Ikuti Blog ini

Wahid Akan Jelajah Seluruh Negara

http://buletinonline.net/images/stories/berita/wahidcerita.JPG
Kuala Terengganu – Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru dipilih rakyat Mohd Abdul Wahid Endut akan menjelajah keseluruh negara bagi membawa mesej Pakatan Rakyat dan mengucapkan terima kasih PAS Terengganu kepada semua pendokong dan penyokong.


“Saya ucap terima kasih kepada semua ahli-ahli PAS, PKR, DAP dan Kelab Penyokong PAS dari dalam negeri dan luar negeri berkempen untuk memenangkan saya (PAS) dan Pakatan Rakyat.

“Saya berjanji InsyaAllah akan berkunjung ke negeri-negeri termasuk di Sabah dan Sarawak yang cukup berminat dan bersemangat datang membantu kita (PAS),” katanya selepas mengadakan ziarah kembali ke Kampung Tiong dan Kampung Cina disini, semalam, bagi bertemu serta mengucapkan terima kasih kerana menyokong PAS dalam pilihan raya kecil, baru-baru ini

Beliau berkata kunjungan beliau ke negeri-negeri seluruh negara itu adalah bagi membalas budi atas kesungguhan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja bertungkus lumus selama hampir dua minggu sepanjang kempen pilihan raya tersebut.

Katanya beliau akan memulakan siri jelajah seluruh negara itu apabila selesai sambutan dan keraian majlis-majlis kesyukuran setempat dan dalam negeri Terengganu.

“Sekarang masih dalam suasana meraikan kemenangan, setiap hari tidak kurang 10 ekor lembu ‘dikorbankan’ bagi jamuan kesyukuran oleh Unit-unit Peti Undi (UPU) atau di peringkat cawangan di seluruh negeri,”ujarnya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/kibarbendera.JPGKetika menziarahi semula Kampung Tiong dan Kampung Cina semalam, beliau sekali lagi terharu dengan sambutan hangat dan mesra masyarakat Cina dan menafikan dakwaan bahawa mereka tidak menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. (Gambar kiri - penjaga parkir di tengah Kampung Cina, terlebih dahulu mengibarkan bendera apabila nampak Wahid melawat)

“Saya ucap terima kasih kepada merka, mereka balas dengan ucapan tahniah, ada yang bimbang. takut saya kalah kerana mereka sudah kempen bersungguh-sungguh, bawa perayu undi rumah ke rumah,

“bila saya datang melawat ke rumah mereka, mereka sambut dengan tepuk tangan dan memanggil-manggil nama saya,

“jelas ada keikhlasan dalam diri mereka malah ada yang sudah memberikan tugasan kepada saya kerana mereka lebih percaya dan yakin kepada wakil rakyat dari Pakatan Rakyat lebih dari Barisan Nasional,”jelas Wahid.

Menurutnya, kemenangan itu merupakan kemenangan rakyat yang mahukan perubahan kerana Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang tidak boleh diharapkan lagi.

Abdul Wahid mengharapkan agar momentum perubahan ini dapat dikekalkan hingga menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Beliau diiringi oleh Pengerusi DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing, Ketua Bahagian PKR Kuala Terengganu, Dr Manaf Che Mat serta dibantu oleh para petugas PAS termasuk Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .