Ikuti Blog ini

MANEK URAI : TGNA YAKIN PAS AKAN MENANG

DSC02632

Pas yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Manek Urai, berdasarkan sejarah dan kesepakatan yang ditunjukkan kepemimpinan Pakatan Rakyat serta penduduk di semua peringkat.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata selepas lima hari berkempen nampaknya tiada lagi isu, malah Barisan Nasional (BN) tidak mampu menjawab semua persoalan yang dilemparkan pembangkang.

"Ditambahkan lagi calon kita (Mohd Fauzi Abdullah) setakat hari ini masih lagi bersih dan tiada apa-apa perangai yang boleh menyakitkan hati pengundi malah dia boleh menyamai ketokohan bekas Adun Manek Urai, (Allahyarham Ismail Yaakob) dan insya-Allah kita boleh menang," katanya ketika ditanya pemberita selepas solat Jumaat di Kampung Lata Rek, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tiada sebab kenapa pengundi tidak mahu memilih calon Pas kerana sejarah membuktikan yang mereka berada di sini selama lebih 40 tahun lalu hasil usaha kepemimpinan Pas terdahulu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda.

“Sekarang ini kita semua boleh tengok perubahan, pembangunan. Jadi tidak ada sebab yang boleh dijadikan alasan kenapa mereka nak lari daripada menyokong Pas untuk menyokong Umno," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya dakwaan BN lebih awal melaksanakan dasar Islam di negara ini daripada Pas, beliau berkata itu semua dakwaan yang mahu menipu rakyat secara mentah-mentah.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .