Ikuti Blog ini

PAS Rayakan Kemenangan Pakatan Rakyat Dengan Jamuan Kesyukuran

http://buletinonline.net/images/stories/berita/wahidlayantetamu.jpg
Kuala Terengganu - Lima ekor kerbau dan tiga ekor lembu telah di jadikan lauk untuk jamuan kesyukuran PAS Terengganu sempena kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Jamuan Kesyukuran yang telah diadakan di perkarangan pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di Jalan Sultan Omar disini, semalam, telah dihadiri tidak kurang dari 8000 orang dari pelbagai peringkat dalam tempoh lima jam.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/CPajamuankesyukuran.JPGPesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti, penyokong dan pendokong terutama para pengundi di Kuala Terengganu.

Katanya, kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil tersebut merupakan satu amanah dan mandat rakyat.

“Saya bagi pihak PAS Terengganu merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada calon kita (PAS) dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

“Ini suatu amanah dan mandat rakyat, dan diharapkan dapat kekal hingga pilihan raya umum akan datang,” ujarnya dalam ucapan ringkas pada majlis tersebut.

Menurutnya, kemenangan tersebut adalah milik bersama Pakatan Rakyat dalam satu perjuangan membawa perubahan yang lebih besar dimasa akan datang.

http://buletinonline.net/images/stories/berita/wahidlayantetamu1.jpgAhli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut hasil perpaduan yang erat dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP masing-masing mempunyai peranan dalam usaha mencapai kemenangan tersebut.

“Saya tidak anggap itu kemenangan saya seorang tetapi kemenangan hasil perpaduan yang erat kita dalam kerjasama Pakatan Rakyat ini.

“Kita (Pakatan Rakyat) semua ada peranan masing-masing dan saya berjanji akan membawa suara rakyat di Parlimen akan datang ini,” jelasnya.

Pengerusi Perhubungan Parti KeADILan Rakyat (PKR) Terengganu, Wan Rahim Wan Hamzah berkata PKR Terengganu turun ‘padang’ membantu PAS dalam pilihan raya kecil P036 seolah-olah calon KeADILan yang bertanding.

“Kami (PKR) tidak merasakan pilihan raya kecil ini calon PAS sahaja yang bertanding tetapi kami bekerja seperti calon KeADILan yang bertanding,” ujarnya.
http://buletinonline.net/images/stories/berita/farizjamuankesyukuran.JPG
Katanya, jika kerjasama dan perpaduan ini dapat dikekalkan tidak mustahil jalan ke Putrajaya semakin hampir dan dekat.

Menurutnya, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 menjadi medan dan peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat menerajui kerajaan Malaysia akan datang.

Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa berpuas hati dengan kemenangan calon PAS dalam pilihan raya kecil baru-baru ini.

“Saya rasa puas hati dengan kemenangan ini dan dianggap ‘berbaloi’ meski pun pernah ditahan polis sehari sebelum hari penamaan calon.

“Pertama, Saya dan rakan-rakan Skuad AMK ditahan polis kerana kesalahan menampal poster wanita Monggolia mendiang Altantunya. Kedua, laporan polis AMK dan PAS membawa kepada perletakkan jawatan Pengurus Pilihan Raya Kecil kerana berkempen bagi calon BN secara terbuka,” jelasnya.
http://buletinonline.net/images/stories/berita/chaihinghanafiahjamuankesyukuran.JPG
Menurutnya, pihak AMK akan mempastikan kemenangan ini berterusan hingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Parti DAP Terengganu, Encik Ng Chai Hing menyifatkan kemenangan PAS itu sebagai suatu tsunami politik baru yang melanda Umno dan Barisan Nasional.

Katanya, rakyat mahukan perubahan dan terbukti calon BN ditolak oleh para pengundi di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

“Rakyat hari ini mahukan perubahan dan calon BN telah ditolak oleh rakyat di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

“Kemenangan PAS itu menjadi suatu tsunami politik yang melanda Umno-Barisan Nasional,” ujarnya.

Menurutnya, masyarakat tionghua di Kuala Terengganu juga mahukan perubahan dan diharapkan lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .