Ikuti Blog ini

Pulau Pinang Negeri Pertama Laksana Hudud?

”Andai Fatimah sendiri mencuri, pasti akan aku potong tangannya.” Begitulah lebih kurang kata kata yang diungkapkan oleh seorang yang diiktiraf sebagai manusia paling berpengaruh pernah wujud di mukabumi sebagaimana telah disebut oleh pengkaji barat, Michael H. Hart di dalam buku beliau iaitu, The 100: A Ranking of Most Influencial Persons In History; manusia yang dianggap hamba Allah yang paling agung oleh umat Islam. Itulah kekuatan yang ada pada syariat Islam yang diyakini oleh manusia pilihan Allah, yang dipilih untuk menyampaikan Risalah.


Tidak semena mena persoalan hudud kembali hangat. Ia berpunca daripada apa yang dikatakan perangkap yang dipasang oleh Khairy Jamaludin kepada Dato Husam Musa semasa Wacana Perdana di Kelantan dua hari lepas. Sekarang ia timbul untuk menjadi senjata bagi menakutkan hampir 9000 pengundi cina di Kuala Terengganu. Seolah olah UMNO atau BN tidak yakin dengan kekuatan mereka untuk meraih undi undi Melayu, lantas sanggup menjadikan hukum hudud bahan persendaan dan permainan politik untuk kesekian kalinya..


Ianya juga untuk menimbulkan keresahan kepada golongan yang cuba untuk menyokong Pakatan Rakyat, dengan cubaan menonjolkan kerapuhan Pakatan Rakyat yang menganut pelbagai ideologi politik itu. Kerapuhan yang digambarkan oleh Khairy bagaikan retak menunggu belah. Benarkah begitu?


Sebagaimana diterangkan oleh Dato Husam Musa, perlaksanaan hudud adalah satu juzuk daripada apa yang diperjuangkan oleh PAS. Beliau sendiri berasa bangga dan bukannya rasa tersepit untk menyatakan komitmennya bahawa Pas akan terus berusaha memastikan perjuangan untuk melaksanakannya diteruskan. Memahamkan masyarakat bukan islam adalah intipatinya. Bahkan memahamkan masyarakat Islam sendiri akan tanggungjawab mereka untuk meyakini keluhuran perlembagaan ini adalah terlebih lagi dititikberatkan. Manakala perlaksanaannya tertakluk kepada persetujuan bersama parti parti komponen.


Umat Islam perlulah meyakini bahawa dosa mereka hanya boleh terampun bila mereka dihukum dengan mengikut hukum jenayah islam. Manakala masyarakat bukan Islam pula memahami bahawa undang undang ini adalah pilihan kepada mereka. Penekanan hudud tidak dibuat secara agresif oleh pimpinan PAS khususnya dalam kerajaan Pakatan Rakyat kerana penyokong dari kalangan bukan Islam baru mula ingin berjinak dengan ahli PAS. Seumpama serang lelaki yang bakal memeluk Islam ditakutkan dengan berkhatan, maka begitulah juga penekanan hukum hakam dalam Islam, yang dahulu akan didahulukan.


Yang pasti banyak lagi ketidakadilan yang perlu dibanteras, seperti perlaksanan DEB yang tidak mengambilkira orang orang miskin dari kalangan masyarkat bukan melayu. Maka keutamaan yang dittitik beratkan adalah memastikan keyakinan rakyat bahawa Pakatan ini boleh memerintah Malaysia tanpa ada masalah yang besar. Persoalan yang dilontarkan seolah olah menunjukkan keyakinan bahawa ianya satu perkara yang bakal dan boleh berlaku.


Bila Ketua Menteri Pulau Pinang ingin menjadikan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai rujukan dan ikutan, maka saya pasti beliau akan menjumpai sangat banyak kelebihan bila syariat Islam dilaksanakan. Sekiranya bila mula mengkaji, saya yakin dan pasti beliau akan menemui sinar kebenaran itu. Dan saya tidak pula pelik sekiranya beliau akan mendahului Kelantan dalam perlaksanaan undang undang syariah ini. Keazaman yang membawa kemenangan sejati.

Wassalam
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .