Ikuti Blog ini

Sapa Kata SULTAN KEDAH MURKA kat KERAJAAN NEGERI KEDAH..

SULTAN ABDUL HALIM dan Sultanah Haminah Hamidun bergambar bersama Exco Kedah selepas majlis pelantikan di Istana Anak Bukit.

Portfolio dikosongkan Arumugam akan diisi selepas pilihan raya kecil

ALOR SETAR: Semua sembilan anggota Exco kerajaan negeri sedia ada kekal dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit di sini, pagi semalam, bagi tempoh setahun.

Ia melenyapkan spekulasi sebelum ini seorang daripada mereka akan digugurkan dan diganti dengan calon lain berikutan dakwaan mengeluarkan perkataan yang mencerca Sultan Kedah seperti terkandung dalam satu surat layang baru-baru ini.

Mereka yang mengangkat sumpah itu ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundor, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (Tokai), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Siti Aishah Ghazali (Merbau Pulas), Dr Hamdan Mohamed Khalib (Tanjung Dawai), Abdullah Jusoh (Pantai Merdeka), Dr Ismail Salleh (Alor Mengkudu), Mohammad Radzi Salleh (Lunas) dan Tan Wei Shu (Bakar Arang).

Pelantikan baru itu turut menyaksikan perubahan beberapa portfolio barisan exco, antaranya Mohamed Taulan yang sebelum ini memikul tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan beralih kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi.

Phahrolrazi pula mengisi portfolio dikosongkan Taulan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala portfolio Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga yang disandangnya sebelum ini dikekalkan.

Amiruddin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Penerangan yang sekali gus menyaksikan portfolio Pembangunan Usahawan yang disandang sebelum ini digugurkan.

Abdullah yang sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi menyandang satu pertambahan portfolio iaitu Pembangunan Usahawan.

Dr Ismail pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan dan portfolio Penerangan yang disandang olehnya sebelum ini diambilalih Amiruddin.

Bagaimanapun, portfolio empat lagi exco kerajaan negeri kekal dengan Mohamad Radhzi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia; Dr Hamdan dilantik Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan dan Kebudayaan.

Siti Aishah sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat manakala Tan, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, jawatan seorang lagi Exco yang memegang portfolio Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat India dan Siam yang sebelum ini disandang V Arumugam masih kosong dan akan diisi selepas pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau, 7 April ini.

Beliau berkata, pengisian jawatan exco itu akan diberi keutamaan kepada calon India Pakatan Rakyat (PR).


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .