KUALA LUMPUR - Dia anak muda yang tidak punya apa-apa. Dia lelaki yang hanya inginkan keredhaan Allah dan membahagiakan keluarganya-isteri dan tiga cahaya mata, seorang puteri dan dua orang putera. Anak-anaknya masih kecil yang sulung masih belum mencapai umur persekolahan.
Seumur hidupnya tidak pernah terfikir untuk menjadi terkenal apatah lagi mengundang kontroversi. Anak muda ini sekadar ingin hidup sederhana sambil menunaikan amanah sebagai seorang imam. Sebagai lulusan sekolah agama di Penanti, beliau layak sebenarnya untuk melanjutkan pelajaran agama ke Timur Tengah.
Bukankah setiap anak pondok bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah yang sudah menjadi semacam destinasi wajib. Cuma dia tidak berkesempatan, tuntutan hidup yang jauh dari mewah tidak memungkinkah dia ke sana. Apabila ada lowongan kerjaya sebagai Imam di bawah JAKIM, beliau melamarnya dan dengan penuh kesyukuran beliau dilantik menjadi Imam di Masjid Wilayah Persekutuan yang tersergam indah. Selain sebagai Imam, anak muda ini diamanahkan menjadi Ketua Amil, Jurunikah dan penyelia jenazah yang kesemuanya dilaksanakan dengan amanah dan dedikasi.
Semua tugas sampingan ini selain darpada menjadi tanggungjawab juga dapat menambah pendapatannya disamping elaun sebagai Imam Hafiz. Masa terluang tidak disia-siakan,demi mengejar cita-cita menambah ilmu dan untuk masa depan beliau mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang syariah dibawah program Pengajian Jarak Jauh.

[Anak muda ini ialah Ramlang bin Porigi. Ada darah Bugis mengalir di urat nadinya. Anak kelahiran Sandakan ini dibawa berhijrah ke Pulau Pinang dalam usia belasan tahun dan terus menekuni ilmu agama di Penanti. Namun kehidupan Ramlang tiba-tiba berubah.
Semuanya gara-gara kebiadapan dan kebuasan pemimpin negara. Segala-galanya berubah apabila ada petinggi agama yang sanggup menggadai maruah dan agama untuk tunduk kepada kehendak pemimpin negara yang bankrup moral. Ikuti rentetan perjalanan sebenar kisah Imam Ramlang di Sini