Ikuti Blog ini

Menyampaikan Seruan Islam di Parlimen - Misi PAS PRK Kuala Terengganu

http://buletinonline.net/images/berita15/wanmutalib%26nikaziz.jpg
Kuala Terengganu – PAS bukan sahaja bertanding dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu sekadar untuk memenangi kerusi, bahkan berhasrat menyampaikan seruan Islam ke Parlimen.


Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya PAS, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Bandar, di Masjid Hiliran semalam.


“Seruan akan kite sampaikan di parlimen (bagi) membentuk keimanan dan akhlak umat Islam, yang telah pun dicemari pada hari ini, dengan budaya-budaya dan ajaran yang menyesatkan,”ujarnya.


Beliau berkata PAS mesti menambahkan suara di parlimen bagi menyedarkan rakyat kegagalan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun.

”Dan inilah suatu contoh yang kita lihat, kenapa kite mesti menambahkan suara kite di parlimen, yang boleh menyedarkan (rakyat) bahawa kegagalan pemerintahan di Malaysia selama 50 tahun ini menghancurkan harapan ummah, menghancurkan harapan untuk menegakkan agama Allah,”katanya.

Katanya menjadi kewajipan setiap individu Islam dan bukan Islam untuk melihat keadilan ilahi kerana keadilan ilahi merentasi etnik kaum, bangsa dan agama.

“Tidak diutuskan Muhammad melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam” tak kira bangsa, kaum, keturunan, dan apa sahaja, sehinggalah unggas dan binatang yang melata di bumi juga akan mendapat rahmat daripada Islam,”tambah beliau.

Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Bandar semalam telah di sempurnakan oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru dato’ Nik Abd Azizi Nik Mat.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .