Ikuti Blog ini

Sykt Insurans Diarah Berikan Perlindungan Untuk Semua Kenderaan, Syabas PAS

Perlindungan Insurans Serta Merta Untuk Semua Kenderaan - BNM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa mengumumkan bahawa orang ramai boleh mendapatkan perlindungan kenderaan dari semua penginsurans am serta Pos Malaysia di seluruh negara serta merta.

Langkah ini adalah untuk memastikan semua pemandu mendapat akses kepada perlindungan kenderaan, kata BNM dalam satu kenyataan.

Semua penginsurans am bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan kenderaan kepada semua pemandu termasuk 'kenderaan tersisih' yang kebanyakannya adalah kenderaan peribadi melebihi sepuluh tahun dan motorsikal yang ditaja jamin oleh Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), kata BNM.

"Perlindungan kenderaan itu boleh ditaja jamin oleh penginsurans atau diberikan bagi pihak MMIP.

"Mulai sekarang, kenderaan tersisih akan dikenakan caj yang sama dengan kadar premium semasa dan tidak dikenakan caj tambahan yang dikenakan kepada kenderaan berisiko tinggi," jelas kenyataan itu lagi.

Kenderaan tersisih juga hanya diperlukan untuk menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom jika ia disahkan berisiko tinggi.

Bank Negara juga menghalang penginsurans daripada mendesak pelanggan mereka untuk membeli produk bukan kenderaan sebagai syarat jualan perlindungan kenderaan untuk memastikan hak pengguna dilindungi.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pembelian perlindungan kenderaan, BNM boleh dihubungi di talian 1-300-88-5465, katanya.

BNM berkata langkah ini adalah untuk memastikan orang ramai terus mendapat perlindungan kenderaan yang diperlukan dalam tempoh peralihan kepada Rangka Kerja Perlindungan Kenderaan Baharu.

Rangka kerja itu yang akan bermula pada Januari 2012 akan memberi penyelesaian menyeluruh kepada isu-isu pengstrukturan dalam sektor insurans motor dan takaful.

Bahagian pertama rangka kerja itu termasuk perlaksanaan langkah peningkatan keberkesanan terlaras untuk meningkatkan proses penyelesaian tuntutan keseluruhan, terutamanya bagi tuntutan kecederaan dan kematian.

Sementara itu, bahagian kedua adalah perlaksanaan pelarasan premium secara berperingkat sepanjang empat tahun.

Inisiatif ini adalah untuk memastikan orang ramai dan perniagaan boleh mendapat perlindungan kenderaan pada premium yang berpatutan dan supaya perniagaan insurans/takaful kenderaan berdaya maju pada jangka sederhana dan panjang.-BERNAMA


Third party: Menteri tidak rasai kesusahan rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai berhubung tindakan kerajaan terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan ‘third party’ kepada kenderaan bermotor berusia sepuluh ke atas sebagai indah khabar dari rupa.

Salahuddin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, timbalan menteri tidak merasai sendiri kesusahan rakyat bawahan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan pihak ketiga kerana kenderaan yang dimiliki didakwa tidak selamat.

“Jawapan timbalan menteri tadi indah khabar dari rupa. Saya tak tahulah sama ada Yang Berhormat seringkali turun padang dan berada di pejabat pengangkutan jalan untuk merasai keperitan rakyat untuk mendapatkan insurans daripada kelas ini.

“Berdasarkan kepada fakta yang diberikan kepada saya, sehingga Ogos 2010, jumlah kenderaan di Malaysia berjumlah lebih 19,820,442 buah dan yang berusia lebih sepuluh tahun adalah 5,110,326 buah yang menyumbang kepada 25.78 peratus,” kata beliau.

Salahuddin juga berkata, alasan pihak insurans yang mendakwa kenderaan sepuluh tahun ke atas tidak selamat untuk berada di jalan raya adalah tidak munasabah kerana kenderaan-kenderaan ini diselia Puspakom terlebih dahulu.

“Tadi Yang Berhormat menyatakan syarikat ini agak keberatan untuk memberikan perlindungan kerana isu keselamatan kenderaan ini. Saya tidak yakin dengan jawapan tersebut kerana kita ada Puspakom. Setiap kenderaan ini dibawa ke Puspakom kemudian bila ada kelulusan dari puspakom mereka layak untuk mendapatkan perlindungan insurans dan cukai jalan.

“Jadi apa alasanya syarikat insuarans ini yang begitu keberatan dan menyusahkan rakyat,” katanya yang juga Pengerusi Gerakan Bela Rakyat (Bela) di bawah PAS untuk membantu pemilik kenderaan ini.

Beliau juga berharap kerajaan menyediakan satu mekanisme terbaik bagi menyelesaikan isu ini.

“5 juta jumlah kenderaan ini yang menangung risiko ini jadi saya mengharapkan ada satu mekanisme terbaik untuk kerajaan menyelesaikan isu ini yang mana rakyat di kampung khususnya di luar bandar amat sukar mendapatkan insurans pihak ketiga disebabkan oleh syariakt insurans takut rugi,” katanya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan yang diambil terhadap syarikat insurans yang enggan memberikan perlindungan “third party” kepada kenderaan bermotor berusia 10 tahun ke atas.

Beliau juga mahu kementerian menyatakan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Donald dalam jawapannya memberitahu selaras dengan rangka kerja modal berasaskan risiko tgahap penganggungan risiko oleh penanggung insurans berganung kepada modal serta kapasiti kewangan masing-masing.

“Oleh kerana pengalaman tuntutan perlindungan Kematian dan Kecederaan Pihak Ketiga yang senakin meruncing serta kemampuan kewangan yang terhad, penanggung insuransdan pengendali takaful semakin berhati-hati menawarkan mendapat akses kepada perlindungan insurans motor pada harga yang berpatutan,” katanya. -HD 29/09/2010

Syabas dan tahniah kepada Naib Presiden PAS, Salahuddin bin Ayub kerana kejayaan perjuangannya untuk rakyat yang selama ini terteka kerana tidak dapat memperbarui cukai jalan untuk pemilik kenderaan yang melebihi usia 10 tahun lantaran keengganan syarikat insurans mengeluarkan cover note untuk kenderaan tersebut.

Sebelum ini seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfudz Omar telah berjaya dengan perjuangan penghapusan saman ekor yang menyebabkan polis dilaporkan tidak lagi akan bersembuni sewaktu melaksanakan kerja memerangkap pemandu. -GB

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .