Ikuti Blog ini

'Datuk T' Didakwa Esok, Hairankah Kita Jika Mereka Dikenakan Hukuman Ringan?

Tiga individu yang secara berkumpulan menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' yang menggemparkan Malaysia dengan menayangkan rakaman video seks yang kononnya didakwa mirip pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan didakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, esok.

'Datuk T - terdiri daripada ahli perniagaan Kedah, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; dan bekas bendahari agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim - telah menayangkan video tersebut para wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

'Datuk T akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada 8 pagi, 24 Jun 2011, harap maklum,' kata Datuk Shazryl, dalam satu khidmat pesanan ringkasnya (SMS) kepada laman berita The Malaysian Insider, semalam.

Ditanya sama ada perkara itu benar, Datuk Shazryl mengesahkannya dengan jawapan ringkas: 'Confirm (sah).'

Ketiga-tiga 'Datuk T' itu kemungkinan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Datuk Seri Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), telah menafikan pembabitan beliau sebagai pelaku dalam video seks itu dan membuat laporan polis berhubung dengannya.

Datuk Shazryl pernah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuatnya itu adalah benar dan Datuk Seri Anwar adalah pelaku dalam rakaman video tersebut.

Polis juga telah mengesahkan bahawa rakaman video seks itu, yang kini tersebar luas di Internet, adalah tulen.


Bukan Kejutan 'Datuk T' Terlepas - DSAI

KUALA LUMPUR 22 JUN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terkejut jika mahkamah menjatuhkan hukuman paling ringan terhadap trio 'Datuk T' yang dikatakan akan didakwa Jumaat ini.

Anwar merujuk kepada prestasi kehakiman mutakhir ini yang seringkali 'membebaskan' kaum kerabat UMNO BN tetapi bertegas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau juga menyatakan ketidakyakinannya terhadap keseriusan Putrajaya dalam mengambil tindakan terhadap 'Datuk T' yang merangkumi Bekas Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim dan Ahli Perniagaan, Datuk Eskey Shazryl Abdullah.

Anwar turut mendakwa rakaman video seks yang cuba dikaitkan dengan dirinya menimbulkan banyak persoalan apabila pihak berkuasa dilihat melengah- lengahkan dan sentiasa berdolak dalih ketika disoal pemberita.

Tindak polis yang tidak mengambil sebarang tindakan keatas 'Datuk T' juga menggambarkan trio itu dilindungi meskipun mereka mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah itu kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

“Kes yang jelas begini tertangguh berbulan-bulan memang menimbulkan banyak persoalan,” katanya kepada wartawan dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelasnya, tindakan polis yang berdiam diri walaupun berpuluh- puluh laporan polis dibuat bersabit pengedaran video lucah itu, turut memberi gambaran kegiatan itu mendapat sokongan dan kerjasama pihak berkuasa.

“Ia berlarutan lama dan ia (video seks) masih diedarkan, digalakkan oleh kerajaan, dibantu oleh polis dan Menteri Dalam Negeri.

“Adalah mustahil bagi bahan pornografi ditayangkan dan diedarkan dengan bilangan ratusan dan ribuan jika tidak dilindungi oleh sesuatu kuasa yang ada,” katanya.

Beliau berkata, pendakwaan yang akan dibuat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung kes itu juga boleh dipersoalkan kerana Peguam Negara sendiri mempunyai rekod yang meragukan.

Malah, katanya, 'Datuk T' juga sebelum ini diketahui umum dibayangi dan dihantui isu moral yang buruk dan keji. -tvsnews

SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan

Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

ngo pro selangor government rally 230111 ambigaAmbiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS itu.

"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis,” katanya.

SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".-M'kini

Sama Seperti Dilakukan Terhadap Kelantan, Kini Putrajaya Rancangkan Kerugian Untuk Pulau Pinang

Kuala Lumpur : Putrajaya 'mengakui' telah merancang kerugian bagi projek mendalamkan terusan utara di Pulau Pinang yang bernilai RM300 juta menurut Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.

Berdasarkan jawapan lisan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan di parlimen hari ini, kementerian itu menjelaskan telahpun mengambil kira penjejasan prestasi kewangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), akibat kelewatan mendalamkan Pelabuhan Pulau Pinang.

"Ini bermaksud kementerian mengakui kelewatan dan menyebabkan kerugian ialah sesuatu yang telah dirancang. Kerajaan telah merancang kerugian untuk melandasi Penang Port Sdn Bhd," kata beliau kepada media.

Projek PPSB di bawah kelolaan Kementerian Kewangan itu kini berdepan dengan kerugian sebanyak RM100 juta akibat terbengkalai seraya menimbulkan keresahan tentang kos lebihan yang terpaksa ditanggung.

Jeff menyifatkan kerajaan gagal memainkan peranan bagi memastikan projek yang melibatkan suku bilion ringgit itu siap pada jangkamasa yang ditetapkan bagi mengelak kos berlebihan ditanggung.

"Saya rasa ini sikap transformasi yang terumbang-ambing. Mana transformasi kalau kerugian itu telah dirancangkan seperti mana yang disebut," jelasnya lagi.

Terusan dengan kedalaman 15 meter itu dijangka siap pada 2013, terbengkalai sehingga kini berikutan kerja- kerja tersebut tidak dapat diteruskan.

Sehubungan dengan itu Pengarah Pengurusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar pada Mei lalu menyatakan PPSB akan mengalami kerugian berjumlah RM100 juta sekiranya projek tersebut masih tergendala.

PPSB sebelum ini telah menghubungi Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) beberapa kali, menuntut penjelasan mengenai perkara itu namun tidak mendapat respon. -tvsnews



Kerajaan UMNO BN Pusat mmemang sejak dari dulu akan berusaha mencari jalan "menekan" kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sewaktu Terengganu diperintah oleh PAS, bayaran royalti dinafikan, tetapi sebaik saja ianya diperintah UMNO BN, kerajaan Pusat telah membayar RM1 billion kepada kerajaan Terengganu. -GB

Kelantan sehingga hari ini dinafikan bayaran royalti yang menjadi haknya itu.

Kenyataan Tun Dr Mahathir sendiri merupakan bukti nyata dasar "binatang" kerajaan UMNO BN bersifat zalim dan kejam terhadap Kelantan:

Q: In the recent state assembly sitting in Kelantan Datuk Mustafa Mohamad admitted he asked you to stop developing Kelantan when PAS took over Government...

Dr M : Well not only Mustafa but all the rest of Umno felt you should not develop Kelantan because if you do they will tell people..."Look even if you don't vote for BN you will still get development, so why bother to vote for BN?" - that's what PAS will say and that has always been a problem with PAS even in my constituency. If a village is supportive of PAS and i were to give a bridge or whatever PAS will tell people "Look you don't have to support the Government so support us." Because of that we had to hold back.




Berdasarkan kezaliman dan kekejaman UMNO BN tersebut, maka tiada pilihan lain:

TUKARKAN KERAJAAN PUSAT DARI BN KEPADA PR

SYABAS Gagal Selenggaran Loji, Punca Gangguan Bekalan Air

SHAH ALAM : Kerajaan negeri Selangor menegaskan gangguan bekalan air yang berlaku dibeberapa daerah adalah disebabkan kerja- kerja penyelenggaran loji rawatan air Sungai Selangor, dan bukannya disebabkan bekalan air yang tidak mencukupi.

EXCO Selangor, Elizebeth Wong berkata tindakan SYABAS menjadikan rundingan penstrukturan semula sebagai alasan gangguan bekalan air itu, amat dikesali.

Walhal, ia adalah kegagalan SYABAS yang tidak menyelenggara loji rawatan itu itu sejak tahun 1997, sehingga berlakunya gangguan bekalan air itu.

"Saya ingin menekan bahawa gangguan ini bukan disebabkan kekurangan bekalan air, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syabas.

"Kenyataan pihak Syabas hari ini menyalahkan rundingan penstrukturan semula aset air langsung tidak tepat, penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja- kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya," katanya.

Gangguan bekalan air yang diumumkan SYABAS dilaporkan akan berlanjutan selama tiga hari dan menjejaskan kira- kira sejuta penduduk di daerah Petaling, Hulu Selangor, Gombak dan juga Kuala Lumpur.

Elizebeth turut menyeru kepada rakyat Selangor agar jangan terpedaya dengan khabar angin yang mengatakan negeri ini akan mengalami krisis air dalam masa terdekat berikutan kadar simpanan air masih mencukupi.

Mengikut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), kedudukan tahap simpanan air empangan pada 21 Jun 2011 adalah seperti yang berikut :

- Empangan Sungai Selangor - 98.81%
- Empangan Sungai Tinggi - 99.17%.
- Empangan Sungai Batu - 100%.
- Empangan Klang Gate - 100%.
- Empangan Sungai Semenyih - 100%
- Empangan Sungai Langat - 100%.
- Empangan Tasik Subang - 96.88%

Sehubungan itu, kerajaan Negeri Selangor menyeru Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau (KeTTHA) untuk menilai semula kecekapan dan keupayaan Syabas ini dalam pengurusan sistem bekalan air kepada penduduk negeri yang termaju di Malaysia.

Elizebeth menambah, kerajaan negeri telah membuat persediaan untuk menangani masalah sekiranya jangkaan musim kering atau fenomena El-Nino melanda Malaysia.

"Kerajaan Negeri Selangor akan tetap berusaha memastikan bekalan air yang mencukupi kepada semua.

Pada tahun ini, kami telah memeriksa dan memastikan semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor," jelas Elizebeth.

Diperlakukan bagai burung tekukur


"Perwakilan orang asli diperlakukan macam burung tekukur..."

Meskipun ia bukan sesuatu yang terlalu asing, apabila ucapan dari kaum asli diselitkan ke dalam aturcara konvensyen PKR, namun ia tetap mencuit hati apabila Fatimah anak perempuan Bahsen, berketurunan Semai tampil untuk memberi ucapan 10 minitnya di depan kira-kira 4,000 penyokong PKR dalam Konvensyen Pilihan Raya, semalam.

Bermula dengan mendakwa dirinya "berdebar", kerana "fisrt time" (kali pertama berucap), Fatimah (gambar) yang berusia 37 tahun telah mencungkil gelakan dari bawah pentas. Ucapan ringkasnya kemudian dicelah dengan sorakan dan tepukan yang tidak berhenti-henti.

Fatimah mempersoalkan, "Saya sangat sangat terasa terkilan dan terharu. Satu, kami (orang asli) di Malaysia ini, dianggap sebagai bangsa 'lain-lain'! Adakah orang asli datang dari mana? Saya ingin bertanya kepada semua, orang asli datang dari mana? Mengapa orang asli dikategorikan ke dalam bangsa lain-lain?


Diperlakukan bagai burung tekukur

Fatimah kemudian menceritakan pengalaman dirinya yang pernah dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO peringkat bawahan, semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri. "...semasa pergi mesyuarat, perwakilan orang asli macam mana? Duduk di kerusi, diberi makan, lepas tu jadi macam burung apa?"

"Ok, pandai, macam burung tekukur," Fatimah sekali lagi mengelakkan hadirin apabila meniru gerak-geri burung tekukur mengangguk. Beliau berkata, orang asli diajar agar tidak menyokong parti pembangkang, sebaliknya diberitahu bahawa "UMNO-lah yang membela masyarakat orang asli".

Beliau sekali lagi mencetuskan sorakan, "Tetapi orang asli sekarang sudah sedar! Bukan jadi katak di bawah tempurung lagi! Orang asli sekarang nak duduk di atas sofa!"

MerdekaReview -

Siapa menipu, Ketua Polis atau Utusan Malaysia?



"
UTUSAN Malaysia sebelum ini menyiarkan sebuah berita yang mendakwa terdapat satu gerakan rahsia melatih para pelajar sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan untuk membenci, dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad [Utusan].

Utusan Malaysia, akhbar milik United Malays No Otak, itu turut melaporkan kononnya para pelajar sekolah berkenaan diajar dan dilatih untuk menyertai perhimpunan haram. Rujuk screenshot di bawah.

NONE

Kita semua sudah sedia maklum bahawa Utusan Malaysia hanyalah sebuah akhbar propaganda gerombolan songkok tinggi atau nama manjanya gerombolan penyebar video lucah untuk menanamkan dakyah-dakyah United Malays No Otak ke dalam fikiran rakyat Malaysia.

Apa yang menarik di sini, akhbar milik MCA, The Star telah melaporkan berita bercanggah dengan laporan Utusan Merapu berhubung perkara ini. The Star telah menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negri Sembilan, Datuk Osman Salleh yang menjelaskan bahawa tiada bukti terhadap dakwaan Utusan itu [TheStar]

Semua Jangan Cakap Banyak Lagi, 99% Sokong Himpunan Bersih Diteruskan

Reaksi positif yang diberikan rakyat Malaysia berhubung perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan jelas menunjukkan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) kini semakin didesak untuk mengkaji semula sistem pilihan raya di negara ini, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah menurut ahli parlimen Kubang Kerian, bancian portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.

"Saya yakin dan percaya ia sememangnya hasrat rakyat Malaysia untuk melihat wujudnya satu sistem pilihan raya adil dan bersih dan ia telah mencapai satu tahap yang begitu kritikal. Ini bermakna perjuangan BERSIH telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan ia telah melampaui batas-batas agama, kaum dan bangsa, " tegasnya ketika ditemui di sidang Parlimen semalam.

Tegasnya lagi, himpunan besar-besaran pada 9 Julai itu akan berlangsung secara aman tanpa sebarang kekecohan mahupun ketegangan dan ia merupakan janji penganjur BERSIH 2.0 kepada kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Bancian portal dalam talian The Star Online semalam mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.

Bagaimanapun, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu dihentikan sejak tengahari semalam.


Berdasarkan paparan skrin yang disiar pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25 tengahari, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi semalam, yang dirakam dari google cache.

Berdasarkan pertanyaan ‘Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini’, seramai 1,312,917 responden menjawab ‘Ia patut dibenar diteruskan’.

Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan “Ia patut dibatalkan’.

Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook ‘Curi-Curi Malaysia’ yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.

Dalam pada itu ahli parlimen Batu, Tian Chua yang ditemui diluar sidang parlimen memberitahu sungguhpun bancian seperti itu tidak dilakukan, beliau yakin bahawa rakyat tetap akan turun ke jalan biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan dan ancaman.

Katanya, ini kerana rakyat Malaysia kini sudah sedar dan matang dalam memahami prinsip demokrasi yang menjadi tuntutan setiap masyarakat di negara ini.

"Perhimpunan BERSIH 2.0 disokong oleh orang ramai sungguhpun ada pihak mengatakan ia tidak berapa tepat (ini online sahaja dan bukan pungutan suara saintifik) tapi secara amnya ia menunjukkan bahawa rakyat rasa BERSIH adalah satu perhimpunan yang aman dan perlu diteruskan."

Manakala menurut ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hata Ramli pula, himpunan BERSIH 2.0 kali ini merupakan maklum balas rakyat kepada kerajaan dan pihak polis supaya memberikan kerjasama dan kelulusan kepada pihak penganjur agar perhimpunan itu dapat berlangsung secara aman.

Tambah Dr Hata, rakyat tidak perlu gentar dengan ugutan-ugutan yang dilemparkan kerana apa yang lebih penting adalah hasil daripada himpunan itu nanti.

"Saya melihat ini merupakan satu maklum balas ataupun signal daripada rakyat yang mahu melihat satu sistem yang adil, bebas dan bersih dalam negara kita. Dan kerajaan perlu menghormati kehendak rakyat serta memberi kerjasama untuk memberikan ruang mereka berhimpun dalam menyatakan pandangan mereka tentang kempen Bersih ini," katanya Anthony Loke kepada Tvselangor.

"Rakyat sudah determine untuk turun, jadi kerajaan tidak perlu menimbulkan suasana kurang baik dengan menimbulkan kekecohan. Saya harap kerajaan dapat menghormati keputusan bancian yang dilakukan," tegas Dr Hata. -tvsnews


SPR malas?


NONE"Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.

"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Namun yang menjadi persoalannya, sentimen SPR sendiri bagaimana? Dengan perkataan lain, SPR condong ke arah parti dan calon yang bagaimana? Soalan-soalan ini harus ditanya berulang-ulang kali.

Ini kerana jika SPR mengatakan ia berkecuali mengapa banyak sangat sentimen Badan Bukan Kerajaan, Majlis Peguam dan sudah tentu parti-parti politik cenderung mengatakan SPR tidak telus dan tidak berlaku adil pada semua, khususnya rakyat dalam mengendalikan pilihan raya di negara ini.

kuala terengganu by election voting day 170109 wahid checking  electoral rollAda rakyat yang tidak pernah mendaftar tiba-tiba mendapati nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih. Ada yang sudah mendaftar tetapi tersenarai dalam daftar di kawasan undi yang tidak munasabah jauhnya dari alamat tinggal mereka.

Ada juga yang sudah mendaftar, pernah mengundi tetapi tiba-tiba mendapati tempat mengundi mereka dipindahkan ke pusat lain tanpa notis.

Undi pos

Ada juga semakan yang dibuat mendapati pada sesuatu alamat ada berpuluh pengundi didaftarkan. Ada juga senarai pemilih dalam daftar berkenaan lebih ramai dari penduduk sesebuah rumah panjang!

bagan pinang by-election ec preparing postal votes 071009 left  standing deputy chief wan ahmad 02Selain itu timbul pula kemusykilan bagaimana sebenarnya undi pos dijalankan. Bagaimana apabila ada kes Agen Mengundi dan Agen Pengiraan Undi atau PACA memantau proses pembuangan undi pos mendapati hanya tiga orang yang keluar mengundi di sebuah tempat pembuangan undi tetapi apabila keputusan dibacakan ada lebih 127 pengundi diumumkan telah membuang undi di pusat berkenaan.

Parti mana yang mendapat manfaat atau undi majoriti dalam proses pilihan raya itu memang agak mudah diterka. Undi pos adalah undi mereka yang tidak berpeluang membuang undi pada hari mengundi diadakan kerana bertugas di seberang laut, atau di kawasan pedalaman seperti anggota keselamatan negara. Bagaimanapun mengapa anak isteri mereka pun dikelompokkan dalam senarai undi pos?

Ini belum mengambil kira ada anak isteri anggota keselamatan yang tidak pernah mengisi Borang A untuk mendaftar sebagai pengundi tetapi secara automatik disenaraikan sebagai pemilih menurut sistem undi pos!

NONEIni semua adalah sentimen rakyat, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan parti-parti politik Bukan-BN terhadap SPR. Pengerusi SPR tidak boleh alpa dan terlepas pandang terhadap hakikat ini. Ini bukan sekadar persepsi. Ia sudah menjadi sentimen yang ranum di hati rakyat.

Percubaan untuk mengelak menerima hakikat ini adalah buruk padahnya kepada kewibawaan SPR dan kakitangannya sendiri dalam jangka masa panjang.

Ingin bersuara

Sebab itu rakyat ingin bersuara. Mereka mahu hapuskan sentimen terhadap SPR yang mencurigakan ini. Sebab itu juga digerakkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau singkatannya BERSIH 2.0. Kemuncak gerakan ini ialah pada 9 Julai ini.

NONEUsaha raksasa kali kedua ini dijangka akan disaingi oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan PERKASA, gerakan Melayu berhaluan kanan yang tidak mahu tatakelola SPR diubah atas nama “memelihara kepentingan Islam dan Melayu”.

Sekali lagi tidak sukar untujk memahami mengapa Pemuda Umno atau PERKASA mahu menyaingi usaha BERSIH 2.0. Ini tentunya kerana apa yang dituntut BERSIH 2.0 ialah supaya pengurusan pilihan raya di negara ini dilakukan benar-benar atas landasan keluhuran undang-undang dan keadilan.

Rakyat tahu segala kepincangan sistem pilihan raya di negara ini selama ini menguntungkan siapa.

NONEPilihan raya bukan sahaja ditentukan oleh sentimen. Ia juga berkaitan dengan ruang dan peluang. Jika sebelah pihak sahaja diberi peluang untuk menghebahkan manifesto mereka melalui sistem media berbayar dan awam tetapi tidak bagi pihak yang lain, bagaimana rakyat boleh membuat keputusan yang tepat siapa yang patut dipilih menjadi wakil mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri?

SPR mesti tegas dalam soal agihan peluang dan ruang bagi semua pihak yang menawarkan diri bertanding dalam sistem pilihan raya yang dikendalikannya.

SPR malas?

SPR juga mestilah memberi peluang kepada rakyat sepenuhnya. Yang pasti sebagai sebuah negara membangun Malaysia boleh dan mampu mewajibkan pendaftaran setiap kelahiran warganya dan dikeluarkan surat beranak setiap seorang.

kuala terengganu by election voting day 170109 pas supportersKemudian prosedur ini disahkan pula dengan pendaftaran wajib kad pengenalan ketika berusia 12 tahun. Berbilion ringgit dibelanjakan untuk mewujud dan mengamalkan sistem ini.

Namun malangnya pangkalan data ini tiba-tiba tidak terpakai oleh SPR untuk mendaftarkan mereka secara automatik sebagai pengundi apabila mencapai usia 21 tahun. Isteri dan keluarga anggotan keselamatan boleh didaftarkan sebagai pengundi secara automatik; tapi rakyat biasa yang mempunyai surat beranak dan kad pengenalan tidak boleh. Bukankah ini ganjil?

Ini bermakna sama ada kita hendak mengatakan Jabatan Pendaftaran Negara tidak cekap atau SPR sebenarnya malas, culas atau mungkin mempunyai sentimen yang kurang cenderung kepada ketelusan dan keadilan untuk setiap rakyat memilih kerajaan mana yang mereka mahu mentadbir negara.

NONESehubungan itu, jika jabatan Imigresen boleh menguruskan keluar masuk setiap insan ke negara ini hanya dengan menggunakan pengenalan cap jari atau biometrik, mengapa SPR tidak mampu menggunakan pendekatan yang sama? Atau, sekurang-kurangnya menggunakan sistem dakwat pada jari pengundi bagi memastikan tiada mengundi lebih sekali!

Hujah lapuk

Alasan yang mengatakan bahawa pendaftaran sebagai pengundi tidak diwajibkan di bawah Perlembagaan dan lantas mengundi tidak boleh diwajibkan, adalah hujah yang lapuk dan terlalu kebudak-budakkan.

SPR adalah badan mutlak yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini oleh Perlembagaan Negara. Ia seharusnya bertindak tuntas dan dengan telus dalam menunaikan tanggungjawab ini.

NONEPandangan Tan Sri Aziz bahawa sentimen rakyat terhadap parti-parti yang bersaing dalam pilihanraya mungkin berubah-ubah menurut iklim dan isu politik. Namun sentimen rakyat terhadap SPR seharusnya terus bening dan bersih serta tekal.

Kewibawaan SPR harus luhur dan adil. Ini kerana Kerajaan yang dilahirkan daripada pilihanraya yang bersih dan adil sahajalah yang boleh dikira sebagai Kerajaan yang berdaulat dan wajib disokong oleh setiap rakyat.

Oleh itu sentimen SPR terhadap setiap parti politik berdaftar pula haruslah sentiasa bersih dan tiada pilih kasih. Hidup Bersih 2.0!


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Status Akuan Bersumpah Bala, Nazri Kelirukan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 22 JUN : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz didakwa mengelirukan wakil rakyat berhubung jawapan lisannya di parlimen mengenai status kes akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata penjelasan bertulis oleh menteri itu menafikan, pengakuan bersumpah Balasubramaniam yang dibuat pada Julai 2008 boleh digunapakai di dalam prosiding mahkamah.

Tambahnya, Nazri sengaja mengklasifikasikan keterangan bersumpah Balasubramaniam tidak memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 199 dan Seksyen 200 Kanun Keseksaan.

Namun Sivarasa yang juga seorang peguam menyatakan sebarang akuan bersumpah menurut undang- undang boleh diterima sebagai bukti di mahkamah walaupun ianya palsu.

"Kita tidak perlu masuk sekolah undang- undang untuk memahami perkara ini. Walaupun ianya dibuat di luar mahkamah tetapi masih boleh diterima," jelas beliau.

Beliau menjawab soalan lisan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengenai tindakan yang masih belum diambil oleh Timbalan Pendakwa Raya sehingga kini dalam kes tersebut.

Balasubramaniam pada tahun 2008 membuat akuan bersumpah mendakwa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak Tun Razak mempunyai hubungan sulit dengan jurubahasa wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh.

Namun dalam minggu yang sama Balasubramaniam membuat akuan bersumpah kedua, menyatakan beliau tidak pernah diberitahu oleh Abdul Razak Baginda bahawa Najib pernah mengadakan hubungan seks dengan wanita itu termasuk perbuatan luar tabii.

Sivarasa ketika sidang medianya di lobi parlimen berpendapat, Nazri hanya mengemukakan jawapan tersebut bertujuan menghalang kes pembunuhan kejam Altantuya dibangkitkan semula.

"Kalau menteri sebut tidak ada kes, beliau (Bala) sepatutnya diambil tindakan kerana telah memburukkan pemimpin negara," katanya lagi.

Dalam sidang media yang sama, Tian Chua turut mempertikai gerak kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mengambil masa terlalu lama untuk mendakwa trio 'Datuk T' bersabit kesalahan mengedar rakaman video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada umum.

Tian dalam Dewan Rakyat sebelum itu bertanya samada polis memberi perlindungan kepada 'Datuk T' walaupun tindakan mereka jelas melanggar Akta Penapisan Filem 2002.

"Siasatan ini seolah-olah mencari siapa pelakon. Tapi isu bukan pelakon, yang jelas langgar undang- undang adalah orang yang edar dan pamer video lucah, harus diambil tindakan dahulu. Ini sudah masuk 3 bulan," kata beliau kepada media.

Dalam perkembangan lain, 'Datuk T' yang mengaku bertanggubgjawab menayangkan rakaman video seks kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu, akan didakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

Perkara itu disahkan salah seorang daripada trio berkenaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberitahu portal berita The Malaysian Insider melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mereka akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 Jun 2011.

'Datuk T' merangkumi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Ketiga- tiga individu tersebut kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Biometrik - Betapa mengarutnya cadangan SPR 'si anjing Umno'

TV Selangor melaporkan:
SHAH ALAM 22 JUN : Penggunaan sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang tidak praktikal dan ia perlu diperincikan lagi, kata jurucakap MAFREL.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam yang berkata kaedah itu mampu mengesan pengundian berganda, selain menjamin ketelusan.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MAFREL), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, SPR perlu memperjelaskan setiap cadangan pembaharuan yang ingin dilaksanakan sebagai jaminan bahawa ia benar-benar berfungsi dengan penuh efektif dan holistik.

Menurutnya, kaedah biometrik memerlukan masa untuk diselenggara memandangkan sistem tersebut masih baru diguna di Malaysia dan mempunyai banyak kelemahan.

Malah katanya, penggunaan dakwat kekal adalah lebih praktikal berbanding kaedah biometrik yang melibatkan kos tinggi. - TVS.
Dari satu sudut cadangan penggunaan sistem boimetrik ni memang boleh menambah keteusa dan mengurangkan penipuan dalam pilihanraya.

Masalah yang paling besar sekarang ni bukan sistem apa yang paling sesuai tapi predibiliti SPR tu sendiri. Selagi persepsi SPR dilihat lebih kepada 'si anjing Umno' guakan la sistem canggih macamana pun, orang akan tetap meragui. Kalau dah jenih suka menipu buat guna la sistem apa pun, depa tetap akan berjaya tipu jugak. Macam tag-line sorang member aku ni "benda kita buat dia".

Pasai tu la himpunan BERSIH 2.0 sangat relevan, tujuannya supaya SPR setuju buat perubahan yang dicadangkan, kalau SPR terima tentu punya persepsi terhadap SPR akan jadi lebih positif.

Sebenarnya, SPR bukan berminat sangat pun nak gunakan sistem biometrik ni, malah aku yakin depa pun tak yakin sistem tu boleh digunakan dalam pilihanraya. Cadangan tu sebenarnya lebih kepada nak celen cadangan BERSIH supaya digunakan sistem celup jari guna dakwat kekal.

Pengerusi SPR tu nak ujudkan persepsi yang cadangan guna dakwat tu kaedah lapok, kaedah yang cuma layak digunakan negara-negara mundur berbanding penggunaan sistem biometrikk yang canggih.

Masalahnya sesuai ka sistem tu diguna pakai?

Masalah yang paling besar sekali, sistem tu tentu punya mahal. Bukan macam jabatan imegresen yang cuma guna di pintu masuk dan keluar negara saja, ni nak kena guna di setiap saluran di setiap pusat mengundi di seluruh negara. Tak berapa puluh ribu pusat mengundi aku pun taktau.

Dalam belanja tak besar mana pun, kerajaan merungut yang PRK membazir sampai sanggup tak bertanding di PRK Penanti. Ni nak kena tanbah lagi peruntukan lagi, nak naikkan cukai takut rakyat mengamuk, nak hapuskan subsidi takut rakyat lari pi undi Pakatan Rakyat pulak.

Dalam keadaan kerajaan yang cukup kurang duit sekarang ni takkan mampu nak tambah lagi peruntukan kepada SPR untuk beli sistem tu. Alat tu pun saja dah berapa satu. Tu tak termasuk lagi software yang nak digunakan. Tak termasuk lagi database nak kena disediakan.

Kalau nak buat satu facebook yang percuma pun kerajaan kena bayar RM1.8juta, kita boleh tak boleh bayangkan berapa pulak nak kena bayar untuk sistem canggih ni. Silap-silap boleh cecah 1.8trillion. Dengan cukung ni mana ada nilai yang mustahil.

Entah-entah Pengerusi SPR pun ada panggu, makan persen.

Pulak tu, takkan nak harap tukang kebun merangkap orang kuat Umno cawangan yang dilantik jadi kakitangan sementara SPR nak kendalikan alat tu, takat jadi penunjuk arah layak la.. Dah tentulah nak kena bayar tenaga khas yang memang mahir. Berapa pulak nak kena bayar untuk depa-depa tu.

Katalah pulak tiba-tiba pada hari mengundi alat tu tak boleh berfungsi, takkan kut satu pusat mengundi tak boleh mengundi. Ada yang mengamuk pulak nanti, silap-silap aku yang jadi PACA pulak nak kena tolong repair.

Macamana pulak kalau ada yang cedera ibu jari sebelum tu, berbalut atau bersimen, nak scan macamana. Takkan nak tunggu baik sembuh dulu baru nak scan. Depa tak layak mengundi la kut.

Tu belum lagi ada yang guna hujjah bangang lagi celaka versi Dr. Mahathir "Kalau orang yang kena kerat tangan pasai mencuri macamana? Orang cina dan orang India tentu takdak masalah, orang melayu Islam la yang rugi, ramai tak boleh mengundi nanti..."

BERSIH 2 - Blogger UMNO mahu Menteri KDN ditukar ke Menteri Pembangunan Wanita

Salam Sejahtera.




Hebat, kuasa rakyat, belum lagi pun bermula, nampaknya UMNO dan juak-juaknya masing-masing dah tak ketahuan, meraka dah jadi tolol bin bengong akibat kebangkitan rakyat, nampaknnya kejutan kebangkitan rakyat di Tunusia, Mesir, Yeman, Libya telah menjadi igauan buruk buat mereka....

Akibatnya sasaran mereka Menteri KDN menjadi mangsa.... wakakka, ada ke patut Menteri dalam negeri disarankan bertukar ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.... Auuwwww, nanti kena jaga Sekolah Mengandung,, I tak naklah youuu....... Baca di sini.

Marah UMNO hingga memperbodohkan diri mereka sendiri, mereka lupa pada undang-undang yang diperuntukkan kepada rakyat untuk berhimpun....
Sehinggakan ada blogger wanita UMNO yang mengaku pengamal undang-undang pun turut bengong dengan peruntukkan undang-undang,,, Baca sini.

Atau sengaja dia nak memperbodohkan pembaca blognya,,, tetapi apa pun UMNO sememangnya bodoh tahap bengong..

BERSIH 2.0 - Do's & Don't for All Warriors!

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *

Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
Duit-maksimum RM100 sahaja.
Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com

*Perkara yang tidak dibenarkan*

Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*

Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.

Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan -- Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru.

Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.

*Semasa perhimpunan dan perarakan*

Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*

Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

*Selepas perhimpunan*

Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan bantuan daripada Unit Amal.

Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*

Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan meriam air.
Duduk jika pimpinan arahkan.

Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.

Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

Ambil gambar mereka jika sempat.
Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*

Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawab dengan ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai pelajar. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu di luar balai jika anda ditahan.

Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah terpedaya bila mereka berlembut.

Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

Jangan terlalu risau kerana di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*

Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

Buat laporan Polis jika anda diberi layanan kasar semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

*Perhatian!*

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana ketabahan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan perbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

Negara Berkebajikan – Tawaran Pas kepada rakyat Malaysia.

Muktamar Pas kali ke-57 baru ini memaparkan ucapan dasar Presiden Pas Dato Sri Abdul Hadi Awang yang bertemakan ‘Membangun Negara Berkebajikan’. Ia pada kali ini lebih menjurus kepada tawaran Pas kepada rakyat Malaysia bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang. Paling menarik adalah penerimaan dari pelbagai kalangan pihak yang memberi reaksi positif terhadap tawaran ‘negara berkebajikan’ Pas kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ia dianggap sebagai ucapan yang bijak dan tepat pada masanya, terutama apabila rakyat sedang berhadapan dengan bebanan kenaikan kos hidup dan masalah ekonomi yang berpunca daripada salahurus, kelemahan serta ketidaktelusan pemerintahan Umno/BN.

Ucapan dasar ‘Membangun Negara Berkebajikan’ ini bagi saya, adalah bertepatan dengan perjuangan Pas yang berkonsepkan amal kebajikan, di mana seluruh kegiatan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada kebajikan. Saya amat bersetuju dengan ucapan Presiden Pas yang menyatakan bahawa, "Tema ini berpaksikan kepada pegangan kita, bahawa Islam yang difahami oleh kita adalah sempurna yang merangkumi seluruh cara hidup manusia, roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, hubungan dengan Allah, diri manusia dan makhluk yang lain. Islam yang terkandung di dalamnya seluruh cara hidup manusia dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya”.

Bagi saya ini ada suatu langkah positif bagi membetulkan imej negatif Pas yang sejak sekian lama berhadapan dengan polimik penafsiran dan perlaksanaan istilah “negara Islam” yang di lihat telah menyukarkan Pas bergerak lebih jauh ke depan dalam masyarakat majmuk Malaysia. Negara Islam yang digambarkan seringkali dikaitkan dengan perlaksanaan hukum hudud, potong tangan bagi pencuri dan hukuman rejam sampai mati bagi mereka yang berzina dengan gambaran bagi menakut-nakutkan kalangan bukan Islam dari mendekati perjuangan Pas.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Presiden Pas ketika di soal tentang apakah Pas telah meninggalkan perjuangan menegakkan ‘negara Islam’ dengan tawaran baru ‘negara berkebajikan’ ini. Beliau menyatakan bahawa; “Apa yang penting adalah pelaksanaan.

Kalau letak jenama saja, tak laksana, tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran. Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.

Bagi saya, polimik menegakkan istilah ‘negara Islam’ di kalangan aktivis parti Islam dan gerakan Islam lebih merupakan suatu retorik dan perdebatan yang tidak berkesudahan. Ada kalangan yang melihat politik Islam dengan gambaran yang terlalu ideal terutamanya dalam perlaksanaan melaksanakan ‘negara Islam’ sehinggakan ia menjadi satu khayalan yang tidak berpijak di bumi nyata. Malahan disebabkan istilah ini, ada kalangan mereka yang sanggup bermusuh, bahkan menuduh pihak lain tidak benar-benar memperjuangkan Islam serta telah menggadai prinsip perjuangan dek kerana gagal menegakkan ‘negara Islam’ atau ‘daulah islamiyyah’.

Secara umumnya, tiada dalam Islam istilah ‘negara Islam’ atau ‘Islamic state’ secara spesifik seperti yang disangka oleh sesetengah pihak. Ia lebih merupakan satu istilah yang muncul ketika kebangkitan umat Islam menghalau penjajah. Bagi saya, seperti yang diungkapkan oleh Presiden Pas bahawa perjuangan politik Islam bukanlah perjuangan menegakkan jenama ‘negara Islam’ itu semata-mata, tetapi ia lebih kepada tanggungjawab menegak prinsip-prinsip keadilan dan ketelusan dalam memerintah serta menjaga kebajikan rakyat seperti yang digariskani oleh ajaran Islam. Yang penting adalah bagaimana kita mengisi setiap ruang kuasa yang ada dengan perlaksanaan yang tidak bertentangan dengan Islam.

Kini penekanan Pas terhadap usaha melahirkan negara berkebajikan telah memberi nafas baru kepada Pas. Seperti yang telah digariskan oleh Pas sejak sekian lama negara berkebajikan didefinisikan sebagai; "Sebuah negara yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan negara". Negara berkebajikan mementingkan pembangunan, tetapi matlamat nya ialah kesejahteraan rakyat kebanyakan.

Dan antara cirri-ciri negara berkebajikan adalah seperti berikut;

1) Tujuan utama pembangunan adalah bagi manfaat dan kebajikan rakyat awam

2) Kerajaan adalah "guardian" atau Penjaga (ibu-bapa) kepada rakyat

3) Penekanan kepada kecemerlangan moral dan nilai keinsanan (Ethic and human centric)

4) Kebendaan adalah modal, pembangunan insan adalah matlamat

5) Kesaksamaan asas di kalangan semua rakyat dipastikan, kecemerlangan individu di galakkan

6) Kebajikan rakyat adalah tanggungjawab negara

7) Rakyat sejahtera, negara makmur

Bagi saya ini adalah tawaran terbaik Pas kepada rakyat Malaysia menjelang pilihan raya Umum ke-13 akan datang. Perjuangan Pas yang menjamin keadilan, keamanan serta memelihara rakyat dari munkar dan menegakkan kebaikan mesti diagendakan segera oleh semua pimpinan serta pendokong Pas. Dan inilah prinsip utama sebuah pemerintahan Islam yang adil dan saksama yang mampu menjamin kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan agama demi menyelamatkan Malaysia yang tercinta ini. Oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad,

Jemputan 'kenduri' ini hanya untuk yang berani saja !




Fuziah Sambut Baik Pertemuan Dengan Wakil Lynas

KUALA LUMPUR 22 JUN : Ahli Parlimen Kuantan bersedia bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis bagi membincangkan isu berbangkit loji pemprosesan tanah jarang tersebut.

Bagaimanapun Fuziah menyatakan pertemuan itu seharusnya dilakukan secara terbuka dan turut membenarkan kehadiran media demi menunjukkan ketelusan pihak Lynas dalam isu ini.

Fuziah turut mencadangkan agar pertemuan itu diadakan pada 1 Julai depan, memandangkan sidang parlimen sesi keempat 2011, hanya akan berakhir pada 30 Jun ini.

"Saya menyambut usaha anda (Lynas) untuk mengadakan dialog yang bermakna dan respon anda untuk pertemuan yang lebih telus dan terbuka dengan rakyat awam," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Semalam, Curtis menghantar surat jemputan untuk berdialog dengan Fuziah mengenai aduan dan protes yang dibuat awam terhadap pembinaan dan pengurusan sisa Thorium, loji berkenaan.

Curtis juga mendakwa pada 17 Jun lalu, Rumah Pengurus syarikat pembinaan loji berkenaan di Kuantan, Bill Morris telah dibaling bom api dan diconteng dengan cat, dengan perkataan 'Pulang ke Australia, Lynas'.

Fuziah menyampaikan rasa simpati beliau terhadap insiden berkenaan dan menyatakan ia adalah bentuk bantahan masyarakat bersabit pembinaan loji tersebut.

"Saya hendak menyampaikan rasa simpati dan kesal insiden berkenaan berlaku kepada pekerja Lynas. Ini tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa yang tinggal di Kuantan kerana kami selalu berbangga dengan keamaan yang menjadi lambang bandar ini. Bagaimanapun insiden ini menunjukkan bukti betapa kehadiran LAMP membawa ketidakstabilan komuniti," kata beliau.

Fuziah merujuk kepada insiden sebelum ini di mana semasa lawatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ke Lynas bulan lalu, sekumpulan penyokong projek Lynas yang dinamakan BADAR melakukan kekasaran terhadap orang awam dengan kata kata kesat malah memecahkan cermin kereta mereka yang menentang projek itu.

Fuziah turut sekali lagi menyatakan betapa penilaian projek Lynas sepatutnya dilakukan oleh penilai bebas yang merangkumi keseluruhan aspek termasuk impak alam sekitar dan bukannya hanya IAEA.

"IAEA adalah pro industri nuklear dan tidak boleh dikatakan sebagai evaluasi tidak berat sebelah dan adil. Saya tidak mempertikaikan kredibiliti dan kepakaran mereka tetapi saya nyatakan sekali lagi evalusai ini tidak menyeluruh dan ia perlu melibatkan beberapa lagi aspek seperti Kesihatan Awam dan Impak Alam Sekitar," kata beliau
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .