Ikuti Blog ini

Live Dari Permatang Pasir

Sebuah motor merempuh kereta Ketua Pemuda PAS Pusat



2.46 petang : Tengahari tadi sebuah motor telah merempuh kereta ketua pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hj Hasan Tantawi. Penunggang tersebut cedera dan di bawa pergi untuk dirawat.


Muslimah... alamak... berdebar-debar lak rasa... hahaha...!!! objek ditemui..!
Para pemuda harapan Negara...
Sape cakap huru-hara..? ok je ni ha...

Yang ni sebahagian dari penyokong PR yang berkumpul di sebelah kanan jalan dari Masjid Kubang Semang menuju ke Pusat Pengundian Kubang Semang.

Sempat beramah mesra dengan para penyokong PR yang menghadirkan diri memberi sokongan.
Dari sini, Salleh Man berpecah dengan DSAI... Salleh Man menuju ke Pusat Pengundian yang seterusnya (tak dapat dipastikan lokasi) manakala DSAI bergegas pulang ke KL.
Lambaian seorang pemimpin berjiwa rakyat...
Nak masuk kereta pun sempat lagi tu kena sambar...

Calun tanya khabar



Macam hari raya je ... jumpa salam salam.

Sama seperti waktu aku keluar masjid lepas sembahyang raya tahun lepas.
Kawan tanya .. "Bini tak ajak sembahyang sekali ke?"
Aku jawab, "Ada kat dalam tu ... "
Kawan tanya lagi, "Bini yang mana satu?"
Aku jawab, "Ishkkk ... sumpah bini aku satu jer ..."
"He he he .. wak nko buat ape sekarang." ishkk .. kawan tanya lagi.
"Bela harimau !" , aku jawab.


Jangan lupa lambang ini... salah seorang penyokong Pas mengangkat kipas berlambangkan bulan.


Penyokong dan perayu undi PAS. Turut sama penyokong bukan Melayu. Apakah kegembiraan ini menandakan Pas akan menang besar?

Inilah pula muslimat Pas yang tidak pernah ketinggalan ikut sama berjuang.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan bersalaman dengan penyokong Pas.

Inilah pula wanita Umno. Semuanya sudah veteran dan lanjut usia.

Dan ini pula pemuda UBN, ada yang bergaya macam cawboy. Tetapi lagak ini pasti ianya tidak sikitpun menggerunkan penyokong Pas.

Permatang Pasir tak seperti Penanti

Alang kah amannya pilihanraya kat Penanti dulu.
Kenapa bila ada monyet ... pokok mesti bergoyang ?
Tak boleh ke monyet dudu diam diam?

Petikan berita

Suasana di pusat pengundian di SK Permatang Pasir panas apabila penyokong Pakatan Rakyat dan BN melaung mengejek satu sama lain.

Penyokong Umno melaungkan "Anwar pengkhianat" manakala penyokong PAS membalas dengan laungan "You jantan ke tidak".

Pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli juga kelihatan berada di situ.

Ramai anggota polis ditempatkan di semua pusat pengundian bagi mengawal penyokong kedua-dua parti yang bertanding. - malaysiakini

Suasana di PRK Permatang Pasir










NASIHAT... Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abd. Rahim Mohd. Salleh menasihatkan penyokong PAS menanggalkan lambang parti itu pada topeng perlindungan pernafasan di kawasan Samagagah. Penyokong PAS ini pula berhujah ia cuma topeng perlindungan pernafasan bagi mengelak dijangkiti wabak influenza A(H1N1). SPR menguatkuasakan larangan mempamerkan lambang, logo dan bendera parti di kawasan sekitar pusat pengundian pada hari mengundi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

NASIHAT... Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abd. Rahim Mohd. Salleh menasihatkan penyokong PAS menanggalkan lambang parti itu pada topeng perlindungan pernafasan di kawasan Samagagah. Penyokong PAS ini pula berhujah ia cuma topeng perlindungan pernafasan bagi mengelak dijangkiti wabak influenza A(H1N1). SPR menguatkuasakan larangan mempamerkan lambang, logo dan bendera parti di kawasan sekitar pusat pengundian pada hari mengundi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.


Gambar aku cilok dari Staronline
Kat kiri tu pondok panas ke?

Tiada pondok panas - kata Pengerusi SPR.

Ye ke ... tu bukan pondok panas ... tapi pondok suam suam tuan !

Pengerusi SPR bengang


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz meninjau kawasan pusat pengundian. Beliau tidak berpuas hati dengan kewujudan peraih undi walaupun dilarang SPR. - Laporan dari Bharian.

Semalam dia kater ... kalau pihak yang tak ikut arahan dan undang undang SPR ... kemenangan boleh di tarik balik. Tapi bila tengok yang buat salah pun ada yang berwarna BIRU ... Pengerusi geleng kepala je la.... he he he ...

Apa nak buat .... he he he .. kaduk mana boleh naik junjung.


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) membuang undi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. Beliau sempat mengangkat tangan calon PAS, Salleh Man yang bertanding di DUN Permatang Pasir. Turut hadir isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.

RAYU UNDI... Penyokong-penyokong PAS dan BN berhimpun berhampiran Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Kubang Semang sambil merayu undi pada hari pengundian hari ini di sebalik larangan SPR daripada berbuat demikian. Suasana kira-kira pukul 8.30 pagi tadi. Pengundian pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bermula 8 pagi dan ditutup 5 petang.

Ceramah Perdana Malam Terakhir Kempen PRK N11


Malam tadi bertempat di Bilik Gerakan Induk AMK Sama Gagah, Lorong Chermai berlangsung acara terakhir Ceramah Perdana Pakatan Rakyat untuk kempen PRK N11.

Dianggarkan ceramah tersebut telah berjaya menarik tidak kurang dari 5 ribu audience dari kawasan sekitar dan juga luar kawasan pengundian.

Antara pimpinan yang hadir malam tadi ialah ADUN Hutan Melintang - YB Kesavan, Bekas Menteri Kesihatan - Dato' Chua Jui Meng, Ahli Parlimen Pokok Sena - Dato' Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua Umum PKR - DSAI, Ahli Parlimen Kuala Krai - Dr Hatta Ramli, Bekas Menteri Di JPM - Dato' Zaid Ibrahim, Ketua AMK Pusat - Saudara Shamsul Iskandar, Haji Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Gombak - Azmin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang - Saudara Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Batu - Saudara Tian Chua.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat komited dengan perjuangannya untuk mewujudkan satu budaya politik baru menghormati undang-undang.

Beliau berkata, masyarakat di Malaysia khususnya di Permatang Pasir perlu menjadikan PRK pada kali ini sebagai satu titik tolak untuk merubah kerajaan yang penuh dengan penyelewengan dan mengamalkan kronisme.

“Ada gambar Ketua UMNO Kedah (Mahadzir Khalid), hendak beli wakil rakyat kita, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia rakam. Ada tindakan yang diambil? Tidak... sebab UMNO ada undang-undang khas untuk dia.

“Curi tak apa, bunuh tidak mengapa, rompak pun tidak mengapa, komisyen, korupsi tinggi... Menteri Pertahanan ambil komisyen RM400juta,” katanya.

Anwar berkata, orang Melayu menjadi rakyat miskin tegar di negara ini disebabkan mempunyai pemimpin kerajaan yang rasuah dan zalim.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat memberi sokongan kepada calon PAS Salleh Man sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat dan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru.

“Yang kita miskin, padahal AP sahaja puluh billion ringgit, saham bumiputera puluh billion ringgit, kontrak bumiputera puluh billion ringgit, minyak ratus billion ringgit. Kenapa Melayu miskin? kerana adanya pemimpin Melayu rasuah yang ambil kesemuanya,” katanya.
Bekas Menteri Undang-Undang, Dato' Zaid Ibrahim berkata, UMNO-BN merupakan sebuah parti yang tiada masa depan.

Katanya, UMNO-BN telah membuktikan parti berkenaan tidak menghormati rakyat dengan mengemukakan calonnya Rohaizat Othman yang telah disenarai hitam Majlis Peguam.

“Kalau tidak layak menjadi peguam, bagaimana beliau mahu menjadi wakil rakyat? Tetapi UMNO kata boleh,” katanya lagi.
Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata, gejala rasuah di kalangan pemimpin UMNO-BN bukan sahaja melibatkan golongan pemimpin senior tetapi turut berlaku di kalangan pimpinan muda parti berkenaan.

Menurutnya, rakyat seharusnya memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang telus dan menjaga kepentingan semua rakyat tanpa mengira bangsa.

“Dalam UMNO, dari tua sehingga muda semuanya perompak dan perasuah, kenapa kita hendak memilih orang muda yang merompak, rasuah dan tidak menjaga hak koperasi? baik sokong Lim Guan Eng anak muda yang baik dan amanah.

“Baru satu penggal jadi Menteri Besar (Khir Toyo) sudah bina mahligai, dengan berani mengatakan apa salahnya mantan MB bina mahligai takkan hendak duduk di pondok? Nik Aziz masih MB sejak 20 tahun duduk di pondok menjaga kebajikan rakyat,” katanya.
Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam amanat terakhirnya, meminta semua masyarakat di Permatang Pasir menunjukkan sokongan kepada calon PAS, Salleh Man bagi membenamkan Barisan Nasional.

“Bulan Ramadhan bulan mulia, adil ditegak rakyat dijaga, bulan suci harapan menyala, undi bulan dapat pahala….betul tidak?

“Jangan percaya lagi tuduhan BN dan penting kita bawa perubahan sama-sama dirikan sistem kerajaan bersejarah di Malaysia iaitu kita hendak tubuhkan kerajaan berjiwa rakyat bukan kerajaan bersikap kronisme,” katanya.

Sidang media N.11 Permatang pasir 24.08.09

Selamat Mengundi Warga Pmtg Pasir!!

UNDILAH PAS


http://img.nattawat.org/images/1i4aii9s4w37xon1gdpz.jpg

Gambar sekitar Permatang Pasir

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menemani Salleh Man menemui orang ramai petang semalam.

Salleh Man sempat bersalaman dengan beberapa pengundi yang rata-rata

menerima baik pencalonannya dalam pilihan raya kecil itu.

"InsyaAllah enta akan jadi YB selepas ini". Mungkin itu yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim kepada Salleh sambil diperhatikan Guan Eng sambil tersenyum.


Guan Eng dimajlis berbuka puasa bersama Anwar dan Salleh. Keakraban inilah yang dicemburui UBN.

Rombongan kempen mengiringi Salleh ke sebuah permatang petang semalam.



Bukan sebarang ustaz, Salleh menunjukkan kebolehannya menimang sepak raga. Lepas ini akan timang rakyat pula! [wm.kl. 6:15 pm 24/08/09]


Komenan dari rakan Pas, Nuridah Kamarudin, Ketua Angkatan Wanita PKR turut sama turun ke lapangan berkempen untuk Salleh. [wm.kl 6:15 pm 24/08/09]















SMS TERAKHIR ADUN LUNAS KEPADA SETPOL MB KEDAH

Maka terjadilah ia seperti mana Qada dan QadarNya...

'Salam dan selamat berpuasa. Harap tidak disalah faham. Saya tidak marahkan PAS atau sahabat-sahabat dalam PAS, malah saya akan terus menghormati ustaz (Azizan) sebagai pemimpin, salam buat dia dan semua'.

Inilah sms terkahir YB Mohd Radzi Salleh (MRS) kepada saya jam 6 petang semalam. Saya selalu juga menerima sms daripada MRS sejak kenal beliau Mac 2008.

Nampaknya dia sudah nekad dalam karier politiknya. Dia sudah mengistiharkan apa yang menjadi sok-sek politik Kedah sejak Mei 2008 hingga kini. Tahniah di atas keberanian menyerlahkan maksud hatinya.

Adakah Kedah akan tumbang dengan 'bom' pertama ini? Bukankah bom ini berangkai? Inilah politik Kedah, tidak sama dengan Selangor, Penang, Perak maupun Kelantan. Maka, mengambil pendekatan negeri-negeri itu untuk membandingkan dan mengesahkan Kedah terlalu perlahan adalah tidak adil dan tidak wajar.

Kedah tidak akan tumbang, jika pin bom berangkai ini ditarik satu persatu, malah letupan pertama akan jadi sia-sia bagi mereka yang memegang pin. Ada orang menyangka kita tidak tahu apa yang mereka rancangkan, padahal satu persatu plan mereka sudah dibaca. Ada satu sms MRS yang dihantar kepada saya bulan Januari lalu menyatakan dia berpolitik sejak dua puluh tahun dulu. Semua selok belok politik sudah dihadami dan hal remeh temeh seperti khabar angin bahawa dia yang menjadi 'lam' dengan bekas MB, malas dia ambil kira. Tapi saya ambil kira semua itu.

Ada ribuan orang dalam PAS yang berpolitik sejak tahun 60-an. Lebih 40 tahun sudah mengenali politik Islam dan politik sekular, yang mencari dunia, yang mana mencari balasan baik di akhirat. Kita himpun semua pengalaman itu untuk mengkayakan pengalaman jemaah dalam politik. Pengalaman jemaah tentu lebih kaya berbanding seorang dua yang membuat makar.

Exco Akan Berganti....?

Mana ada dalam dunia politik berparti, seorang calon bebas menjadi exco tatkala ramai calon yang setia kepada parti, yang lebih berwibawa dan dipercayai tidak diangkat?

Kelakarnya ialah MRS mengumumkan keluar parti dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri DS Najib, yang sah dari BN, tetapi tidak melepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan kekal sebagai Adun. Dia boleh kekal sebagai Adun Lunas, tetapi perlantikannya sebagai Exco adalah atas kuota PKR. Tentu PKR mahu kuota itu diisi oleh Adunnya yang lain.

Exco Kerajaan dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan atas nasihat YAB Menteri Besar. MRS mendapat nasihat yang agak baik bila menyebut dalam sidang akhbarnya bahawa Exco dilantik oleh Tuanku Sultan, dan Tuanku Sultan sahaja boleh memecatnya. Sebab itu, pagi tadi, dia datang ke pejabatnya di Blok E Wisma Darul Aman tanpa rasa apa-apa. Oleh kerana yakin Tuanku Sultan tidak akan memecatnya, maka dia secara terbuka mengistiharkan dia akan kekal sebagai Exco.

Adakah di akan dibiarkan begitu sahaja? Tidak!!! Dia sudah menjadi bebas, tidak berparti. Exco dilantik atas nasihat YAB MB kepada Tuanku Sultan atas sifat keputusan kolektif Ahli-ahli Yang Berhormat yang menang dalam DUN. jika Exco boleh diisi oleh sesiapa sahaja, lebih baik lantik Exco yang baik-baik yang banyak pengalaman dari UMNO atau MCA! Saya katakan yang baik-baik... kaki rasuah, kaki bolot tak boleh, kaki cari kekayaan, tak boleh! Kalau melihat rekod MRS, dia tak jauh beza dari 'kaki-kaki' itu.

Apa yang dia hilang dengan keputusannya itu? Banyak juga...elaun Exco RM15-16 ribu akan menyusut ke elaun Adun RM4,500 sebulan. Pencen sebagai Exco hilang kerana dia tidak berkhidmat cukup 36 bulan. Apa yang dia dapat? Banyak juga la barangkali...

Dia ada beberapa bidang tanah di Langkawi yang dibeli semasa menjadi Exco, dia ada kilang mencetak pakaian di Napoh, dia ada restoren di Shahab Perdana, dia ada beberapa isteri yang telah dikahwininya, salah seorang semasa menjadi Exco, tetapi sudah diceraikannya. Dia dapat banyak juga dah pun.. kalau itu yang dia cari...

Yang mencari dunia, ambillah dunia sebanyak mana yang dimahukan, tapi bagi yang bershahadah, ingatlah balasan di akhirat, yang mengharapkan balasan baik di akhirat, Allah akan bentangkan dunia secara percuma... esok kita bercerita lagi... lepas YAB MB mengadap maklum Tuanku Sultan..!

Setpol MB - Muhammad Sanusi Md Nor.
2 Ramadhan 1430 / 23 Ogos 2009

Penipuan Terancang Dalam Setiap Kali Pilihanraya, Pengerusi SPR Tidak Perlu Lagi Cuba Perbodohkan Rakyat Malaysia Buat Selamanya !!

Kisah pengundi hantu ini sebenarnya bukan sekadar cakap-cakap kosong semata-mata. Malah sudah beberapa kali dibuktikan dengan fakta dan banyak laporan telah dibuat oleh pihak yang berkenaan. Namun, dek kerana kuasa dan dipelihara oleh kerajaan UMNO dan BN maka pihak SPR masih terus bermaharajalela dan menipu rakyat. Mereka seolah-olah menganggap bahawa rakyat Malaysia bangang macam puak-puak UMNO itu sendiri. Ini berlaku dalam setiap kali pilihanraya di negara kita.

SPR sebenarnya jelas khianat kepada rakyat dan negara kita sendiri. Orang-orang yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan satu pilihanraya yang adil dan telus iaitu SPR telah menipu, memutar belit, mengubah dan menambah fakta pengundi. Malah terdapat juga isu pengundi yang sudah beratus tahun hidup tapi masih ada dalam senarai daftar. Itu belum lagi termasuk nama-nama pengundi yang terlalu ramai mendiami sesebuah rumah. Kenyataan SPR begitu mudah, mungkin nama-nama itu pernah berdaftar di rumah tersebut sebelum penghuninya pindah. Masalahnya timbul ialah kes yang berlaku melibatkan rumah yang didiami oleh pemilik asal dan bukan rumah sewa. Kejadian penipuan SPR ini bermula sejak zaman Tan Sri Rashit lagi.

Selepas beliau meninggalkan SPR, kita sangka semuanya akan berakhir. Rupa-rupanya SPR bertambah teruk tatkala digantikan dengan Tan Sri Aziz. Kini pilihanraya kecil sudah menjadi seperti medan perang. Jika dulu polis digunakan, tetapi kini di Permatang Pasir Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula dikerah ke sana.

Semua ini jelas sekali menakut-nakutkan rakyat. SPR bertanggungjawab untuk merencanakan agenda jahat ini. Apa yang penting ialah memastikan BN menang, biarpun atas kertas dan realitinya parti itu memang akan kalah. Justeru itulah, kita gusar jika masalah SPR ini tidak dapat dibendung maka bagaimanakah kita dapat menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 akan datang?.

Cuba lihat kepada bukti penipuan SPR ini, apakah lagi alasan yang mahu diberikan agaknya? Jika dilihat pada buku daftar pemilih mungkin ramai yang menganggap pengundi ini belum cukup umur untuk mengundi dalam pilihan raya akan datang kerana beliau dilahirkan pada tahun 1990 dan umurnya baru mencecah 17 tahun lebih. Bagaimanapun, semakan di lawan web SPR mendapati beliau dilahirkan pada tahun 1890. Yang lebih menghairankan, sebelum ini namanya tidak tersenarai sebagai pemilih dan hanya dikesan dimasukkan dalam rang daftar tambahan.
Image
Bukti jelas, sila klik imej untuk besarkan gambar fakta SPR di atas
Beliau adalah Nor Aishah Bt. Ahmad yang mengundi di Lokaliti Batas Tinggi di Daerah mengundi Paya dalam DUN Santan di Parlimen Padang Besar. Bayangkan pengundi tersebut sudah berusia 117 tahun lebih dan sekiranya masih hidup beliau mungkin salah seorang penduduk tertua di negeri Perlis. Malah, siasatan dilakukan di Kampung Paya Batas Tinggi dan sekitarnya mendapati tiada siapapun mengenali pengundi tersebut. Bukankah ini penipuan jahat yang dilakukan oleh SPR.

Sebenarnya banyak kes yang dikesan tentang kes seperti ini. Soalnya, sampai bilakan ia akan terus berlaku?. Pakatan Rakyat perlu bertindak pantas untuk mendesak agar SPR berlaku adil dan telus dalam mengendalikan pilihanraya di Malaysia. Jika tidak, sudah pasti harapan baru untuk melihat kerajaan persekutuan bertukar tangan dalam pilihanraya umum akan datang pasti akan berkecai jua akhirnya.

[Cerita penipuan SPR ini sebenarnya tidak perlu diselindungkan lagi, kerana mereka harus ingat bahawa ramai juga kakitangan SPR sendiri adalah penyokong Pakatan Rakyat. Begitu juga di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri. Mereka inilah yang telah memberikan maklumat tentang penipuan terancang yang dilakukan oleh SPR. Malah mereka dipaksa untuk melakukan kerja jahat itu termasuk hingga mengeluarkan kad pengenalan kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam setiap kali pilihanraya.

Kes ini jelas berlaku di Sabah, hingga menyebabkan pendatang asing begitu ramai sekali menetap di negeri itu tanpa sekatan dan halangan. Kejahatan SPR ini perlulah dibendung dengan segera jika kita mahu melihat amalan demokrasi tetap subur buat selama-lamanya di negara kita. selagi SPR berkompromi dengan kerajaan UMNO dan BN, maka selagi itulah harapan akan tinggal kenangan buat selamanya].

'Lebih panjang dari serbannya' kenyataan menghina Islam


Rais Yatim
PERMATANG PAUH, 24 Ogos: PAS melahirkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Rais Yatim yang disifatkan menghina Islam.

Media melaporkan kenyataan Rais yang mengulas cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu menyaman TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian berkaitan isu ahli Umno tidak akan masuk syurga dan Islam Palastin.

Dalam kenyataannya, media melaporkan Rais menyebut Nik Aziz boleh mengemukakan sebanyak mana pun saman yang dia nak, "mungkin lebih panjang dari serbannya."

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa menjelaskan, apa yang Nik Aziz kata adalah Islam Umno Islam plastik bukannya Palestin.

"Bagi kita ini adalah kenyataan yang menghina peribadi Tuan Guru Nik Aziz dan menghina Islam. Bagi kita serban adalah satu pakaian yang mulia di sisi Islam yang tak sepatutya di hina.
Image (Keratan laporan media)

"Sekiranya kenyataan itu betul, maka kita minta Rais meminta maaf kepada Tok Guru dan tarik balik kenyataan itu," kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin yang juga peguam Nik Aziz.

Selain itu beliau meminta pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan terhadap Rais berkaitan kenyataannya.

"Perbuatan menghina serban yang juga pakaian Rasulullah ini bukan main-main. Kita tak pakai satu hal tapi menghina pakaian Rasulullah seperti boleh merosakkan keimanan.

"Kita berharap beliau menarik balik kentayaannya. Adalah hak Rais untuk untuk buat kenyataan, tapi buat apa kita nak kaitkan dengan serban?,"ujarnya

Kenyataan Rais dianggap senada dengan tema serangan Tun Dr Mahathir terhadap PAS sebelum ini iaitu mengaitkan serban, janggut dan sebagainya.

Sebelum ini, Dr Mahathir pernah mendakwa, Rasulullah tidak mencukur janggutnya kerana tidak pisau pencukur Gillet ketika itu.

Kenyataan sebegini disifatkan sebagai satu penghinaan kepada Rasulluh menyebabkan serangan bertubi-tubi dihalakan kepada Dr Mahathir.

Kini, Rais datang dengan kenyataan seolah-olah menghina orang yang memakai serban sebagaimana Nik Aziz, Mursyidul Am PAS itu.

Senarai manusia yang mengkhianati amanah rakyat

Senarai manusia yang mengkhianati amanah rakyat

Ada lagi tak selepas ini nak masuk Pengkhianat Club?

Takpe, 1Malaysia ada, Boleh kasi Juta-Juta.

Sketsa Katak Sumbang Di Kedah

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Mohammad Radzhi Salleh yang mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli Bebas memalukan dirinya sendiri apabila beliau gagal untuk membawa mana-mana ADUN lain untuk bersamanya.

Menurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya.

"Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah, lapor harakahdaily.

Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan.

Radzhi mempunyai masalah disiplin terutamanya dari segi perbelanjaan dan tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, menurut TVAntara.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberikan amaran keras kepada beliau bulan lalu serta menggantung PKR Bahagian Padang Serai dan cabang-cabang di kawasan berkenaan.

“Kita mempunyai maklumat beberapa bulan yang lalu beliau mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid untuk membeli wakil rakyat.

“Ada juga hal peribadi di mana isteri ke empat beliau berjumpa kita membantah beberapa isu dan membawa ke mahkamah,” katanya.

Katanya isu beliau ini melibatkan isu peribadi dan kerana itu pimpinan telah mengambil tindakan kepadanya dan beliau dinasihatkan supaya meletakkan jawatan.

Anwar berkata, Radzhi turut cuba bersekongkol dengan Umno apabila mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat yang lain untuk menyertai Umno dengan tawaran bayaran yang tinggi.

“Itu percubaan umno mengambil peluang daripada Adun Lunas dan menggunakan beliau untuk menarik yang lain dan kita mempunyai rekod dari Adun sejak beberap bulan lalu mereka dipujuk Adun Lunas untuk berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi,” katanya.

Katanya, Pakatan akan memperbaiki sistem saringan bagi mencalonkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat dalam usaha mengelakkan berlakunya perkara seperti ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, sekiranya calon Pas Salleh Man memenangi pilihanraya pada 25 Ogos ini, pihaknya akan mengemukakan nama beliau supaya dipertimbangkan menjadi Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, 25 Ogos ini tidak akan diisytiharkan sebagai cuti umum sebaliknya kerajaan negeri akan memastikan majikan memberikan pelepasan kepada pengundi untuk mengundi pada hari berkenaan.

Slideshow Aktiviti Pagi Calon & Pimpinan N11




Amanat Presiden untuk Pengundi Permatang Pasir




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .