Semoga Tahun Baru ini Allah pilih kita lagi untuk diturunkan HidayahNya, RezekiNya dan Kekuatan untuk terus memperjuangkan agama ISLAM di mana sahaja kita berada. Dan pada tahun baru ini juga kita berdoa' semoga pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu akan memenangkan Pas...InsyaAllah...
Ikuti Blog ini
Selamat Tahun Baru 1430 H dari Muslimeen United ,Ahad, Disember 28, 2008 at 28.12.08,
Semoga Tahun Baru ini Allah pilih kita lagi untuk diturunkan HidayahNya, RezekiNya dan Kekuatan untuk terus memperjuangkan agama ISLAM di mana sahaja kita berada. Dan pada tahun baru ini juga kita berdoa' semoga pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu akan memenangkan Pas...InsyaAllah...
Penyertaan Dato' Zahar ke dalam PAS dialukan - Mursyidul Am , at 28.12.08,
KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kemasukkan Kapten(B) Dato' Zahar Hashim dalam PAS menjadikan satu tanda kehancuran Umno semakin jelas.
Beliau berkata demikian ketika menyambut kedatangan pelabur dari China, Presiden Beijing Good to Great Investment Co.Ltd, Madam Qiao Li yang juga merupakan usahawan terkenal dalam bidang pertanian.
Menurut Nik Aziz, kini ramai pemimpin Umno yang berkaliber sudah terbuka hatinya dalam menilai sendiri keburukan yang berlaku dalam Umno dan mereka telah membuat pilihan tepat untuk membela agama Islam dengan menyertai PAS.
Di saat berlakunya Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Umno menerima tamparan hebat bila ada ahli Umno menyertai PAS dan sanggup turun padang menjelaskan isu semasa kepada pengundi di Kuala Terengganu nanti.
Nik Aziz juga berharap Dato' Zahar akan istiqamah dalam membantu memperjuangkan kedaulatan Islam bersama ahli PAS yang lain.
"Saya menyeru kepada pengundi di Kuala Terengganu agar mengetepikan fahaman kebangsaan yang dibawa oleh Umno/BN dan kembali kepada semangat untuk membela agama Islam, sudahlah pecah belah antara kaum masih tak selesai, sedangkan Islam adalah untuk semua kaum," ujar beliau.
"Saya syukur pada Allah S.W.T yang sudah buka hati Kapten Zahar, satu anugerah daripada Allah untuk buka pintu hati orang sebegini hebat dalam Umno dan beliau yang banyak pengalaman telah berani dedahkan kepincangan Umno dan kerajaan," katanya lagi.
Sebelum ini, Kapten(B) Dato' Zahar Hashim Ketua bahagian Petaling Jaya Selatan bersama dengan 13 AJK bahagian dan 28 ketua Umno cawangan telah menyertai PAS dan telah menyerahkan boring keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat ISa dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali.
"Umno sekarang ni banyak kepincangan, dalam saat-saat sekarang ni, Umno gantung ahli, buang ahli dan banyak masalah dalaman mereka sedangkan yang masuk Umno tak dak pun dan ini menggambarkan Umno menuju ke arah kehancuran," katanya lagi.
Menyentuh tentang isu hudud yang digemburkan kini, beliau berkata ia hanyalah mainan mereka yang tertentu sahaja.
"Dulu amat susah nak sedarkan masyarakat bahawa politik dan Islam tak dapat dipisahkan, begitu juga hudud ni, yang pentingnya kami berusaha untuk jadikan ia sebagai undang-undang dan terpulang kepada pihak hakim yang akan menentukannya," ujar beliau lagi.
Berkaitan dengan sokongan kaum lain terhadap PAS kini yang semakin ketara, beliau berharap kaum cina dan India di Kuala Terengganu juga menyedari perkembangan ini dan seterusnya memberi sokongan kepada calon PAS nanti.Hadiri Intifadah Selasa ini di kedutaan Amerika! , at 28.12.08,
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengajak semua rakyat Malaysia memastikan kehadiran mereka dalam perhimpunan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak bagi membantah keganasan terburuk pengganas-pengganas Israel di Gaza sepanjang konflik Palestin-Israel sejak 1967.Intifadah tersebut akan diadakan Selasa ini, 30 Disember, jam 11.00 pagi.
Salahuddin menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik menyemarakkan Intifadah di hadapan kedutaan Amerika itu.
"Jika anda ragu-ragu untuk menyertai Intifadah rakyat Malaysia menentang keganasan Israel Selasa ini, anda boleh membaca apa yang diucapkan oleh seorang pegawai pertahanan awam entiti haram Israel bernama Ofer Shmerling: Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel".
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin, pengganas-pengganas Israel tidak akan bertindak sekejam itu jika tidak mendapat sokongan, dukungan dan restu Amerika.
Dalam keganasan terbaru itu, lebih dari 100 tan bom dihunjam oleh pengganas-pengganas Israel ke atas orang-orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua di Gaza dan angka kematian kini menghampiri 250 manakala lebih 400 cedera.
Amerika hari ini menyalahkan Hamas kerana "melanggar perjanjian gencatan senjata" dan menuduh sengaja memprovokasi Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza.
Negara penaung keganasan Israel itu juga tidak menuntut supaya entiti haram itu menghentikan serangan tersebut.
Dakwaan Amerika itu bertentangan dengan pendedahan akhbar Haaretz Israel yang menyatakan, keganasan terbaru Israel di Gaza itu telah dirancang sejak enam bulan lalu dan bukan disebabkan sebarang provokasi.
Amerika dilihat cuba menyingkirkan Hamas sejak ia memenangi pilihan raya Parlimen Palestin, Januari 2006.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan, serangan "Operation Cast Lead" itu akan berlanjutan selagi diperlukan oleh entiti haram itu.UMNO dan Yahudi. Dua Peristiwa Satu Maksud , at 28.12.08,
Pembunuhan umat Islam di Gaza. Pembunuhan umat Islam di Malaysia.
Kejadian di tempat dan masa yang berasingan tetapi mempunyai maksud yang sama. - Penyerang adalah pihak berkuasa yang juga berlainan bangsa tetapi mempunyai matlamat dan keinginan yang sama iaitu melumpuh dan menghancurkan Islam.
Berita Pertama:
BANDAR GAZA - Lebih 155 orang terbunuh manakala 310 lagi cedera, apabila pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza, semalam.
Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.
Berita Kedua:
Memali 19hb Nov 1985 - Pada subuh yang hening, 14 penduduk Kampong Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah, termasuk Ustaz Ibrahim Mahmood (Ibrahim Libya) terkorban akibat serangan Polis Diraja Malaysia menggunakan senjata M-16.
Serangan besar-besaran telah bermula jam 11.05 malam. Sekurang-kurangnya 160 orang lagi penduduk termasuk kanak-kanak dan wanita dibelasah dan ditangkap dengan kekerasan dan penuh unsur kezaliman.
Fakta:
Semasa kezaliman ke atas umat Islam berlaku di Kampong Memali, Mukim Siong, Baling. Kedah. Pada 19hb Nov 1985.
Kerajaan yang memerintahkan kezaliman terhadap umat Islam dilakukan di Baling:
Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.
Perdana Menteri : Mahathir Mohamad (Orang yang pernah persendakan Nabi Muhammad swt)
Timbalan PM merangkap Menteri Dalam Negeri : Musa Hitam (Orang yang rapat dengan Yahudi. Dia juga penasihat WPI)
Setiausaha Politik TPM : Ruhanie Ahmad. ( Bertanding MT UMNO. Paksi Mahathir)
Ketua Polis Negara : Hanif Omar. (Tim. Pengerusi Genting Bhd. Pusat Perjudian dan Casino)
Hadiah Kerajaan Barisan Nasional kepada Rakyat
Umno Halang hukum Allah , at 28.12.08,
Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini.
Umno Penghalang Hukum Allah
Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.
Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu.
Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.
Pelaksanaan Hukum Hudud Hanya Untuk Orang Islam ,Sabtu, Disember 27, 2008 at 27.12.08,
SHAH ALAM - Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini kerana pelaksanaannya hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata golongan bukan Islam sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu.
"PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam di sini, Sabtu.
Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan memberi penerangan kepada pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat yang masih kurang senang dengan hasratnya untuk melaksanakan hukum Hudud jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa akan datang.
Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.
Abdul Hadi dalam pada itu mengakui sukar untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini kerana ia hanya boleh dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.
"Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga," katanya.
Pelancaran kempen "JOM SERTAI PAS" , at 27.12.08,
bin Awang (Presiden PAS)
Tuan Guru.....di sebelahnya Ust Hj Ahmad Awang,
Kept (B) Zahar Hashim dan YB Dr. Halimah Ali...
Pas, hari ini sahaja telah mencecah 300 orang yang mengisi
borang ahli Pas....Takbir...
Tuan Guru Hj. Abd. Hadi.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mangkat , at 27.12.08,
SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norzam Mohd Nor yang membuat pengumuman itu di HTJ berkata Almarhum baginda berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.
"Baginda mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi dan pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang akhbar khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.
Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Arifin Omar.
Norzam berkata ketika dua pakar itu tiba di Istana Hinggap pada pukul 8.25 pagi, keadaan baginda terlalu lemah walaupun sedar dan selepas melihat keadaan itu, dua pakar berkenaan mengesyorkan supaya baginda di bawa ke HTJ untuk rawatan segera.
"Berdasarkan itu, baginda telah dibawa ke HTJ dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pelbagai usaha telah dilakukan oleh doktor pakar termasuklah memberi rawatan kecemasan.
"Saya ingin memaklumkan di sini bahawa Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ," katanya.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara.
Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai.
Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.
Sehubungan itu, Norzam berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.
"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.
"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,'' katanya.
Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada pukul 10 pagi esok.
Ayuh meriahkan kempen 'JOM SERTAI PAS' hari ini! , at 27.12.08,
SHAH ALAM - Orang ramai khususnya pencinta, pendokong dan penyokong perjuangan Islam dialu-alukan dan dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi kempen 'JOM SERTAI PAS' yang diadakan hari ini.Kempen tersebut diadakan di Dataran Shah Alam, dekat sini manakala Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan kempen 'JOM SERTAI PAS' itu pada jam 3 petang di tempat yang sama.
Sebelum ini Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof memberitahu, majlis tersebut sebagai langkah pro aktif PAS untuk mengajak masyarakat mendekati dan menyertai PAS sebagai sebuah parti Islam yang memperjuangkan kepentingan semua rakyat dengan adil dan saksama.
Menurut beliau, antara yang akan hadir ialah bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Dato' Zahar Hashim, yang baru-baru ini mengisytiharkan diri menyertai PAS bersama 13 AJK Bahagian dan 28 Ketua Umno cawangan dalam bahagian tersebut.
Bila Nik Aziz bercakap pasal cinta , at 27.12.08,

Di malam itu, Nik Aziz bercakap dengan penuh semangat walaupun memberitahu penulis, “letihlah” sebaik sahaja tiba dari Rumah Kelantan ke situ.

Khalid Samad pula menghuraikan kepentingan para penyokong Pakatan Rakyat untuk menolak segala benih-benih kebencian dan kekeliruan terhadap kerajaan negeri Pakatan khasnya Selangor yang cuba dicucuk Umno sekarang.
Selepas majlis pelancaran, berpuluh-puluh penonton berbaris panjang untuk mendapatkan tandatangan beliau ke atas buku yang diterbitkan semula dengan ulasan beliau itu.Darah penulis blog ini HALAL untuk di bunuh !! , at 27.12.08,

Cari penulis sebenar blog ini dan sekiranya penulis ini seorang islam maka, ayuhh..'HALAL'lah darahnya untuk dibunuh dan humbankan dia ke neraka !!! Mari kita flag blog ini [ link ] Takbirrr !!!!
Merujuk kepada posting sebelum ni berkenaan blog anti Islam (baca posting, sila klik link di atas), baru kejap tadi ada sorang sahabat dah berjaya berhubung dengan Adibah untuk penjelasan. Ikut penjelasan dari Adibah, dia kene sabotaj. Aku tengah tunggu fax salinan report polis Adibah untuk pengesahan. Jadi untuk kengkawan, teruskan flag blog tu... jangan malu dan jangan segan. (perisik_rakyat) lagi berbagai ulasan disini [link] dan di sini [link], juga di sini [link]
PALING CEPAT NAK JADI POPULAR DAN HILANG IMAN DI DADA

Blog yang baru dibina dan menjadi blogger sejak bulan Disember 2008, kini telah mencapai lebih 8000 pengunjung yang ingin melihat anak siapakah gerangan yang begitu biadap dan kurang ajar. Kehebatannya ialah ia berani meletakkan no telefon untuk dihubungi.
Semoga diberi taufik dan hidayah dan dijauhi dari kemurkaan ALlah. Bertaubatlah sebelum terlambat.



Di atas merupakan posting yang terdapat dalam blog laknat ini. Contoh gambar telah diambil sebagai bukti kebobrokan blog ini.
Pengundi Cina, Makan ’Umpan’ Tapi Jangan Makan ’Mata Kail’ , at 27.12.08,
Kuala Terengganu - Pengundi Cina Kuala Terengganu diingatkan supaya makan ‘umpan’ tetapi jangan makan ’mata kail’, berikutan agihan ’angpau’ dana khas kerajaan Persekutuan yang kini mula diagihkan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) bermula kelmarin.
|
|
Surat terbuka untuk YB Khairy menantu YB Abdullah ,Jumaat, Disember 26, 2008 at 26.12.08,


YB Khairy, ' tahniah' kerana telah berjaya mempermainkan hukum hudud. Terima kasih kerana telah berupaya mempopularkan kembali hukum hudud. Sekalung ' penghargaan ' kerana telah berjaya membuat provokasi terhadap bukan Islam dan Islam baka untuk menentang wahyu Tuhan.
Tempohari didalam wacana Perdana Tranformasi Politik Malaysia YB telah berjaya membuka pekung sendiri. Tetapi semua itu berjaya disorok oleh media massa kawalan parti UMNO - BN.
Apabila YB menjawab " kita akan teruskan apa yang ada kini" ( undang - undang sekular )
inilah pekung yang paling hina yang berada didalam hati dan pemikiran saudara.
Naib Presiden pas itu dengan tegas menjawab bahawa ; " Ya kita akan buat" ! ( hudud). Sebenarnya itulah jawapan terbaik sebagai seorang muslim.
Penyokong parti UMNO mungkin merasa Husam yang terperangkap. Sebaliknya ia merupakan jerat makan tuan. Perangkap itu akan mengena kembali kepada UMNO.
YB sekali lagi memperlihatkan kegelojohan di dalam arena politik. Nampaknya YB tidak pernah serik dengan apa yang yang telah berlaku didalam PRU 12 yang lalu.
YB terlupa bahwa anda adalah dikatakan antara faktor penyebab kekalahan teruk UMNO - BN didalam sejarah politik negara.
Hingga terpaksa ayahanda mertua anda DS Abdullah menafikan tentang penglibatan YB didalam pentadbiran Negara. Apakah YB lupa jasa PM itu?. Apakah sekali lagi saudara mahu mencalar arang di muka DS Presiden UMNO sekali lagi ?...
YB Rembau, apalah yang mahu dipolemikkan hukum tuhan. Apakah saudara bangga apabila MCA membuat sepanduk dan melaungkan anti Hudud ?
Rasional hudud hanya akan diterima oleh orang - orang yang berakal jika kita menolak bermaksud kita memang sudah hilang akal atau pun kurang akal.
ALLAH berfirman didalam surah Al Baqarah 178 - 179 ;
178. O you who believe! Al-Qisas (the Law of equality) is prescribed for you in case of murder: the free for the free, the slave for the slave, and the female for the female. But if the killer is forgiven by the brother (or the relatives) of the killed (against blood money), then it should be sought in a good manner, and paid to him respectfully. This is an alleviation and a mercy from your Lord. So after this, whoever transgresses the limits (i.e. kills the killer after taking the blood money), he shall have a painful torment.)
(179. And there is (a saving of) life for you in Al-Qisas (the Law of equality in punishment), O men of understanding, that you may acquire Taqwa.)
YB, ayat di atas di dalam bahasa inggeris semoga mudah saudara memahami , maklumlah saudara lulusan Tinggi. Mungkin ini akan membantu saudara untuk memahami kenapa Pas begitu teringin melaksakan hudud.
YB, hukum hudud bukanlah ciptaan PAS. Jika ada hudud yang lebih ' tulin' sila kemukakan dalilnya.
Kami tidak hairan yang menolak hudud adalah kalangan non muslim bagaimana UMNO ?
Pertempuran kita adalah kerana pertentangan ideologi. Gerakan kami adalah strategi.
Pertentangan Islam dan Sekular. Sekular pasti tersungkur.
UMNO BAKAL TERJERAT UNGKIT ISU HUDUD , at 26.12.08,

Menjelang PRK Kuala Terengganu, BN menggunakan isu hudud untuk memerangkap PAS. BN mungkin merasakan dengan isu hudud ini pengundi Melayu akan hilang keyakinan kepada PAS lantaran PAS masih gagal mengamalkan undang-undang Islam itu di Kelantan dan 4 buah negeri PR yang lain. Amaran Kepada UMNO/Barisan Nasional - Usah Bermain Politik Dengan Isu Hudud dan Qisas , at 26.12.08,
|
Beliau berkata isu Hudud dan Qisas tidak perlu dipolitikkan oleh UMNO/Barisan Nasional kerana ianya merupakan isu yang lapuk dan tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada para pengundi berketurunan Cina di Kuala Terengganu dan rakyat Terengganu amnya.
“Kerajaan PAS Terengganu telah membawa Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud dan Qisas Terengganu 2002 kedalam Dewan Undangan Negeri dan diluluskan sebulat suara. Enakmen tersebut juga telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 dan kemudiannya diwartakan pada 25 September 2002,”
“Khairy sebenarnya yang masuk perangkap sendiri dan akan menjadi labiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu,” “beliau harus sedar bahawa Enakmen Hudud dan Qisas telah menjadi undang-undang yang diperkenan oleh Sultan Mizan Zainal Abidin.”tegasnya
Beliau juga mendesak agar semua pihak menghentikan segera sebarang perbahasan isu politik murahan Hudud dan Qisas yang
|
Isu hudud timbul untuk kali ke seribu

