Ikuti Blog ini

Nasihat PM lucu : Dr. Mahadhir.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3wJIgBWHR1OwetmlNZ_XYnsWsvwC50WshaMsQd8FnXi_ZSN7U78RECUaymlt7dt8hzNzPXupkEdGNUuvuvNW0az2fiswAXnjfjGHWf_UXL3FmRx-X5yD5kXhOSG769KcA2Zz9XA7gKRE/s400/mahathir.jpg
Tindakan Abdullah Ahmad badawi mengarahkan Zambry membuat laporan polis kerana dikenakan tindakan gantung dari mengikuti mesyuarat Dewan bersama exco haram lain di tempelak oleh Dr. Mahadhir dalam blognya di bawah, kata Tun :-

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Haram BN supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.

4. Sekarang dilaporkan yang Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .