Ikuti Blog ini

'Redha pemergian empat anak saya'- bekas KP Harakah

KUALA LUMPUR, 1 Dis - 'Masuk ini yang sudah empat orang anak saya meninggal dunia. Mereka semua mendahului saya dan kini hanya tinggal seorang anak sahaja...namun saya redha atas ketentuan illahi.'

Demikian ungkapan penuh pilu bekas Ketua Pengarang Harakah Shuhaimi Mokhtar ketika ditemui Harakahdaily sejurus selepas menunaikan solat jenazah anak perempuannya, Sajaratudul, 29 di Masjid Damansara petang tadi.

Beliau memberitahu anaknya itu meninggal dunia kira-kira 5.35 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat lemah jantung dan berada di sisi Sajaratudul sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Image

"Semalam dia sempat menunai solat Maghrib dan Isyak. Sepanjang tinggal di wad, dia tidak pernah meninggalkan solat sampailah ajalnya ketika masuk waktu subuh tadi," katanya.

Turut hadir sama memberi penghormatan terakhir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali dan pemimpin veteran PAS dan Kolumnis Subky Latif.

Kira-kira 150 orang menunaikan solat jenazah anak bekas Ketua Pengarang Harakah yang juga bekas Timbalan Pengarang Utusan dan jenazah telah dikebumikan di Bukit Kiara. Image

Ketika van jenazah berangkat ke perkuburan, Shuhaimi kelihatan tidak dapat menahan sebak dan menangis sambil cuba ditenteramkan oleh Hassan Ali.

Sementara itu Subky menyifatkan ujian yang dilalui oleh Shuhaimi cukup getir dan berharap beliau tabah dan sabar mengharungi cabaran yang tentukan oleh Allah SWT.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .