Ikuti Blog ini

Jumpa Ehud Barak : Zahid biadab dengan umat Islam



Pas mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009). Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguriskan perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Persoalannya adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini. Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya beliau ialah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin. Siapakah Zahid yang hendak berlagak hendak tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel. Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa boleh berbincang.


Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel. Tentu kita masih ingat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah. Sudah pasti pertemuan ini medapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat. - Ustaz Idris Ahmad



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .