Ikuti Blog ini

‘Monsoon Cup’ Memberi Faedah Kepada Kroni - PRM Rayu Pengundi KT Undi Calon PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita/prm%20kongres%2040%20048.jpg
Kuala Lumpur - Parti Rakyat Malaysia (PRM) merayu kepada pengundi pilihanraya kecil Kuala Terengganu supaya menyokong calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut pada 17 Januari ini. (Gambar - Koh, duduk nombor dua dari kiri)


Dalam satu kenyataannya yang dipetik Malaysiakini, Setiausaha Agung PRM Koh Swe Yong berkata kemenangan calon PAS akan memberi "isyarat" kuat kepada kerajaan pusat BN dan parti komponennya "bahawa rakyat menentang dasar-dasar yang semata-mata membela kepentingan pemerintah elit BN".

Katanya, pendeklasifikasian kontrak konsesi lebuhraya baru-baru ini menunjukkan pihak syarikat terbabit dijamin keuntungan besar.

Sebagai contoh beliau berkata, apabila syarikat konsesi lebuhraya tidak dibenarkan menaikkan kadar tol, kerajaan BN mesti membayar gantirugi kepada mereka.

Koh turut mendakwa kerajaan BN tidak menghiraukan bebanan dan tekanan yang sedang dihadapi dan dipikul rakyat jelata sewaktu kenaikan harga minyak.

Beliau berkata kerajaan BN tidak sanggup menggunakan keuntungan yang diperoleh dari minyak pengeluaran negara ini sebagai subsidi untuk membendung kenaikan harga minyak.

Katanya kerajaan telah membiarkan harga petrol naik dengan mendadak dan dengan kadar yang sangat tinggi.

"Kesan buruknya, harga barang-barang terus melambung naik, tanggungan kenaikan minyak mentah dipindah supaya dipikul oleh orang ramai dan pengguna.

"Akan tetapi, apabila harga minyak turun, harga barang-barang yang telah itu tidak turun," tambah Koh

Koh juga mempertikaikan niat kerajaan BN untuk meneruskan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun mendapat bantahan demi bantahan, tetapi kerajaan tetap mahu meneruskannya.

Manakala royalti minyak di Terengganu pula, dakwanya, digunakan untuk menganjur Piala Monsun peringkat antarabangsa.

Kegiatan tersebut, tambahnya, hanya memberi faedah kepada segelintir kroni pemerintahan elit, dan tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Terengganu.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .