang kita lakukan , dalam pada masa yang sama kita sentiasa ingat pada Allah.

Beribadahlah seolah kita akan mati esok hari , bekerjalah seolah kita akan hidup selama-lamanya.

Kalau semua kita banyak mengingati mati dalam erti kata sebenarnya mungkin banyak penyakit lain akan sembuh, dengki , khianat , fitnah , adu domba , rasuah , menipu dan sebagainya.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .