Ramallah: Pemimpin Fatah dan Hamas membuat kejutan apabila mencapai persetujuan semalam untuk berdamai seterusnya membentuk kerajaan perpaduan sementara dan berikrar mengadakan pilihan raya dalam tempoh setahun lagi, langkah yang dikecam Israel sebagai ‘melangkah garis merah.’
AZZAM (kanan) bersalaman dengan timbalan ketua Hamas, Mussa Abu Marzuq selepas mencapai persefahaman membentuk kerajaan perpaduan sementara dan mengadakan pilihan raya.Ia mendapat pujian Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad yang berharap dapat menjadi asas untuk segera mewujudkan pentadbiran perpaduan.
Perjanjian antara perunding Fatah dan Hamas itu dicapai di Kaherah kelmarin selepas rundingan berlangsung 18 bulan.
Iran turut menyatakan pujian kerana percaya ia dapat mempercepat perkembangan di Palestin dan mencapai kemenangan besar ke atas Israel sejak dua pergerakan Palestin itu bermusuh pada awal 1990-an.
Israel pula memberi reaksi marah dengan Menteri Luar Luar, Avigdor Lieberman dan Menteri Pertahanan, Ehud Barak memberi amaran bahawa rejim Tel Aviv tidak akan menerima kerajaan Hamas.
“Perjanjian itu satu langkah melepasi garisan merah,” kata Lieberman kepada radio tentera Israel sambil memberi amaran mereka akan mengambil tindakan balas manakala Barak berkata tentera Yahudi akan bersikap kuku besi untuk menangani sebarang ancaman dan berikar tidak akan berunding dengan Hamas.’
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula menuntut pemimpun Fatah, Mahmoud Abbas, memilih antara perdamaian dengan Israel atau berdamai dengan Hamas.
Persetujuan itu menetapkan dua pihak berkenaan akan bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan daripada ahli politik pilihan dua pergerakan berkenaan sehingga pilihan raya tempatan diadakan, kata ketua perunding Fatah, Azzam al-Ahmad.
Wakil Hamas dan Fatah akan pulang ke Kaherah minggu depan bagi menandatangani dokumen yang turut menetapkan syarat pembebasan tahanan politik dua parti berkenaan. – AF