Ikuti Blog ini

Walaupun BN menang, Sasaran Muhyidin Gagal

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/golongan%20muda%20cemplak5.jpgKUALA TERENGGANU - Secara rasminya, calon Umno-Barisan Nasional (Umno-BN), Mohd.Azahar Ibrahim berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang dengan 6,699 undi.menewaskan calon PAS-PR, Normala Sudirman yang memperolehi 2,992 undi.

Bagaimanapun, majoriti 3,707 undi ini gagal mencapai sasaran Timbalan Pengerusi BN, yang juga Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mahukan majoriti 5,000 undi.

Menurut Pengarah Kontinjen PAS Terengganu, Ariffin Deraman, ia menunjukkan hasrat 'sombong dan bongkak' Muhyidin dinafikan dengan kerja kuat petugas PAS dan Pakatan Rakyat serta pertolongan dari Allah SWT.

(Gambar - Program Sukan Rakyat anjuran PAS dan ANAK di Felda Cemplak berjaya menarik golongan muda peneroka Felda)

Katanya ramai pengundi DUN Tenang disekat hak mengundinya, apabila banjir melanda Labis dan menurunkan peratus keluar mengundi kepada 71.75% (atau 10,588 orang), berbanding 73.5% dalam PRU ke-12 pada tahun 2008.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu berpuas hati dengan usaha kempen para petugas PAS khususnya dalam kawasan mengundi Felda Cemplak.

"Muhyiddin meletakkan sasaran angka majoriti dengan sombong dan bongkak, kerja kuat petugas PAS dan Pakatan Rakyat telah mematahkan usaha BN mendapat majoriti lebih tinggi, dengan takdir Allah. hujan dan banjir melanda,

"saya berpuas hati dengan kerja-kerja kempen yang dijalankan dalam peti undi Felda Cemplak,"ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata, peneroka Felda boleh berubah sekiranya mereka diberikan maklumat yang benar tentang Felda dan kehidupan peneroka yang ditindas.

Katanya, melalui NGO Anak, pelbagai kempen telah dibuat dan pengundi muda di Felda Cemplak menunjukkan perubahan.

"Usaha perlu dibuat secara berterusan menyampaikan maklumat tentang Felda kepada peneroka, mereka boleh berubah, terutamanya golongan muda, namun mengambil sedikit masa,"jelasnya

Katanya, pengundi DUN Tenang mencatat 14,753 orang, dengan nisbah populasi mengikut kaum seperti berikut, 7,014 orang Melayu (47.54%), 5,766 orang Cina (39.08%) dan 1,780 orang India (12.07%); selain 171 orang kaum asli (1.16%), 6 orang bumiputera Sabah (0.04%) dan 5 orang bumiputera Sarawak (0.03% ).

"Pada PRU ke-12, bekas wakil BN Sulaiman Taha memperolehi 6,367 undi, menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Undi majoriti ini berkurang kira-kira 3000 undi, jika dibandingkan dengan undi majoriti yang diperolehi Umno-BN pada PRU tahun 2004, iaitu 5,517 undi,"ujarnya. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .