Ikuti Blog ini

Tokoh Ulamak Afrika Selatan kunjungi Kelantan

KOTA BHARU:-Kejayaan PAS menerajui Kelantan ke arah menurut syariat Islam turut dikagumi oleh tokoh Ulamak dari negara Afrika Selatan. Dua tokoh tersebut ialah Sheikh Eighsaan Hendricks yang merupakan President Muslim Judicial Counsil, beliau juga merupakan President Al-Quds Foundation dan Executive Director International Union Of Muslim Scholar, manakala Sheikh Ebrahim Gabrial pula adalah President United Ulama’ Of South Africa.
Kunjungan mereka berdua telah diraikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya Dato’Ahmad Yakob bertempat di Kediaman Rasmi JKR 10. Turut hadir ialah Jemaah Kepimpinan Ulamak Kelantan dan Exco negeri.

Menurut Sheikh Eighsaan, kunjungan beliau ke negeri Kelantan adalah kerana Kelantan sudah dikenali di seluruh negara Islam dan pentadbirannya yang menjuruskan kea rah menegakkan Syiar Islam amat dihargai oleh umat Islam di seluruh dunia.

Beliau juga berkata dengan kepimpinanan sesebuah negeri itu di bawah mereka yang arif tentang ilmu agama amat penting agar rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.
Sempena kunjungan tokoh ulamak terkenal ini juga,Jemaah Kepimpinan Ulamak Kelantan turut mengadakan sesi dialog bersama mereka dan telah mengambil kesempatan bertukar-tukar pendapat berkaitan permasalahan umat Islam seperti di Palestin yang berlarutan sehingga kini terutamanya dengan perebutan Baitul Maqdis di antara umat Islam dengan yahudi.

Sementara itu Sheikh Ebrahim Gabrial ketika ditemui berkata kunjungan ini bukan hanya sekadar lawatan biasa tetapi ia amat penting dalam mempertingkatkan hubungan dua hala di antara kerajaan negeri Kelantan dengan pertubuhan agama Islam di peringkat antarabangsa.
Sebelum itu di waktu pagi mereka telah mengunjung Pondok Lubuk Tapah di Pasir Mas dan sempat beramah mesra dengan warga pondok dan bertukar-tukar pendapat terutamanya berkaitan dengan penduduk Islam sejagat.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .