Ikuti Blog ini

PAS rakam junjung kasih kepada Istana Perak


IPOH, 14 Ogos - PAS merakamkan ucapan junjung kasih kepada Raja Muda, Raja Dr Nazrin Shah yang memperkenankan pemimpin utama PAS menyampaikan khutbah Jumaat di sini, esok.
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri Ipoh manakala Presiden PAS, Dato'Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula di Masjid Sultan Azlan Shah.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkata, baginda juga memperkenan menerima mengadap pimpinan PAS di Istana Iskandariah Raja Muda Perak hari ini.

Menurut beliau, inilah kali pertama pimpinan PAS Pusat dapat membaca khutbah Jumaat di masjid negeri.

"Sikap keterbukaan Istana Perak ini amat dihargai. Oleh itu penduduk di negeri ini dan penyokong PAS disaran merebut peluang untuk mendengar sendiri kepetahan pimpinan PAS berkhutbah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di sini malam tadi.

Oleh itu beliau berharap sikap terbuka juga diamalkan pihak berkuasa agama di negeri-negeri lain di bawah Pakatan Rakyat seperti diamalkan di Perak.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .