Inilah yang dikatakan 'smart' penjenayah. Bijak dan berbaloi-baloi. Kalau ditangkap hukumannya pun berbaloi-baloi juga. Tanpa senjata namun tetap berhasil.
Empat lelaki disyaki warga asing melarikan sejumlah barangan kemas bernilai RM7 juta tanpa menggunakan sebarang senjata selepas memperdaya seorang pekerja kedai emas di Jalan Petaling Jaya Utama, malam semalam. Masanya dikhabarkan hanya 3 minit.
Ketika kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, semua pekerja dikatakan sedang sibuk memasukkan sejumlah berlian dan emas ke dalam beg selepas pameran selesai dijalankan.Tiba-tiba muncul tiga individu dan berpura-pura bertanya kepada salah seorang pekerja kononnya untuk membeli barangan kemas.
Ketika pekerja itu sibuk melayan tiga individu terbabit, seorang suspek lain segera melarikan beg yang berisi barang kemas tersebut. Pekerja terbabit hanya menyedari kehilangan barang berkenaan selepas kesemua suspek beredar meninggalkan lokasi kejadian.
Bukannya apa dan bukannya menyokong penjenayah. Kita juga selalu mendengar berita, dikenakan hukuman penjara hanya kerana mencuri sesuatu di pasaraya, amat tidak berbaloi-baloi.
Guru saya pernah berpesan juga "Kalau buat sesuatu kena bersungguh-sungguh". Kah! Kah! Kah!