Ikuti Blog ini

Unit Amal, tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas

Pasukan Unit Amal PAS telah terbukti keberkesanan amalan dan patuh mereka kepada setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan oleh pimpinan parti. Ini dibuktikan dengan kecemerlangan yang mereka pamerkan semasa kemelut politik melanda negeri Perak baru-baru ini.

Kejadian rampasan kuasa di Perak telah memberi pengalaman berharga serta membuka peluang keemasan kepada mereka untuk membuktikan kecemerlangan di dalam menjalankan tugas.

Baik siang mahupun malam, malah 24 jam mereka mengambil giliran menjaga dan mengawal bukan sahaja kediaman rasmi menteri besar Perak, MB serta keluarga, pimpinan Pakatan Rakyat malah orang ramai yang senantiasa mengunjungi kediaman tersebut.

Tiada wang ringgit yang dijanjikan malah mereka menggunakan perbelanjaan sendiri di dalam menyediakan pakaian seragam, kenderaan, makan minum serta masa yang dicurahkan tanpa rasa penat serta jemu demi menunaikan amanah yang telah diberikan.

Bukan sahaja pasukan unit amal tempatan sekitar Ipoh malah mereka yang datang daripada segenap pelusuk negara bagi membantu melancarkan tugasan yang ada.

Arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat, Sdr Salahuddin Ayub supaya setiap negeri menghantar pasukan unit amal mereka membantu telah disambut baik oleh semua.

Hanya berpegang kepada keyakinan serta janji Allah Taala bahawa balasan pahala kepada hambaNya yang beramal, mereka menjalankan setiap tugas dengan sempurna. Kekuatan ini amat dihormati oleh parti gabungan di dalam Pakatan Rakyat mahupun parti lawan.

Saya yang juga ahli Unit Amal (sebelum mengendalikan laman blog ini) begitu terharu akan pengorbanan dan kesetiaan yang mereka pamerkan sepanjang bertugas di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

Satu tabik hormat dari saya buat semua petugas Unit Amal tak kira walau dimana pun anda berada. Teruskan usaha kalian demi perjuangan memartabatkan yang hak dan mematangkan demokrasi di negara kita.









Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .