Ikuti Blog ini

TEREKINI : Surat panggilan sidang pada 28 Okt telah terima

Sekitar maghrib sehingga jam 10 malam tadi saya dihubungan oleh rakan-rakan ADUN Pakatan Rakyat mengenai surat yang dihantar secara mengejut oleh pihak pejabat SUK malam tadi. Termasuklah setelah balik dirumah saya mendapati surat untuk saya juga telah diserahkan kerumah saya sekitar jam 7.30 malam tadi dan diterima oleh anak kesayangan.

Ganesan Speaker haram dan MB Perak Kudeta dari BN merancang untuk mengadakan sidang pada 28 Oktober ini. Sidang yang dinamakan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri yang Kedua Belas Perak Darul RTidzuan itu direncana pada jam 10.00 pada tarikh tersebut.

Nampak sangat tergesa-gesa dan semacam dirancang bila rencana awal yang agak selesa untuk mengadakan sidang pada 2 November ternyata dipercepatkan. Bagi saya BN melihat keadaan tidak menentu dengan beberapa prosiding di mahkamah yang belum selesai termasuklah mengenai kesahihan SPR yang tidak mengosongkan Jelapang, Behrang dan Changkat Jering, dan perbicaraan di mahkamah Persekutuan pada 5 Nov mengenai siapakah MB Perak yang sah menjadikan BN cukup tersepit untuk mengadakan sidang.

Masa sangat untuk dan surat tersebut menyebut kami diminta mengemukakan kenyataan mengenai soalan lisan dan bertulis, usul dan ucapan penanguhan tidak lewat dari hari rabu 14 Okt 2009,esok.

Selain itu isi kandungan surat juga menyebut mengenai pemilihan Ahli Dewan Negara mengganti Dato' Azian bin Osman yang telah tamat tempoh perkhidmatan pada 22 Ogos lepas.

Saya mencium muslihat yang sedang dirancang oleh BN, apalagi tidak disebutkan mengenai sidang ini adalah sidang Bajet.

Yang jelas tidak ada hak Speaker haram Ganesan memanggil sidang kerana dia bukannya Speaker Perak yang sah dan kami semua ADUN Pakatan Rakyat tidak akan hadir pada sidang tersebut. Namun kami akan hadir hanya kepada sidang DUN yang dipanggil oleh Speaker yang sah iaitu V. Sivakumar. Pada tarikh yang sama atau pada tarikh yang lain.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .