Ikuti Blog ini

MU: Jangan Hina Pekerjaan Kami Penjual Ikan

Satu perhimpunan telah di adakan di Pasar Laloh oleh Persatuan Pemborong dan Peniaga Ikan berikutan pihak Umno-BN telah memperlekehkan profesyen sebagai peniaga ikan.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan dalam ceramah kempen pilihan rayanya sebelum ini telah memperlekehkan dan mempersendakan calon PAS, Saudara Fauzi Abdullah yang merupakan seorang peraih ikan.

Berikutan itu, ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga ikan dan perhimpunan diadakan selepas solat asar petang semalam. Satu perhimpunan pemborong dan penjaja ikan negeri kelantan turut disertai wakil dari negeri Kedah, di Kg.Laloh PRK Manek Urai, mereka menyatakan bersyukur dan menyokong penuh kerana wakil mereka di pilih menjadi calon PAS PRK DUN Manek Urai, mereka juga terkilan dengan penghinaan oleh TPM terhadap kerjaya mereka.

Mursyidul Am PAS, TGNA, Calon PAS, Hj Hussam, Dr Hatta, turut memberi ucapan dan sokongan kepada calon rakan mereka, ialah Zulkifli Bidin pengurusi peniaga dan penjaja ikan negeri kedah, Tarmizi salleh pengurusi pemborong dan penjaja ikan negeri kelantan.










DSC02499

DSC02484

himpunan Pemborong dan Penjaja Ikan Negeri Kelantan pada ptg semalam Telah dirasmikan sendiri oleh TGNA di Pasar Laloh

TGNA ,Husam dan abe Uji bersama-sama turun padang beramah mesra bersama pemborong-pemborong dan penjaja-penjaja ikan seluruh kelantan di Pasar Laloh

TGNA ,Husam dan abe Uji bersama-sama turun padang beramah mesra bersama pemborong-pemborong dan penjaja-penjaja ikan seluruh Kelantan di Pasar Laloh.Mereka semua berikrar taat setia dan akan mempertahankan kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tok Guru

"Tak payah lah nak hina penjual ikan kalau kamu juga makan ikan" kata TGNA

"Tak payah lah nak hina penjual ikan kalau kamu juga makan ikan" kata TGNA

Majoriti Penjaja dan penjual ikan di Kelantan adalah terdiri dari kaum hawa

Majoriti Penjaja dan penjual ikan di Kelantan adalah terdiri dari kaum mokcik-mokcik

Sempat juga abg zorro bergambar kenangan bersama Abe Uji selepas majlis tersebut... semua gambar-gambar di atas adalah dari kamera best friend abg zorro...

Sempat juga abg zorro bergambar kenangan bersama Abe Uji selepas majlis tersebut.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .