Ikuti Blog ini

Mesej Zaid kepada pengundi

HULU SELANGOR : Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyeru pengundi di luar supaya pulang awal dan mengajak rakan-rakan untuk membuang undi, esok.

Zaid juga menggesa keluar mengundi seawal mungkin kerana kemungkinan jalan raya sesak.

Berikut ialah mesej beliau kepada pengundi Hulu Selangor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25 April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?

Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?

Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.

Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:

pastikan lokasi membuang undi anda di http://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalan raya sesak.

keluarlah mengundi seawal yang mungkin.

Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:

ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi

berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu

sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda

datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.

Sama-sama Selamatkan Malaysia.

Datuk Zaid Ibrahim

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .