Ikuti Blog ini

Pulihkan ekonomi negara terlebih dahulu!!

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/4dlm1small.jpg- Sebelum 'berangan-angan' mahu rampas Kelantan
Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Mustafa Muhammad dan Datuk Dr Awang Adek tumpulah untuk pulih ekonomi Malaysia yang semakin parah, bukan sibuk hendak ganggu Kelantan. Sepatutnya mereka berdua ini memerah otak untuk fikir macam mana hendak meningkatkan taraf ekonomi negara yang mengalami defisit sejak 12 tahun berturut-turut dan 10 tahun berturut-turut gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.

Harga barang naik, akibat subsidi untuk rakyat ditarik, tetapi untuk kroni terus diberi. Bukankah mereka berdua ini pakar ekonomi, sepatutnya sudah tentu boleh memikirkan untuk menaikkan taraf hidup rakyat di negara ini. Perlu diingat mereka bukan menteri untuk menjaga Kelantan, tetapi untuk menguruskan Malaysia.

Kenapa mereka berdua tidak menegur kerajaan pusat yang diskriminasi terhadap Kelantan, seolah-olah Kelantan berada di Planet Pluto. Sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991 sebanyak 118 projek telah disekat sampai ke bumi Kelantan. Sikap dendam sesama bangsa dan agama terbukti apabila wang royalti disekat, minyak dibiarkan mendarat di Songkla Thailand, walaupun tidak ekonomik, yang penting kerajaan yang dipimpin oleh PAS mesti dinafikan.

Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya , Kelantan boleh mentadbir dengan baik. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara ini didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010.


Kenyataan pemimpin Umno Kelantan yang mengatakan Umno mampu untuk mengatasi masalah banjir berbanding dengan PAS, ini satu kenyataan yang angkuh. Kenyataan yang sama pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Shahidan Kasim ketika kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir yang mengatakan kerajaan Kelantan tidak pandai urus perparitan sehingga kerap berlaku banjir, dengan takdir Allah tidak berapa lama hampir separuh negeri Perlis banjir sehingga lumpuh pentadbiran negeri .

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .