Ikuti Blog ini

Sejarah Senator Teramai Dalam Kabinet Mat Monggol














































Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai rekod baru'di mana terdapat penyertaan paling ramai anggota Dewan Negara dalam sejarah pentadbiran Kerajaan Malaysia.

"Ini menunjukkan bahawa Najib tidak melaksanakan slogan yang beliau sendiri sebut, iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Ini bukti bahawa beliau tak mampu laksanakan perubahan, kerana orang yang beliau lantik bukannya daripada wakil yang dipilih rakyat" kata Kit Siang pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, Petaling Jaya semalam.

Rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam melibatkan pimpinan Barisan Nasional terutamanya daripada MCA. Antara 'korban' terbesar yang digugurkan ialah bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng.

Najib turut menamakan empat senator sebagai Timbalan Menteri yang baru iaitu Datuk G Palanivel (Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi), Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan), Datuk Maglin Dennis D'Cruz, (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali membayangkan tindakan Najib berkait rapat dengan keputusan pilihan raya kecil Sibu di mana rakyat Sarawak telah menolak pimpinan MCA.

"Ini juga adalah persediaan bagi beliau untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kelak. Apapun, kita (Pakatan Rakyat) telah akan membuat pertemuan dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk berbincang terutama berkaitan hal pengundian," katanya.

Mustafa membayangkan akan membawa beberapa perkara berkaitan proses perjalanan pilihan raya, antaranya mengenai undi pos, kesalahan kempen dan rasuah dalam pilihan raya.-sk
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .