“Kehinaan yang kita tempuhi dalam perjalanan mencari ilmu tidak mengapa kerana nanti ilmu itu akan memuliakan kita. Saya amat menyukai suasana sebegini. Di sekolah-sekolah kelolaan PAS sahaja kita akan jumpa, masjidnya lebih besar dari sekolah. Banyak sekolah-sekolah yang didirikan kerajaan, muridnya 3,000 orang tapi suraunya boleh memuatkan Cuma 200-300 orang.
Mengambarkan sembahyang bukan suatu agenda penting kerajaan. Saya mengakui bahawa saya bukan seorang bapa yang berilmu tetapi saya inginkan sistem yang ada boleh mendidik anak saya menjadi seorang yang baik. Tak kisah nanti mereka nak jadi apa, doktor, loyar, polis atau apa sahaja, yang penting mereka mesti kenal Allah.”
Itulah antara nasihat yang dilontarkan Saudara Bob Lokman ketika program sepetang bersama Bob sempena Ihtifal Tahunan Muassasah Matla’in Badrain, Jabi petang semalam. Ihtifal yang menjadi agenda kalendar tetap tahunan Muassasah kelmarin 30 April 2011, mengorbankan 6 ekor lembu dan dihadiri ribuan penduduk dari sekitar Besut, Setiu, Pasir Puteh malah ramai tetamu dari kawasan yang lebih berjauhan turut mengunjunginya. -BO