Ikuti Blog ini

Perletakan Jawatan Pak Lah Diterima Tetapi Yang Di Pertuan Agong Tangguhkan Perlantikan Najib?

KUALA LUMPUR [1.30 pm] - Ini satu berita panas yang pasti mendebarkan. Pihak kami baru sahaja mendapat satu berita yang paling eksklusif dari Istana Negara sebentar tadi. Ia berkaitan isu peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak.


Menurut maklumat Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan. Apapun kami masih menunggu maklumat lanjut berhubung dengan berita ini. Patutlah ketika keluar dari Istana sebentar tadi Najib kelihatan tidak ceria dan tidak mahu bercakap kepada pihak media yang sedang menunggu beliau.
Cuba lihat dua laporan terkini akhbar arus perdana berkenaan perkara ini.

Najib Razak Keluar Dari Istana Negara


KUALA LUMPUR (Berita Hairan) - Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu.


Abdullah Ceria Keluar Dari Istana Negara


pak lah istana negara meet agung on final day 020409 01KUALA LUMPUR (Utusan Meloya) – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Negara pada pukul 10.55 pagi selepas meluangkan masa selama 55 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Abdullah menaiki sebuah kereta Proton Perdana Eksekutif kelihatan ceria dan melambaikan tangan kepada kira-kira 80 petugas media yang menunggunya di pintu masuk Istana Negara.



[Jika benar laporan dan dakwaan ini, maka ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib Razak. Apakah Tuanku Mizan mengambilkira situasi dan pandangan rakyat selama ini bahawa mereka mahukan supaya imej Najib dibersihkan terlebih dahlu sebelum beriya-iya benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita amatlah berharap agar adanya satu perkembangan yang positif dalam hal ini yang pastinya akan lebih menghangatkan senario politik negara. Kami masih menunggu laporan terkini dari krew-krew kami yang turut berada di Istana Negara sebentar tadi. Laporan jelas mengatakan Najib begitu tidak ceria dan langsung tidak mahu bercakap kepada media memperkuatkan lagu hujah ini].

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .