Ikuti Blog ini

ANAK Kesal MB ‘Menepis’ Memorandum Yang Dihulurkan

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/IMG_3107.JPGChukai, KEMAMAN – Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merasa sangat dukacita dengan layanan buruk yang diberikan oleh Menteri Besar negeri Terengganu Dato’ Ahmad Said.
Menurut Presidennya, Mazlan Aliman, walaupun surat telah dihantar, malah kemudian telah di faks kan sekali lagi, namun kedatangan beliau untuk menyerahkan memorandum ANAK di perlekehkan terutamanya oleh Setiausaha Politik Menteri Besar sendiri.

”Saya rasa dukacita kerana negeri Terengganu, nampaknya, walaupun kita teah hantar buat temu janji, dah hantar surat, tapi layanan yang diberikan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar, sangat mendukacitakan,”katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, ia adalah pengalaman kedua, ANAK mendapat layanan buruk dari kerajaan negeri selepas kerajaan Negeri Sembilan

Manakala, kata beliau, tiga lagi negeri yang telah beliau kunjungi mendapat layanan yang cukup baik, terutamanya negeri Pahang, yang menyambut ketibaan ANAK cukup istimewa.


”(Dari) Lima negeri yang kita (telah) pergi tiga ngeri bagus, iaitu Pahang, Selangoir dan Johor, tapi nampaknya negeri Terengganu dan negeri Sembilan memberi layanan yang sangat buruk,

”dan ini menggambarkan bahawa kerajaan negeri (Terengganu) tidak mempunyai keprihatinan kepada sebahagian rakyat mereka, iaitu masyarakat Felda,”ujarnya.

Beliau berharap masyarakat Felda negeri Terengganu menyedari tentang prilaku MB dan Kerajaan negeri, kerana katanya, beliau bukan membawa isu parti atau politik, tetapi isu rakyat.

Katanya, sebagai pemimpin kepada sebuah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili lebih 1.5 juta anal-anak Felda, beliau kesal memorandum sosio-ekonomi dan masa depan generasi kedua Felda ditolak Menteri Besar Terengganu


.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .