Ikuti Blog ini

Uniknya Nasharuddin Tantawi berkempen di atas 'kereta 4x4'

KUALA TERENGGANU - Unik dan berbeza, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasharuddin Hassan@Tantawi menggunakan bahagian 'kereta 4x4' mengelilingi kawasan sekitar Pasar Malam Jalan Cabang Tiga untuk berkempen.


ImageBeliau bersama beberapa anggota pemuda PAS berceramah di atas kereta tersebut sambil mengedar risalah kempen.


Orang ramai yang berkunjung ke pasar malam tersebut kelihatan berpusu-pusu menuju ke arah Nasharudin untuk mendengar ceramah yang disampaikan di atas kereta tersebut.


Dalam ceramah pendeknya itu, Nasharudin mengingatkan pengundi di Kuala Terengganu agar mengundi calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut pada 17 Januari ini.

Image

Beliau berkata, pentingnya pengundi Kuala Terengganu menghantar wakil PAS ke Parlimen adalah bagi menyatakan hak rakyat serta memberi signal kepada kerajaan yang hari ini tidak mementingkan rakyat.


Di Terengganu sendiri, kemiskinan melata malah pengangguran semakin tinggi walaupun kerajaan negeri adalah antara yanga kaya di negara ini, katanya.

Kerajaan negeri memiliki wang royalti minyak berbillion ringgit, namun rakyatnya semkin terhimpit dengan kemiskinan, katanya.

Justeru, beliau menyeru pengundi di Kuala Terengganu menyatakan bantahan jelas kepada keangkuhan kerajaan BN dengan mengundi calon PAS pada 17 Januari ini.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .