Ikuti Blog ini

Halalkah Gaji Zambry dan Para Exconya?

Sebelum ini dia gah dimana-mana, sebelum ini dia angkuh dengan berkata: "Saya MB lantikan Sultan Perak!"

Tiba-tiba beliau mendapati rakyat Perak tidak menerima pengakuannya itu. Di mana beliau pergi beliau tidak diakui oleh rakyat Perak sebagai MB.

Akhirnya beliau menyedari perlantikan dari Sultan semata-mata tidak semestinya beliau diterima oleh rakyat apatah lagi di dalam suasana di mana rakyat Perak kini rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa Datuk Seri Mohammad Nizar yang telah dianiaya dan dirampas kerajaannya melalui kaedah paling kotor dan hina.

Beliau terpaksa merayu rakyat Perak agar mengakui kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Ramai yang menjawab, "Zambry, anda Menteri Besar lantikan Sultan. Itu pengakuan anda sendiri. Anda bangga lantarannya. Justeru pergilah ke Istana Sultan untuk memerintahnya. Mengapa kini mengadu dan merayu kepada rakyat? Jika rakyat yang memilih anda anda boleh datang kepada kami dan kami akur dengan kerajaan anda. tetapi anda tidak dipilih oleh kami, rakyat tidak merestui kedudukan yang anda duduki sekarang iaitu sebagai MB."

Lagi rakyat berkata, "Zambry, dengar sini, yang membayar gaji anda sebagai MB dan sekalian exco-exco anda adalah wang rakyat. Hasil yang dipungut dari cukai rakyat, gaji anda tidak dibayar oleh Istana, tidak dibayar dari kocek Najib atau Pak Lah atau dari tabung UMNO. Justeru itu, apakah anda fikir rakyat yang tak merestukan kedudukan anda sebagai MB dan rakan-rakan anda sebagai exco itu akan sudah dan boleh menghalalkan semua yang anda terima?"

"Anda akan kepanasan. Anda akan boleh mendapat kedudukan. Anda boleh memperolehi pakaian MB. Tetapi di tangan rakyat terbanyaklah ketenangan dan keberkatan."

"Bawalah watikah anda, perbesarkanlah ia dan tampallah di dinding istana. Maklumkan kepada Tuanku, penghinaan apakah yang patik terima tuanku sehingga rakyat tidak menerima patik sebagai MB mereka?"

"Pohonlah kepada Tuanku untuk diadakan pilihanraya semula. Terimalah "kedaulatan rakyat" bukan "kedaulatan sultan" semata-mata. Imbangilah kedua-duanya. Barulah Perak aman sentosa."

Malah Sultan Azlan Shah sendiri ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980 pernah bertitah:

"Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .