Ikuti Blog ini

Duit rakyat dibelanjakan untuk Polis

Disebabkan satu pilihanraya kecil...tak pasal-pasal duit rakyat lesap begitu sahaja.
Apa rasional membeli sehingga 5,000 tilam di Manik Urai.

Dengan melihat pada saiz DUN dan pengundi dan tarikh penamaan dan pengundian PRK Manik Urai tiada justifikasi sehingga 5,000 tilam terpaksa dibeli.

3 tilam dengan harga RM10 ringgit dijual kembali pada rakyat, tapi yang kita nak tahu berapa dana yang kerajaan belanjakan untuk membeli 5,000 tilam tersebut.
Itu belum kira lagi elektrik, air, minyak, makan dan minum anggota yang bertugas. Elaun dan pelbagai lagi perbelanjaan.

Pengundi cuma 10,000 lebih, maksudnya 1 polis untuk 2 pengundi di Manik Urai. Apa rasionalnya? Sama-samalah kita renungkan bersama...wallahu'alam


Tilam Untuk Polis Di Manik Urai Dilelong

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA KRAI, 19 Julai (Bernama) -- Sebanyak 5,000 buah tilam yang digunakan bagi penginapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai baru-baru ini dilelong kepada penduduk tempatan.

Pengurus Operasi Mad Global Resources Sdn Berhad iaitu syarikat pembekal tilam itu kepada PDRM, Azlina Adni berkata syarikatnya diarah melelong tilam jenis span itu pada harga RM10 untuk setiap tiga unit kepada penduduk kampung di kawasan Manik Urai.

"Kita anggarkan pendapatan daripada hasil jualan ini sebanyak RM15,000 dan sebahagiannya disumbang kepada pihak yang memerlukan sumbangan," katanya kepada Bernama selepas majlis lelongan tilam itu di sini, Ahad.

Syarikat itu membekalkan tilam bagi kegunaan penginapan kepada lebih 3,000 pasukan polis sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN itu yang bermula 6 Julai hingga Selasa lepas.

Azlina berkata pihaknya membuat tiga lelongan di tiga tempat berasingan, di Manik Urai sebanyak 1,000 unit, Chuchuh Puteri (1,000 unit) dan di Laloh, 3,000 unit.

Beliau berkata jualan pada harga murah kepada penduduk tempatan merupakan sebahagian daripada program kebajikan yang disalurkan oleh syarikat itu kepada orang ramai.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .