Ikuti Blog ini

9 Penceramah 4000 penyokong mansuh ISA 30 sokong ISA di Bangi

Timbalan Pengerusi Pewaris Rahimuddin Md Harun menyerahkan memorandum kepada Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada ceramah perdana “Mansuhkan ISA” anjuran parti itu di Bandar Baru Bangi malam tadi.





Pelancaran “Mansuhkan ISA” berjaya dilancarkan di Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perhimpunan “Mansuhkan ISA” dijadualkan pada 21 Mac 2009 di Kuala Lumpur. Program pada awalnya tidak mendapat permit dari pihak polis bagaimanapun diteruskan selepas rayuan dibuat. Syarat yang dikenakan ialah perhimpunan harus diadakan dalam dewan dan bukannya dipadang tidak menghalang ribuan hadirin terdiri dari semua kaum datang walau pun promosi terpaksa dibuat pada saat akhir.


9 penceramah iaitu wakil dari mahasiswa, Pn. Norlaila Othman(isteri tahanan ISA), Cik Teo Nie Ching(MP Serdang- wakil DAP), En. Arutchevlan(wakil PSM), En. Shamsul(Ketua AMK), En. Salahudin Ayub(Ketua Pemuda PAS), Hj. Mohd Sabu(Naib Presiden PAS), Tn Guru Dato Seri Hj. Hadi(Presiden PAS) dan Dr. Nasir(MP Kota Damansara).


Dewan yang padat dengan hadirin terus panas dengan pidato yang disampaikan. Namun diluar dewan sekumpulan penyokong ISA tersipu-sipu menyerahkan memo.


”Ketika semua kaum bersatu menentang ISA mereka ni datang serah memo nak haramkan penternakan babi. Serahlah memo tu kat Ketua Menteri Melaka atau MB Negeri Sembilan,” cemuh seorang hadirin.

Nampaknya beliau kurang senang dengan provokasi perkauman yang cuba dicetuskan. Kumpulan itu bagaimana pun segera beredar bila kehadiran mereka tidak diperdulikan oleh orang ramai.


Seorang hadirin melaporkan salah seorang dari kumpulan terbabit didapati membawa sebatang kayu. Dia bagaimana pun dihalang masuk oleh anggota polis yang berkawal dibantu oleh unit Amal. Syabas diucapkan.





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .