Ikuti Blog ini

Pra Muktamar : Nizar Terus Popular


(Gambar atas: Para perwakilan mengangkat tangan apabila nama Nizar dicalonkan)

Siasahdaily melaporkan: Selepas menang pilihan raya kecil Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi tokoh popular dalam PAS.

Empat dari lima PAS Kawasan yang mencalonkan pimpinan PAS, mencalonkan beliau sebagai naib presiden PAS dalam Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan pada awal Jun nanti.

Terbaru adalah PAS Kawasan Selayang dalam mesyuarat agung mereka Sabtu lepas.

Dalam mesyuarat agung itu, beliau mendapat pencalonan tertinggi berbanding Nasharudin Mat Isa yang turut dicalon untuk jawatan itu bersama Datuk Husam Musa.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan sebagai presiden, Datuk Dr Haron Din menang pencalonan untuk timbalan presiden mengalah Husam dengan 20 undi dari kira-kira 250 perwakilan yang hadir.

Ketika membahaskan usul pula, usul AJK PAS kawasan agar presiden PAS memberikan penjelasan tentang kerajaan perpaduan ditolak oleh perwakilan selepas dibahaskan.

Di dalam perkembangan berkaitan, cyberboron melaporkan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Beruas kali ke 45 yang berakhir semalam juga sebulat suara mencalonkan Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk bertanding jawatan Naib Presiden PAS. Hj. Mohd Sabu dan Ustaz Nasharudin Mat Isa turut dicalonkan untuk mengisi dua lagi kerusi Naib Presiden.

Senarai penuh pencalonan oleh PAS Kawasan Beruas:

Presiden : TG Hj. Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden : Dato' Husam Musa
Naib Presiden : 1. DS Mohammad Nizar 2. Hj. Mohd Sabu 3. Ustaz Nasharudin Mat Isa
AJK : 1. Ustaz Hj. Ahmad Awang 2. Hj. Asmuni Awi 3. Dr. Khairuddin Abd Malik

(baki pencalonan AJK diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Kawasan untuk menentukannya)

Mesyuarat semalam dirasmikan oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak iaitu Dr. Khairuddin Abdul Malik. 5 muka baru dipilih sebagai ahli jawatankuasa PAS Kawasan Beruas sessi 2009-2011 iaitu Hj. Jamaluddin Ibrahim, Mejar(B) Hj. Abu Bakar Hj. Yusoff, Hj. Sulaiman Ramli, Norasiken Hashim dan Hjh. Rohaya Abd Latif. 11 yang lain adalah penyandang sessi lalu.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .