Ikuti Blog ini

ANEH DAN PELIK TETIBA JE PEMIMPIN UMNO JADI PEMBELA USTAZ NASHA

MASIH AHLI PAS
Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari 2013 telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugur atau memecat beliau daripada parti PAS.

Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS. Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat.

Sebagai  ahli parti beliau seharusnya mengambil kira peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh parti. Lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi orang nombor dua dalam PAS. Dalam beberapa keadaan tindak tanduk dan gelagat bekas Timbalan Presiden PAS ini telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti dan ianya boleh merugikan PAS. Andainya dia istiqomah dalam berjamaah pasti dia tahu menjaga adab berjamaah.

Ustaz Nasha bukannya di pecat atau digugurkan sebagai ahli PAS, ia cuma digugurkan dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama PAS sahaja. Jawatan dalam Majlis Syura adalah lantikan bukan pertandingan jadi istilah di pecat tidak timbul. Mana-mana parti dan pertubuhan ahlinya terikat dengan peraturan soal gugur dan pecat kerana melanggar peraturan adalah perkara biasa.
Sebagai ahli PAS dan Ahli Parlimen Ustaz Nasha tentunya tahu adab dan peraturan berparti dan berorganisasi. Apa pun parti politik yang Ustaz Nasha sertai semuanya ada peraturan dan ahlinya mesti mematuhi peraturan, ini adalah jamaah. Mungkin dalam sesetengah perkara Ustaz Nasha bertujuan baik tetapi dia tidak boleh sewenang-wenang boleh melanggar peraturan parti. Dia boleh berbincang dengan pemimpin Parti dan boleh mengemukakan pendapat dalam Majlis Syura yang dia juga ahlinya.

Mereka yang menjadi ahli Majlis Syura bukan calang-calang orang, tentunya telah mengambil kira semua perkara sebelum mengambil tindakan untuk menggugurkanya.

Cuma yang  aneh dan peliknya dalam isu pengguguran Ustaz Nasha ini tetiba sahaja pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri yang beria-ia sangat membela Ustaz Nasha. Dalam UMNO sendiri pun ramai ahlinya yang di gugur dan di pecat kerana melanggar peraturan parti tapi tiada pembelaan seperti Ustaz Nasha. Sedangkan ustaz Nasha masih lagi ahli PAS.

Terkini bila Ahli UMNO Pasir Gudang menutup bilik gerakan masing-masing dengan alasan kecewa dengan tindakan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman. Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan telah memberi amaran kepada pemimpin akar umbi dengan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli UMNO yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Pada sesiapa yang membuat kerja memboikot begini, mereka akan diambil tindakan. Kita akan ambil tindakan keras.

"Saya ulangi, kepada sesiapa yang hendak buat cerita boikot ini, tidak ada tempat untuk mereka dalam UMNO, pergilah cari NGO lain.

Ini baru tutup bilek gerakan sudah diberi amaran sebegitu. Kalau ada ahlinya macam Ustaz Nasha adakah Presiden UMNO dan Timbalannya akan mempertahankanya. Ini baru yang aneh namanya. UMNO juga seperti parti lain ada peraturan, mana-mana ahli parti yang melakukan kesalahan boleh di ambil tindakan. Semua parti ada peraturan yang telah ditetapkan kepada ahlinya.

Jika Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta Pemimpin UMNO merasakan Ustaz Nasha ini boleh membawa untung kepada UMNO dan BN mengapa tidak di jemput Ustaz Nasha untuk menyertai UMNO atau mungkin juga boleh diumumkan ia bakal calun BN bagi kawasan Parlimennya sekarang. Mana tahu pengalaman dan nama yang ada pada Ustaz Nasha boleh memperkukuhan UMNO dan BN di saat PRU13 tidak lama lagi.

Ini lah baru namanya membela, Bukan hanya sekadar cakap dan buat kenyatan-kenyataan yang pelik dan aneh seperti dibawah ini.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke Gaza. Terus baca DISINI
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura Pas sebagai satu tindakan yang aneh.Terus baca DISINI

PAS perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau berkata PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura PAS. Teruskan baca DISINI

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.

Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas  itu masih mempunyai pengaruh yang kuat. Teruskan baca DISINI
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .