Ikuti Blog ini

Kenyataan akhbar isu 2 Exco.

Kenyataan ini saya keluarkan sebagai usaha untuk meredakan semua rakyat Malaysia khususnya Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang sedang menunggu berita mengenai 2 Exco PKR yang diandaikan dengan berbagai berita dan rumus melalui SMS dan sebagainya.

Sebagaimana yang disahkan oleh YAB Menteri Besar Perak dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri dengan ini saya juga sebagai Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan mengesahkan memang sampai saat ini 2 orang Exco dari PKR itu tidak dapat dihubungi .

Namun begitu saya juga mengesahkan sehingga saat ini kesemua ahli kerajaan tidak ada yang melompat kepada Barisan nasional. Termasuklah kedua-dua exco yang tidak dapat dihubungi.

Saya sangat yakin dengan kesemua Ahli Kelab Penyokong Kerajaan.

Saya juga mengakui terdapat usaha jahat dari pihak tertentu untuk menarik ahli-ahli kerajaan untuk melompat dengan tawaran tertentu.

Namun saya yakin mereka tidak akan termakan dengan janji-janji manis dan pembohongan dari pihak tersebut, dan saya masih beranggapan baik kepada 2 exco yang terlibat dan berharap mereka memikirkan semasak-masaknya apa saja keputusan yang akan diambil.

Harapan saya mereka dapat dihubungi dan mereka diberikan hak untuk mendengar nasihat dari kami, dan seandainya benar ada pihak yang menghalang hasratnya untuk berhubung dengan pimpinan PKR , perkara ini amat dikesali.

Satu pertemuan penting kesemua ADUN Pakatan Rakyat akan diadakan di IPOH pada pagi ini, setelah itu berkemungkinan akan ada pengumuman penting yang akan di keluarkan oleh YAB Menteri Besar.

Drs. Khalil Idham Lim,
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak.


Kepada seluruh pencinta keadilan dan keamanan khususnya umat islam teruskan berdoa dan banyakkan solat hajat untuk memastikan Allah menyelamatkan kerajaan negeri Perak.Najib akan melakukan apa sahaja untuk memastikan UMNO BN merampas kembali Negri Perak walaupun secara yang tidak bermaruah.


Buat masa ini Allah telah menyelamatkan keadaan walaupun perancangan mereka hampir berjaya dengan hilangnya dua Exco Negeri Perak dan dikatakan bila-bila masa akan mengumumkan keluar dari PR untuk menyertai BN.Mereka memerlukan 2 ADUN lagi untuk menubuhkan kerajaan tetapi Allah telah membuka hati ADUN Bota untuk menyertai PKR.inilah berkat doa-doa dari muslimin-muslimat yang ikhlas dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.


Justeru itu teruskan bermunajat kepada Allah.Setiap Negeri, Kawasan,cawangan dan dimana sahaja Masjid atau surau anjurkan solat hajat, bacaan yassin dan berdoa agar allah tutup segala perancangan jahat UMNO BN.
Mudah-mudahan Allah membuka hati dua Exco Negeri Perak dan setiap Adun di negeri Perak agar tidak terpengaruh dengan habuan dunia yang dijanjikan oleh BN.
insyaallah ketika ini kerajaan Negeri Perak Masih dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .