Ikuti Blog ini

Tenang: PAS Kalah Undi, tapi Menang Dakwah

Firman Allah s.w.t: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman" (Ali-Imran:139)

Tahniah buat petugas-petugas PAS dan PR di Tenang. PAS tidak kalah, cuma belum menang, panji Islam masih belum jatuh, bendera putih masih belum naik, maka istilah kalah tidak ada, dan tidak akan ada sehinggalah Islam tertegak atau kita semua syahid di medan perjuangan.

PAS kalah dari kaca mata demokrasi, tetapi PAS sebenarnya menang dari sudut Dakwah. PRK Tenang banyak memberikan pengajaran buat kita bahawa perjuangan PAS di pentas politik tidak semata-mata mahu menang kerusi atau mendapatkan kuasa. Kerana matlamat PAS terjun ke medan politik adalah atas tujuan dakwah baik kepada muslim atau non-muslim yang mana pengakhirannya adalah Islam yang memerintah.

Kejayaan PAS dalam membina tahaluf siyasi (pakatan politik) bersama PKR dan DAP terbukti apabila DAP sendiri menjawab serangan agama dari MCA kepada PAS. Isu sensitiviti agama yang di mainkan membuka sendiri aib UMNO yang 53 tahun berkawan bersama MCA. Ini menjadi bukti bahawa walaupun BN/UMNO menang pada undi, tetapi keuntungannya kepada bangsa dan agama mereka telah gagal. Mereka telah gagal mendampingkan MCA dan MIC kepada Islam bahkan mereka sendiri telah menggadaikan Melayu. Kerana bagi mereka Melayu itu Islam, Islam itu Melayu..iaitu 'keimanan' yang mereka pegang.

Berbeza PAS. Selama 5 ke 6 tahun, PAS bersama-sama DAP dan PKR, ruang dakwah terbuka luas. Sebagai contoh apabila PAS bertanding atas tiket parti politik, dakwah Islam kepada non-muslim lebih mudah menyelinap masuk melalui jalan politik sperti di pentas-pentas ceramah dan di dalam dewan rakyat. (..takkan nak dakwah non-muslim, ajak datang masjid atau ke rumah ibadat mereka, atau datang sendiri ke rumah mereka?.) Ini di namakan strategi, yang membezakan PAS dengan NGO Islam lain. Maka tidak hairan asbab tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR, mereka lebih memahami Islam.

Rahsianya adalah Islam itu sendiri. PAS bukan semata-mata parti, tetapi gerakan Islam. Bersifat dinamik. Mencakupi segala bidang dakwah dan tarbiyah (pendidikan), bukan politik semata mata. (sebab itu PAS ada PASTI untuk pendidikan dan dewan himpunan penyokong PAS untuk dakwah).

Ini sebenarnya kemenangan buat PAS. Pastinya kemenangan ini akan di teruskan selagi Islam menjadi pegangan.

Perjuangan kita masih panjang, terus berjuang tanpa putus asa kerana As-Syahid Imam Hasan Al-Banna pernah berkata, " Janganlah engkau berputus asa kerana berputus asa itu bukan akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok".

Allahu'alam

~Merlimau here we come~
http://wwwaizatlegendz.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .