
Majlis anjuran bersama kerajaan Negeri Perak dan pertubuhan JAMA'iY telah berjaya menarik orang ramai ke majlis tersebut walaupun dalam keadaan hebahan yang agak suntuk.
YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohamad Nizar telah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.Beberapa pimpinan polititik tempatan telah turut sama menyampaikan ucapan mengecam dan mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel keatas rakyat Palestin.

Kemuncak acara majlis tersebut ialah pelancaran Dana RM1 Juta Untuk Palestin oleh MB Nizar dimana beliau telah mengisytiharkan Kerajaan Negeri Perak menghulurkan derma sejumlah RM50 ribu kepada tabung tersebut.

Beberapa syarikat swasta , pertubuhan politik , orang perseorangan telah turut menyampaikan derma masing-masing.Pihak penganjur telah menerima beberapa 'pledge' daripada beberapa syarikat dan orang perseorangan untuk menjayakan program kutipan dana tersebut.

Cikgu Azmi Hamid (TERAS) berharap agar tindakan tegas diambil bagi menangani isu Palestine tersebut.
"Tidak ada genjatan senjata ; Israel mesti keluar daripada Palestine!" katanya dengan tegas.

"Sehingga kini, tidak ada sebuah negeri daripada kalangan negara pakatan Islam OIC sanggup menerima pelarian anak-anak Palestine," terang Cikgu Azmi.
Pada sidang yang sama, Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujjahid Yussof Rawa memberitahu bahawa Parlimen akan membahaskan isu Palestin pada persidangan yang akan datang.
"Parlimen akan membuat lawatan ke negara-negara Arab OIC meminta mereka supaya benar-benar bertegas dalam menangani isu tersebut." kata Mujahid.