Ikuti Blog ini

Kenyataan Datuk Shahrukh Khan di India Today




Datuk Shahrukh Khan memberitahu India Today hari ini beliau terkejut mendapat berita bahawa Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. "Kita di Mumbai sangat sayang dekat Datuk Seri Mohd Ali. Tapi ikut undang-undang, apa boleh kita buat."

Ketika ditanya apakah beliau tersinggung dan terkilan dengan peristiwa tersebut, tokoh Bollywood yang mendapat gelaran 'Datuk' dari kerajaan Negeri Melaka tersebut telah mengatakan, "Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa, tapi kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai," katanya lagi menunjukkan kepakaran berbahasa Melayu.

Beliau juga menyatakan harapan supaya panel rayuan UMNO menerima kembali Mohd Ali dalam senarai calon jawatan nombor dua parti Melayu itu.

"Memang saya sependapat dengan KuLi, kerana adalah salah menyekatnya daripada bertanding seperti juga salah menghalangnya daripada membuang undi (dalam pemilihan Umno)."

Datuk Shahrukh Khan yang meminati iklim politik Malaysia khususnya negeri dondang sayang tersebut turut berharap Mohd Ali, yang juga ketua menteri Melaka, tidak meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri.

"Masih banyak lagi tokoh Bollywood belum diberi anugerah. Saya berharap kawan baik saya Shilpa Shetty dan juga Amitabh Bachan turut diberi anugerah yang sama. Tahun hadapan saya dan Aishwarya Ray merancang untuk membuat pengambaran selama 3 saat di Bukit Katil, jika jadi begini kami mungkin akan memindahkan lokasi pengambaran ke Geneva. Jadi saya berharap beliau akan membuat rayuan kepada Pendaftar Pertubuhan bagi menghalang pemilihan parti itu, yang dijadual minggu depan, jika beliau disekat secara tidak sah daripada pertandingan tersebut. Setidak-tidaknya, rayuannya terhadap hukuman (lembaga disiplin) itu haruslah didengar sebelum pemilihan parti minggu depan."

India Today dimaklumkan kelmarin bahawa Mohd Ali, adalah calon popular untuk jawatan nombor dua Umno, didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejennya yang didapati bersalah terbabit melakukan sogokan politik.

"Begitulah politik. Macam asam pedas Melaka. Sebab itu saya tak mahu sertai politik. Lebih-lebih lagi di India ini, meskipun sistem demokrasinya lebih baik sikit dari sana. Dalam masa yang sukar begini, saya berharap Datuk Seri Mohd Ali banyak-banyak bersabar. Semoga Allah membantu beliau jua. Bila-bila nanti saya doakan." Tambah Datuk Shahrukh Khan sebelum beliau meneruskan pengambaran untuk filem terbaru beliau berjudul 'Ama Apa, Scapegoat'."



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .